Daun kesum sangat banyak digunakan sebagai bahan tambahan dalam masakan seperti asam pedas, laksa, dan sebagainya. Tetapi tahukah anda, khasiat daun kesum juga amat banyak kepada kesihatan diri manusia?

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai daun kesum dan khasiat yang boleh kita perolehi khususnya kepada kaum wanita.

Asal usul daun kesum

Nama saintifik bagi daun kesum adalah ‘polygonum minus’. Manakala di negara barat, ia lebih dikenali dengan panggilan iaitu Vietnamese Corriander.

Tumbuhan herba ini memang tidak asing lagi dalam masakan kaum Melayu sebagai bahan tambahan untuk memberi aroma memukau dalam setiap hidangan berkuah khususnya.

Ciri tumbuhan ini adalah tumbuhan renek yang tumbuh meliar di kawasan lembat misalnya di tepi parit, sawah, dan sebagainya serta berasal dari Asia (Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand).

Umumnya, terdapat dua jenis daun kesum yang boleh anda temukan iaitu jenis menjalar dan menegak. Daun kesum jenis menjalar mempunyai saiz daun yang agak kecil dan lembut sesuai dijadikan ulam-ulaman.

Manakala jenis daun kesum menegak pula mempunyai daun yang agak lebar dan kesat. Kedua-duanya daun ini mampu untuk mengeluarkan aroma yang wangi dallam masakan.

Dari segi kandungan khasiatnya pula, daun ini sememangnya terkandung dengan pelbagai nutrisi antaranya seperti beta kerotena, Vitamin A, Vitamin C, dan bahan galian (kalium, kalsium, dan fosforus).

Sejak dulu lagi, nenek moyang kita menggunakan khasiat daun kesum ini untuk pelbagai manfaat seperti:

1. Menangani masalah kelemumur

Kaum wanita dan masalah kelemumur memang tidak dapat dipisahkan. Kelemumur adalah kepingan kulit kering dan gatal yang tumbuh di kulit kepala. Masalah ini menyerang tidak kira usia sehingga banyak sahaja produk untuk mengatasi masalah rambut kelemumur ini di jual di pasaran.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa orang zaman dahulu menggunakan daun kesum ini bagi melegakan masalah kelemumur secara semula jadi.

Caranya mudah sahaja, kisarkan satu ikat daun kesum sehingga lumat. Kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kulit kepala. Lalu biarkan ia seketika kemudian cuci bersih rambut seperti biasa.

Caranya ini memang diakui mujarab memulihkan masalah kelemumur pada rambut dengan segera.

2. Mencegah keracunan makanan

Keracunan makanan biasanya berlaku apabila seseorang itu makan makanan yang tercemar dengan bakteria, virus, parasit, atau toksin daripada bakteria itu sendiri.

Khasiat daun kesum dan batangnya terkandung dengan manfaat antibakteria terhadap Staphylococcus aureus iaitu bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan terutama apabila makanan tercemar selepas dimasak.

3. Mencegah keradangan

Keradangan adalah tindak balas semula jadi tubuh pada kecederaan atau jangkitan. Semasa berlaku keradangan, sel imun badan kita adakan diaktifkan untuk melepaskan mediator keradangan seperti oksida nitrat yang akan menyebabakn keradangan dan kerosakan tisu.

Semakin sedikit nitrik oksida ini keluar, maka akan semakin kurang tahap keradangan yang berlaku pada tubuh.

Ekstrak dari daun kesum mampu untuk menghalang pengeluaran nitrik oksida krana ia mempunyai kesan anti-radang yang sangat kuat.

4. Diperkaya dengan antioksidan

Antioksidan adalah sejnis bahan yang berfungsi dalam mengurangkan, meneutralkan dan melindungi sel badan daripada kerosakan berpunca akibat radikal bebas.

Kajian memperakui bahawa daun kesum ini mengandungi komponen antioksidan yang kuat, seperti Vitamin C dan polifenol.

Ini sangat penting sebagai perisai yang diperlukan dalam badan bagi manusia melawan segala jenis penyakit yang menyerang.

5. Merencatkan pertumbuhan kanser

Terdapat banyak kajian yang mengkaji tentang keberkesanan daun kesum dalam merencatkan pertumbuhan sel kanser. Antara kajiannya adalah seperti yang dijalankan oleh Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) Universiti Kebangaan Malaysia (UKM).

Ujian makmal yang dijalankan di sana menunjukkan bahawa sebatian yang terkandung dalam tumbuhan ini mampu untuk merencatkan sel kanser dengan sangat efektif.

6. Mengurangkan bau hanyir ikan

Ikan adalah sumber protein yang sangat baik untuk kesihatan. Kita amat disarankan untuk mengambil ikan dalam diet harian berbanding ikan atau daging.

Namun ada segelintir orang yang takut atau risau untuk masak ikan kerana baunya yang hanyir itu. Petua untuk anda mengurangkan bau hanyir ikan selain menggunakan asam dan garam, anda juga boleh cuba memasukkan daun kesum dalam masakan.

7. Boleh dijadikan minyak pati

Hasil kajian yang ditulis dalam makalah “Daun Kesum Mampu Rencat Sel Kanser” tulisan Mona Ahmad menunjukkan bahawa wujudnya bahan yang digunakan untuk menghasilkan minyak wangi di Perancis diambil dari sebatian yang terdapat dalam daun kesum.

Hal ini kerana daun kesum mampu untuk menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia alipathic aldehyde, secara semula jadi yang berpotensi untuk dijadikan sebagai perisa atau wangian.

8. Melawaskan pembuangan air

Di samping itu, daun kesum turut digunakan untuk merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar.

9. Ulam-ulaman awet muda

Awet muda adalah impian untuk semua wanita kekal nampak jelita. Ramai orang sibuk beli produk itu produk ini untuk cantik dan bertenaga.

Sebenarnya kita boleh mengekalkan awet muda wanita dengan mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu ulam-ulaman sejak muda lagi.

Ulam-ulaman seperti daun kesum, petai, bendi, pengaga, ulam raja, dan sebagainya ini kaya dengan kandungan Vitamin E yang bagus untuk kulit wajah, menghilangkan parut, selulit, dan melancarkan peraliran darah.

10. Merawat sakit gout

Pesakit gout dikatakan boleh mengambil khasiat yang terdapat pada daun kesum untuk menurunkan risiko serangan gout serta melambatkan kerosakan sendi berlaku.

Kesimpulannya, memang banyak khasiat daun kesum yang boleh kita perolehi baik dari segi masakan mahupun kesihatan diri.

Selain dari petua khasiat daun kesum ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan tumbuh-tumbuhan seperti:

Sumber:

  1. Health Benefits of Vietnamese Coriander. Health Benefits Times
  2. Vietnamese Coriander – Uses, Side Effects, and More. WebMD

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.