Mengapa kaum wanita sering mengadu sakit celah kangkang ketika hamil? Sebagai suami sekiranya perkara ini berlaku kepada isteri anda, bagaimanakah pula cara untuk anda tanganinya?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan sebab masalah sakit celah kangkang ketika hamil dan rawatan yang sesuai.

Apa itu sakit celah kangkang?

sakit celah kangkang ketika hamil

Sakit celah kangkang adalah perkara biasa yang berlaku kepada kebanyakkan ibu hamil. Hal ini justeru menyebabkan mereka sukar untuk melakukan beberapa aktiviti harian seperti buang air, solat, duduk, berjalan, dan sebagainya.

Kita tidak boleh membuka kaki seluasnya. Sebaliknya kalau tutup kaki rapat antara kedua-dua peha pula akan menyebabkan jadi lebih tidak selesa kerana keadaan saiz perut yang semakin membesar.

Serba salah memang jadinya. Jika kita yang melihatnya pun begitu, sudah tentu ia lagi berat kepada wanita hamil ini.

Penyebab sakit celah kangkang

sakit celah kangkang ketika hamil

Terdapat banyak sebab yang menjadi punca kepada masalah sakit celah kangkang ketika hamil. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Symphysis Pubis Dysfunction

Symphysis Pubis Dysfunction (SPD) adalah kesakitan atau radang pada bahagian kemaluan yang berlaku semasa hamil.

Ia disebabkan oleh pergerakan salah satu tulang pelvis lebih banyak atau abnormal daripada yang satu lagi ketika berjalan atau menggerakkan kaki.

Pergerakan abnormal inilah yang menyebabkan bahagian sekitar sendi simfisis pubis bengkak dan sakit pada bahagian kemaluan.

2. Tekanan kerana berat bayi

Setiap kali tiba pada peringkat trimester akhir, anda pasti akan mengalami masalah tekanan di kawasan pelvis kerana berat bayi yang semakin membesar.

Saiz dan berat yang berubah ini seterusnya akan menekan saraf yang menyalurkan darah daripada faraj ke kaki.

3. Braxton Hicks

Braxton Hicks adalah fake contraction yang tidak menyakitkan tetapi menyebabkan pelvis berasa “ketat”.

Hal ini sering terjadi oleh ibu hamil pada trimester kedua atau ketiga. Ia akan hilang dengan sendiri dalam beberapa minit.

4. Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

UTI adalah rasa sakit ketiak membuat air kecil. Ada kalanya rasa sakit ini diselangi oleh keluarnya darah dari air kencing.

UTI ini sekiranya tidak dirawat dengan betul akan memberi komplikasi serius kepada ibu dan bayi.

5. Masalah sembelit

Sembelit adalah keadaan sukar untuk membuang air besar dan tekstur najis yang keras. Masalah ini boleh menyumbang kepada sakit di celah kangkang.

6. Vulvodynia

Vulvodynia adalah sakit pada bahagian vulva dan faraj. Setakat ini puncanya belum lagi kenal pasti tetapi ia boleh menyebabkan sakit celah kelengkang ketika hamil jadi lebih teruk.

7. Ada cyst

Cyst atau juga dikenali sebagai sista ovari bukanlah kanser walaupun ia boleh membesar sepanjang proses mengandung.

Kebanyakkan mereka yang mengandung dan mempunyai cyst akan merasakan sakit yang teruk.

8. Sakit pada bahagian ligamen bulat

Masuk pada fasa trimester kedua, ibu hamil akan merasakan kesakitan tajam yang menikam dan sakit pada sebelah sisi.

Ia berlaku kerana berlakunya perkembangan bayi meregangkan ligamen daripada rahim ke pangkal paha.

Bukan itu sahaja, aktiviti berjalan dan bangun dari duduk juga akan menjadikan ligamen bulat terasa lebih sakit.

Simptom sakit celah kangkang ketika hamil

  • Sakit belakang dan sakit pada bahagian peha.
  • Rasa seperti berkisar atau berketak-ketak pada bahagian pinggul.
  • Sakit pada bahagian dalam pangkal paha atau di celah kelengkang. Sakit boleh jadi semakin teruk apabila anda mengangkang, berjalan, naik atau turun tangga atau bergerak-gerak di atas katil.
  • Sakit lebih teruk pada waktu malam. Ia boleh mengganggu tidur anda, dan rasa sakit ketika bangun untuk ke tandas pada waktu malam.

Petua untuk melegakan rasa sakit

Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh melakukan antara petua berkesan seperti dibawah:

1. Menyesuaikan aktiviti harian dengan keupayaan kesihatan

Cuba untuk sesuaikan segala aktiviti harian dengan keupayaan kesihatan anda.

Contohnya, anda boleh mengelak daripada memakai kasut bertumit tinggi dan berdiri dengan sebelah kaki. 

Anda boleh mengurangkan aktiviti menanggung berat seperti memanjat tangga atau berjalan dan berdiri untuk jangka masa yang lama. 

Anda juga boleh cuba mengelakkan aktiviti yang melibatkan ketegangan pinggul anda, seperti keluar masuk kereta atau mandi, atau mencangkung.

2. Pakai pakaian untuk sokong pelvis

Memakai pakaian yang menyokong pelvis boleh membantu mengurangkan kesakitan.  

Tanya ahli fisioterapi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pakaian sokongan pelvis.

3. Makan ubat-ubatan yang disarankan

Anda juga boleh bertanya kepada doktor atau ahli farmasi anda tentang ubat-ubatan yang boleh membantu mengurangkan kesakitan agar boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

4. Lakukan fisioterapi dan senam

Program fisioterapi dan senaman boleh membantu mengurangkan kesakitan juga. Ia juga boleh membantu membetulkan masalah yang menyebabkan kesakitan.

Bila perlu jumpa doktor?

Sekiranya anda mengalami rasa sakit yang berlanjutan lebih daripada beberapa saat, atau disertai dengan gejala lain. Misalnya seperti pendarahan faraj, demam, kontraksi, atau jika sakit yang tajam tidak reda, segera berjumpa dengan doktor anda.

Ia mungkin simptom kepada masalah penyakit yang lebih kronik dan perlukan rawatan lanjut.

Selain dari masalah sakit celah kangkang ketika hamil ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:

Sumber:

  1. Pelvic pain in pregnancy. Pregnancy Birth & Baby
  2. How to Deal With ‘Lightning Crotch’ During Pregnancy. What To Expact
  3. #SPD – Nota Khas Untuk Ibu Mengandung. Dr. Siti Khadijah Zainal Abidin

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.