Jom baca khasiat daun belalai gajah yang selalu dikaitkan dengan anti kanser semulajadi.

Daun belalai gajah juga dikenali sebagai Sabah snake grass atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans. Daun belalai gajah ini.

Tumbuhan ini sering dijadikan tumbuhan hiasan di kawasan rumah. Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa ia adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.

Daun-Belalai-Gajah

Imej via khasiat

Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman. Daun belalai gajah misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi masalah kesihatan.

Secara tradisional, hanya bahagian daun belalai gajah sahaja digunakan untuk mengubati penyakit.

Daun dimakan secara mentah, sebagai sayur ataupun jus yang dicampurkan bersama jus apel, teh hijau ataupun air tebu. Ia juga kadangkala disediakan dalam bentuk minuman teh.

jus

Imej via serenemaklong

Daun yang kering digunakan untuk disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti virus kayap manakala daun segar digunakan untuk merawat patukan ular tedung senduk. Ia juga digunakan untuk merawat gigitan serangga dan ruam di kulit.

Kebelakangan ini daun belalai gajah ini digunakan oleh rakyat Malaysia kononnya untuk merawat kanser. Walau bagaimanapun keberkesanan daun belalai gajah ini ke atas penyakit kanser manusia masih belum lagi dibuktikan oleh kajian klinikal.

Selain itu, terdapat juga dakwaan keberkesanan daun belalai gajah adalah di dalam rawatan penyakit diabetes, sakit sendi, ubat sakit, anti-keradangan dan juga antioksidan.

 

Khasiat Daun Belalai Gajah

Khasiat daun belalai gajah dikatakan mampu membantu mengatasi masalah seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, malah, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

1) Anti Oksida Yang Baik

Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, daun belalai gajah terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida ialah mengurangkan kesan radikal bebas dalam tubuh badan.

2) Melambatkan Pertumbuhan Sel Kanser

Sementara itu, kajian dari Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), menyatakan daun belalai gajah bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.

3) Flavonoid

Flavonoid merupakan salah satu kandungan tertinggi yang terkandung dalam daun belalai gajah ini. Kandungan ini sendiri adalah salah satu jenis antioksidan yang mampu mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular lainnya.

4) Zat Mineral

Banyak kandungan mineral penting yang terkandung dalam daun belalai gajah seperti vitamin. Lebih dari 45% terdiri daripada protein mentah dan 17 asid amino yang memberikan nilai baik bagi kesihatan.

Ia juga kaya dengan vitamin C, protein dan serat yang mampu melawan radikal bebas yang membantu dalam pencegahan kanser. Mengandungi mineral fosforus, kalsium, magnesium, dan zat besi. Daun belalai gajah juga memiliki kandungan kimia lain seperti alkaloid, saponin dan bersifat direutik.

 

Adakah Daun Belalai Gajah Anti Kanser Semulajadi?

Hasil kajian yang dijalankan untuk menguji keberkesanan ekstrak daun belalai gajah sebagai anti kanser, menunjukkan ia hanya berkesan ke atas lapisan sel HeLa (human cervical cancer cell line) dan K-562(human elektroleukemia cells) sahaja.

Ianya tidak berkesan ke atas lapisan sel-sel kanser yang lain. Pada kepekatan ekstrak sebanyak 100ug/mL ia mampu merencat 80-90% daripada pembiakan sel-sel kanser tadi.

praklinikal

Imej via absorption

Ujian kesan membunuh sel-sel dapat juga dilakukan ke atas sel-sel manusia yang normal di dalam makmal. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan lapisan sel-sel manusia yang diperolehi daripada sel-sel lapisan dinding saluran darah vena talipusat bayi.

Ekstrak daripada daun belalai gajah yang diperolehi ini akan dianalisa untuk menentukan apakah bahan aktif yang terdapat di dalamnya.

Kajian makmal telah mendapati terdapat 14 jenis bahan kimia aktif yang terkandung di dalam ekstrak daun belalai gajah dan bahan kimia yang paling utama adalah 1, 2-benzenedicarboxylic acid, mono (2-ethylhexyl) ester. Bahan kimia ini dipercayai mempunyai aktiviti antimicrobial, antioksidan dan antiproliferatif.

Namun, kajian ini masih diperingkat kajian praklinikal. Peringkat kajian ini masih belum kuat untuk membuktikan bahawa daun belalai gajah benar-benar boleh menjadi ubat untuk penyakit kanser. Ini keraja, untuk membuktikan sesuatu bahan boleh menjadi ubat, ia memerlukan banyak peringkat kajian yang teliti dan khusus.

 

Rujukan:

  1. Faktasains
  2. Utusan

Artikel Menarik Lain

Selain khasiat belalai gajah, kami juga menpunyai artikel menarik lain. Jom baca dan jangan lupa untuk kongsikan.

Penulis: Aniuna

Penulisan sebagai medium berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.