Arikel ini adalah info dan penerangan tentang cekur. Jom kenali khasiat cekur ini, iaitu tanaman herba yang mungkin tidak dipandang ramai.

Cekur atau nama botaninya Kaempferia galanga merupakan tumbuhan dalam keluarga halia iaitu Zingiberaceae. Nama lain baginya ialah kencur. Cekur merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom yang mendatar di bawah permukaan tanah.

khasiat cekur
Sumber: Rawangpost

Kebiasaanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Di Negara kita tanaman ini dikenali sebagai kencur. Tumbuhan ini mudah ditanam sama ada diatas tanah atau didalam pasu.

Kebiasaannya cekur dibiak daripada rizomnya. Daun cekur biasanya luruh apabila kemarau. Untuk mendapat rizom yang banyak cekur perlu mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Rizom yang matang dapat dituai diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.

Berdasarkan analisis makmal dan kajian lepas, cekur mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Ia juga kaya dengan vitamin B, C, protein dan mineral, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.

Jom ketahui apakah khasiat cekur.

1. Memecahkan angin dalam urat saraf

Di antara khasiat cekur yang paling menarik ialah membuang angin dari badan. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan resepi air kencur. Air kencur ini sangat bagus untuk memecahkan angin dalam urat saraf dan juga baik untuk wanita yang dalam pantang, mengalami keguguran ataupun ibu yang masih menyusukan bayi. Malah orang lelaki pun boleh minum dan ianya tiada kesan sampingan.

Bahan-bahan air kencur:

  • 2 genggam cekur / kencur
  • 1 genggam halia
  • 1 genggam beras yang sudah dicuci dan direndam selama 3 jam
  • 1 ketul gula Melaka kecil
  • 1 sudu teh kecil bunga cengkih
  • 1 liter air

Cara penyediaan:

  • Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.
  • Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.
  • Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.
  • Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.
  • Masukkan bunga cengkih dan gula Melaka.
  • Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.
  • Biarkan sejuk sebelum masuk botol.
  • Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.

Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing. Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan.

Jangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam. Pastikan juga minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.

Selain membuang angin, air kencur juga membantu menyembuhkan kembung perut, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, menghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.

Pemerhatian ini selari dengan hasil kajian penyelidik dari Prince Songkla University, Thailand pada tahun 2008. Mereka melaporkan bahawa cekur memberi kesan antinociceptive iaitu kelegaan kesakitan dengan menyekat deria reseptor sakit dengan baik sekali.

2. Anti penuaan

Kepada mereka yang mengamalkan makan kencur sebagai ulam secara berterusan, kandungan vitamin C dan mineral lain turut membantu melambatkan kesan penuaan.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh para penyelidik tempatan dari USM Pulau Pinang pada tahun 2011, cekur mempunyai komponen utamanya iaitu etil-p-methoxycinnamate and etil-cinnamate yang bertindak memberi kesan antioksidan dan bioaktif yang baik bagi kesihatan tubuh manusia.

3. Menguncup dan memulihkan rahim

Bagi ibu yang baru bersalin atau mengalami keguguran, kencur membantu untuk menguncupkan rahim dengan cepat untuk mengelakkan masalah rahim kembang.

Di samping itu ia juga membantu memulihkan rahim yang tercedera atau luka sepanjang tempoh mengandung dan proses bersalin.

Petua tradisional telah diamalkan sejak turun temurun tetapi masih belum ada kajian saintifik setakat ini yang cuba membuktikannya.

4. Memanaskan badan wanita yang baru bersalin

Masyarakat melayu menggunakan cekur untuk memanaskan badan wanita yang baru bersalin.

Ambil akarnya yang berisi dan  direbus dan diminum sebagai tonik. Minum setiap pagi sepanjang tempoh berpantang.

5. Membanyakkan susu ibu

Imej via Bidadari

Cekur juga membantu membanyakkan susu ibu.

Caranya, rebus pucuk dan akar cekur kemudian jadikan sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Atau boleh juga hancurkan daunnya dan tampal pada payudara si ibu.

6. Memberikan tenaga

Khasiat lain cekur ialah  mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya.

Sebagaimana yang dilaporkan dalam jurnal Molecules pada tahun 2012, kandungan Ethyl-p-methoxycinnamate dalam cekur telah memberi banyak manfaat kesihatan dan farmakologikal kepada tubuh manusia menerusi kekuatan sistem imun dan nutrisi antioksidan.

7. Menguatkan rahim untuk mencegah keguguran

Satu lagi petua yang diajarkan nenek moyang ialah cekur boleh mencegah keguguran bagi wanita-wanita yang bermasalah.

