Artikel ini adalah tentang info kacip fatimah.Nak tahu apa khasiat Kacip Fatimah? Jom baca artikel ini.
Kacip fatimah atau nama saintifiknya Labisia pumila merupakan salah satu herba tradisional yang sinonim dengan kegunaan wanita. Jika tongkat ali dikaitkan dengan orang lelaki, bila sebut kacip fatimah pula secara automatik kita akan terfikirkan kesihatan dalaman wanita.Menariknya, tumbuhan ini hanya dijumpai dalam hutan Malaysia dan beberapa kawasan di Sumatera, Tanah Jawa dan kepulauan Borneo.
Selain kacip fatimah, tumbuhan ini turut dikenali dengan nama Selusoh Fatimah, pokok pinggang, tadah matahari, bunga belungkas hutan, sangkoh, remoyan batu dan mata pelanduk rimba.
Kacip Fatimah tumbuh secara renek dalam rimbunana bersama dan tumbuh sehingga 20-40 cm panjang dengan akar yang menjalar. Batang pokok kacip fatimah tumbuh tegak, berwarna perang dan mempunyai bekas daun yang dipanggil sebagai parut yang nampak dengan jelas. Parut tersebut mampu mengeluarkan akar dan akar yang keluar akan kelihatan menonjol keluar dari parut lama.
Tumbuhan ini akan tumbuh lebih subur di kawasan redup di kawasan tanah lembab dengan menghasilkan rizom atau ‘ubi’ yang boleh dituai setahun selepas ditanam.
Sememangnya kacip fatimah kaya dengan seribu satu khasiat dan kegunaan yang ramai orang tak tahu.
Kebiasaannya wanita di Malaysia akan berpantang setiap kali selepas bersalin atau berpantang. Kacip fatimah merupakan salah satu tumbuhan yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau dipanggil sebagai jamu untuk penjagaan tubuh wanita yang sedang berpantang.Kacip fatimah dipercayai mampu membantu tubuh badan wanita segar semula dan kembali cergas seperti sedia kala.
Kandungan antioksidan dan sebatian bioaktifnya membantu memberikan kecergasan. Menurut kajian oleh para penyelidik di UTM Skudai pada tahun 2011, mereka mengakui kandungan antioksidan yang tinggi dalam kacip fatimah yang bagus untuk kesihatan.
Dalam kajian mereka juga, mereka menjumpai beberapa lagi sebatian bioaktif yang bermanfaat seperti quercetin, myricetin, kaempferol, catechin, epigallocatechin dan asid fenolik.
Sejak zaman nenek moyang kita dahulu, kacip fatimah digunakan secara tradisional untuk menjaga kesihatan sistem peranakan wanita.Sistem peranakan yang sihat adalah sangat penting bagi memastikan wanita tidak mengalami sebarang masalah kesuburan dan tidak mempunyai masalah sistem peranakan yang lain seperti rahim jatuh.
Kelebihan kacip fatimah untuk penjagaan wanita (seperti yang akan disenaraikan dengan lebih lanjut dalam artikel ini) telah diakui secara saintifik melalui ulasan oleh sekumpulan penyelidik UPM Serdang pada tahun 2012.
Mereka mengulas kegunaan tradisional kacip fatimah dalam penjagaan wanita khususnya. Hal ini boleh dikaitkan dengan kehadiran flavonoid dan asid fenolik yang tinggi dalam kacip fatimah.
Khasiat dan kegunaan kacip fatimah yang seterusnya ialah ia mampu memberikan tenaga kepada kaum wanita. Jika anda kepenatan dan berasa lesu, meminum air rebusan akar fatimah adalah sangat membantu.
Hari ini, ada banyak juga air rebusan akar fatimah segera yang dijual dalam tin di kedai. Kalau tak sempat untuk membuat air rebusan akar fatimah, air dalam tin adalah alternatif yang baik. Namun kandungan gulanya mungkin agak tinggi.
Ini adalah khasiat kacip fatimah yang paling popular. Bagi kaum lelaki, meminum air tongkat ali akan memberikan mereka kegagahan dan kekuatan. Untuk wanita pula, air rebusan akar fatimah dikatakan mampu meningkatkan fungsi seksual dan mengelakkan masalah seperti mati putik dan kekeringan.
Hal ini menarik minat kajian mendalam oleh penyelidik di Universiti Missisipi, Amerika Syarikat pada tahun 2011. Analisis ke atas akar kacip fatimah mendapati bahan aktif yang meningkatkan fungsi seksual wanita ini ialah demethylbelamcandaquinone B, fatimahol dan dexyloprimulanin.
