Sebut sahaja mengenai khasiat buah cranberry, ia pasti tidak asing lagi dikaitkan dengan kesihatan wanita.

Dalam dunia kecantikan hari ini, penggunaan buah atau daun cranberry yang dijadikan serbuk atau ekstrak banyak digunakan dalam makanan tambahan seperti supplement.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang khasiat buah cranberry yang mungkin tidak ramai yang tahu tetapi banyak manfaatnya kepada kesihatan tubuh badan.

Apa itu Cranberry?

Cranberry adalah buah beri kecil, bulat merah tua yang berkait rapat dengan tumbuh-tumbuhan berry lain seperti blueberry, strawberry, dan anggur. Teksturnya yang tajam dan masam lebih sedap dinikmati ketika kering atau jus berbanding mentah semata-mata.

Ia biasanya berasal dari Amerika Utara atau Eropah Timur dan dituai antara bulan September dan November.

Kandungan nutrisi yang boleh didapati dalam setiap 80g buah cranberry adalah:

  • 12kcal / 52kj
  • 0.3g protein
  • 0.1g lemak
  • 2.7g karbohidrat
  • 2.7g gula
  • 3.2g serat
  • 76mg kalium
  • 10mg vitamin C

Selain daripada itu juga, nutrisi lain yang boleh kita perolehi manfaat daripadanya adalah seperti zat besi, zink, selenium, beta-kerotena, lutein, zeaxantin, dan sebagainya.

1. Melawan penuaan awal

Khasiat buah cranberry memberi kesan dan manfaat yang sangat baik untuk tubuh badan kita khususnya pada bahagian kulit wajah.

Ia memberi perlindungan tambahan yang diperlukan oleh kulit dan dalam masa yang sama turut menyihatkan serta meremajakan kulit.

2. Meningkatkan daya tahan tubuh

Kandungan vitamin, antioksidan dan fitokimia yang terkandung pada buah cranberry berupaya meningkatkan daya tahan tubuh seseorang sekaligus mencegah badan dari mudah diserang penyakit.

3. Membantu mengurangkan berat badan

Sungguhpun diet pemakanan yang sihat seperti makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu mengurangkan berat badan, tetapi ia bukanlah 100% cara yang efektif jika tidak digambungkan bersama senaman.

Namun yang demikian, manfaat cranberry ini mengandakan usaha untuk seseorang mengurangkan berat badan.

Ia memberikan kesan pengemulsi pada lemak agar tidak terkumpul dalam tubuh. Selain itu, serat dalam buah ini juga membantu rasa kenyang yang lebih lama.

4. Melindungi gigi dari kerosakan

Ramai mungkin tidak tahu bahawa cranberry juga membantu mencegah kaviti gigi. Sebatian kimia yang terkandung dalam cranberry boleh mencegah bakteria berbahaya daripada melekat pada gigi.

Caranya, ia menghalang penghasilan asid dan melindungi gigi daripada penyakit periodontal dengan mengelakkan perkembangan plak.

5. Melambatkan perkembangan kanser

Khasiat buah cranberry adalah salah satu dari sumber makanan terbaik asid ursolik, sebatian tumbuhan dengan kesan anti-oksidan, anti-radang dan anti-kanser yang berpotensi.

Ia mempunyai proanthocyanidins yang menghalang perkembangan banyak sel kanser.

Ini dibuktikan dengan beberapa penemuan dari hasil kajian yang dilakukan kepada penyakit seperti kanser payudara, kanser prostat, dan sebagainya.

6. Kaya dengan antioksidan

Khasiat buah cranberry yang berikutnya adalah kaya akan antioksidan, namun rendah kalori. Lihat sahajalah, dalam setiap 100 gram cranberry hanya terdapat kira-kira 46 kalori sahaja.

7. Melindungi dari ulser gastrik

Cranberry mengandungi sebatian tumbuhan yang boleh mengurangkan risiko ulser gastrik dan kanser perut disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori.

Mengambil produk cranberry, yang secara semula jadi kaya dengan sebatian ini (dikenali sebagai pro-anthocyanidins jenis A), berupaya menyekat pertumbuhan bakteria dan akibatnya mengurangkan risiko mendapat kanser perut.

8. Elak tekanan darah tinggi

Sekiranya anda seorang penghidap darah tinggi, tentunya anda tidak asing lagi dengan buah cranberry sebagai salah satu makanan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Jus cranberry yang terkenal dengan khasiat antioksidan ini dipercayai dapat menurunkan tekanan darah sistolik dan kolesterol LDL.

9. Meningkatkan kesihatan buah pinggang

Kesihatan buah pinggang amatlah penting kepada setiap orang. Kegagalan kita dalam menjaganya boleh menganggu aktiviti organ ini sebagai penapis sisa metabolisme, mengawal cecair dan sel darah merah serta mengawal tekanan darah.

Buah ini istimewanya mengandungi beberapa sifat yang pada masa yang sama mempunyai kesan anti-radang, antimikrob dan diuretik. 

Justeru ia memberi kesan positif terhadap prestasi buah pinggang, terutamanya ketika kencing.

10. Melancarkan sistem pencernaan

Akhir sekali, buah cranberry membantu dalam melancarkan sistem pencernaan. Seperti yang kita tahu, saluran pencernaan sangat penting kerana berfungsi untuk mencerna, memecah, dan menyerap zat nutrisi yang kemudian disebarkan melalui darah ke seluruh tubuh.

Gangguan pada sistem pencernaan dapat menyebabkan malnutrisi atau kekurangan nutrisi untuk jangka masa panjang.

Selain dari artikel khasiat buah cranberry ini, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan khasiat buah-buahan seperti:

Sumber:

  1. What to Know About Cranberries. Medical News Today
  2. Top 5 Health Benefits of Cranberries. Good Food
  3. Cranberries 101: Nutrition, Benefits, Side Effects, and More. Everyday Health

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.