Rebus pokok & akarnya, dan diminum untuk menguatkan rahim.

8. Sembelit

Jika anda mengalami sembelit, petik daun cekur manis kemudian rendamkan ia di dalam air panas dan minum.

9. Menghilangkan gatal tekak

Anda boleh hilangkan gatal tekak dengan mengunyah umbi cekur.

10. Menyembuhkan bengkak

Cekur juga digunakan untuk menyembuhkan anggota badan yang bengkak. Caranya, tempelkan beberapa helai daun cekur yang telah digiling lumat.

Kajian penyelidik USM pada tahun 2012 melaporkan bahawa kandungan etil cinnamate dalam cekur bertindak untuk memberi kesan vasorelaxant atau menyurutkan ketegangan salur darah yang menyebabkan bengkak.

11. Menyembuhkan selsema

Di Filipina, rizom cekur digunakan secara tradisi untuk menyembuh penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya.

12. Menyembuhkan demam malaria

Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria.

13. Menyembuhkan penyakit resdung

Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung.

Hal ini boleh dikaitkan dengan fungsi-fungsi kesihatan sebatian bioaktif dalam cekur seperti yang banyak dilaporkan kajian lepas sebagai agen antimikrob.

14. Mengurangkan penyakit asma

Kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah menghasilkan kesan yang positif.

15. Menghilangkan sakit gigi

Imej via Bidadari

Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk mengubati sakit gigi.

16. Menghilangkan kelemumur

Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk menghilangkan kelemumur.

17. Memanaskan perut wanita lepas bersalin

Di Indonesia cekur banyak digunakan oleh kaum wanitanya. Mereka menggunakan cekur dalam semua ramuan ubatan tradisional. Wanita selepas bersalin menggunakan rizom cekur untuk memanaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot.

18. Membuang angin dalam perut

Masyarakat cina menggunakan rizom cekur untuk membuang angin dalam perut.

19. Mengubati sakit kepala

Masyarakat cina menggunakan rizom cekur untuk mengubati sakit kepala.

20. Menyembuhkan luka dalam perut

Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut.

Kajian penyelidik India pada tahun 2006 turut melihat kesan positif cekur dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Kajian mereka melihat perbandingan tikus makmal yang diberi diet cekur dan mendapati kadar penyembuhan luka adalah tinggi melalui pembentukan sel epithelial kulit yang lebih cepat.

21. Membunuh kutu kepala

Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk membunuh kutu kepala.

Penemuan yang sama turut direkodkan dalam kajian saintifik melihat kesan penggunaan rizom cekur dalam menghalau serangga, nyamuk dan makhluk perosak. Kajian penyelidik di Universiti Chiang Mai tahun 1999 melaporkan keberkesanan rizom cekur untuk menghalau nyamuk dan serangga.

Malah, ujian simulasi mendapati bahawa penggunaan cekur tidak menyebabkan kerengsaan atau iritasi pada kulit, dan hanya akan merencat serangan serangga sahaja.

Itulah dia khasiat cekur yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!

Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga mungkin menyukai tulisan kami berkenaan

Rujukan

  1. Choochote, W., Kanjanapothi, D., Panthong, A., Taesotikul, T., Jitpakdi, A., Chaithong, U., & Pitasawat, B. (1999). Larvicidal, adulticidal and repellent effects of Kaempferia galanga. The Southeast Asian journal of tropical medicine and public health30(3), 470-476. (link)
  2. Ridtitid, W., Sae-Wong, C., Reanmongkol, W., & Wongnawa, M. (2008). Antinociceptive activity of the methanolic extract of Kaempferia galanga Linn. in experimental animals. Journal of Ethnopharmacology118(2), 225-230. (link)
  3. Shanbhag, T. V., Sharma, C., Adiga, S., Bairy, L. K., Shenoy, S., & Shenoy, G. (2006). Wound healing activity of alcoholic extract of Kaempferia galanga in Wistar rats. Indian J Physiol Pharmacol50(4), 384-390. (link)
  4. Umar, M. I., Asmawi, M. Z. B., Sadikun, A., Altaf, R., & Iqbal, M. A. (2011). Phytochemistry and medicinal properties of Kaempferia galanga L.(Zingiberaceae) extracts. African Journal of Pharmacy and Pharmacology5(14), 1638-1647. (link)
  5. Umar, M. I., Asmawi, M. Z., Sadikun, A., Atangwho, I. J., Yam, M. F., Altaf, R., & Ahmed, A. (2012). Bioactivity-guided isolation of ethyl-p-methoxycinnamate, an anti-inflammatory constituent, from Kaempferia galanga L. extracts. Molecules17(7), 8720-8734. (link)

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.