Kacip fatimah menjadi kegilaan kaum wanita kerana ianya dikatakan mampu mengetatkan bahagian intim. Wanita yang pernah melahirkan atau yang sudah berusia pastinya inginkan kesan ini bagi memastikan kesejahteraan rumah tangga.
Tak salah kalau anda mencuba, sedangkan dalam islam kita digalakkan untuk sentiasa berikhtiar selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama.
Bagi wanita yang menghampiri menopos atau sudah menopos, anda pasti tahu bahawa gejala menopos adalah sangat mengganggu dan menggangu urusan seharian.Menurut kajian sains, kacip fatimah adalah herba yang kaya dengan “phytoestrogen” dan “isoflavones” yang mampu mengurangkan gejala menopos.
Tahukah anda, selain nama kacip fatimah, ia juga dikenali sebagai selusuh fatimah kerana khasiatnya yang mampu memudahkan proses bersalin.Caranya, minum air rendaman kacip fatimah apabila anda mula berasa sakit nak bersalin. Anda tidak perlu minum dengan kuantiti yang banyak, seteguk dua sudah memadai. Ini adalah petua orang lama yang terbukti berkesan.
Jika bayi anda menangis secara berterusan sambil memegang perut atau perutnya kelihatan keras dan buncit akibat kembung, kacip fatimah boleh membantu. Bahan-bahan dan caranya adalah seperti berikut:
Jika anda mempunyai masalah kitaran haid yang tidak normal, anda boleh berikhtiar untuk membetulkan kitaran haid anda dengan cara meminum air rebusan akar kacip fatimah secara konsisten. Pengambilan kacip fatimah secara konsisten adalah salah satu cara tradisional untuk menstabilkan hormon supaya kitaran haid anda menjadi betul semula. Bahan-bahan dan caranya adalah seperti berikut:
Jika anda selalu senggugut, petua meminum air rebusan akar kacip fatimah akan membantu untuk mengatasi masalah tersebut.Anda boleh buat air rebusan kacip fatimah dan manjakani seperti cara yang kami nyatakan di atas.
Khasiat dan kegunaan kacip fatimah yang seterusnya ialah ia mampu mengurangkan sakit sendi yang kerap dialami oleh mereka yang berbadan besar atau sudah berumur. Jika anda dah jenuh mencari penawar untuk masalah sakit sendi yang anda alami namun masih belum berjumpa yang serasi, apa kata anda cuba kacip fatimah pula.
Gonorea adalah sejenis penyakit kelamin yang selalunya dijangkiti oleh mereka yang melakukan seks bebas dan kerap bertukar-tukar pasangan. Jika anda disahkan dijangkiti penyakit Gonorea, jadikan kacip fatimah sebagai salah satu ikhtiar untuk mengubati tersebut.Kajian yang diterbitakan di jurnal Phytochemistry pada tahun 2011 menunjukkan kesan antibakteria kacip fatimah melalui kehadiran sebatian bioaktif.
Dalam uji kaji makmal tersebut, didapati sebatian seperti epoxyoleanane glikosida, alkenated fenolik, cerebroside dan glycerogalactolipid memberi kesan antibakteria yang sangat baik.
Kebiasaannya wanita yang baru lepas bersalin akan mengalami masalah perut kendur dan menggelebeh. Ini berlaku kerana otot abdomen menjadi lemah. Mengambil kacip fatimah secara konsisten telah terbukti mampu menegangkan kembali otot abdomen anda yang longgar dan menggelebeh. Cubalah!
Hal ini tidak menghairankan kerana secara saintifiknya, kacip fatimah membantu proses penganjalan kulit melalui sintesis kolagen. Hal ini telah dilaporkan oleh penyelidik tempatan dari UTM Skudai yang menerbitkan penemuan ini di jurnal Fitoterapia pada tahun 2012.
Anda ada masalah keputihan? Kacip fatimah boleh membantu. Keputihan biasanya disebabkan gangguan pH dalam sistem peranakan wanita atau serangan kulat Candida. Sebatian bioaktif yang terkandung dalam kacip fatimah sememangnya terbukti untuk menjadi agen antimikrob bagi mengatasi masalah ini.
Khasiat dan kebaikan kacip fatimah yang terakhir ialah ia mampu menjadi penawar kepada cirit-birit. Jika anda cirit-birit, boleh jadikan daun kacip fatimah sebagai ulam. Rasanya juga sangat sedap.
Itulah dia 15 khasiat kacip fatimah yang ingin kami kongsikan untuk kali ini. Jemput juga baca artikel penulisan kami seperti khasiat vitamin C , khasiat bawang putih, khasiat terung dan khasiat cekur
Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.