Banyak jenis face mask yang boleh anda cuba dalam mengembalikan keanjalan kulit dan kelembapannya. Namun, mencari face mask terbaik bukanlah mudah kerana anda perlu lihat kandungan dan fungsinya terlebih dahulu.

Sesetengah mask mungkin hanya sesuai untuk individu yang berkulit normal dan tidak kepada mereka yang sensitif. Tetapi ada juga face mask yang sesuai untuk semua jenis kulit. Jom lihat antara face mask terbaik pilihan ramai di Malaysia.

1. NEUTROGENA

face mask terbaik

Sekiranya anda jarang memakai face mask, kulit wajah mungkin berminyak dan terasa kering. Face mask Neutrogena mengembalikan kelembapan kulit dan menjadikan tona warna kulit lebih sekata.

Kulit kusam makin hilang, malah ia lebih lembut, berseri dan lebih licin. Face mask terbaik yang menjadi pilihan ramai ini sememangnya berkesan dan selamat dipakai untuk semua jenis kulit.

2. VENZEN Apple Skin Moisture Mask

face mask terbaik

Masker VENZEN Apple Skin Moisture Facial Mask ini mengandungi bahan semulajadi seperti ekstrak buah epal. Ia membantu melembabkan kulit wajah di samping menegangkan kulit serta mencerahkan kulit muka anda.

Bagi masalah kulit kering dan kekurangan zat nutrisi, face mask terbaik ini membekalkan nutrisi ke dalam kulit wajah. Ia menyerap dengan pantas dan mudah ke dalam kulit, malah keberkesanannya lebih tinggi.

3. DERMATORY Ampoule Shot Sheet Mask

face mask terbaik

Wajah lebih cerah, lembut dan lembab dengan menggunakan Face Mask DermatoryAmpoule. Tona warna kulit gelap akibat jeragat dan jerawat juga dapat diselesaikan dengan mudah.

Dengan kandungan terbaik dan terbukti berkesan, face mask terbaik ini sesuai untuk kulit sensitif dan masalah kulit yang lain kerana terdapat beberapa variasi. Anda boleh memilih jenis face mask dermatory yang anda inginkan.

4. Innisfree Natural Skin Care Beauty Korean Face Mask 

face mask terbaik

Dihasilkan di Korea, Face Mask Innisfree mengandungi bahan semulajadi seperti rose, green tea, acai berry, shea butter dan banyak lagi. Ia mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu seperti melembabkan kulit wajah, mengangkat sel kulit mati, melindungi kulit dari radikal bebas dan lain-lain.

Jerawat dan parut juga mudah dipudarkan jika anda menggunakan face mask terbaik ini secara konsisten dan rutin. Ia kaya dengan nutrisi, anti oksidan dan zat terbaik untuk kulit.

5. OLAY MAGNEMASKS

face mask terbaik

Olay Magnemasks Infusion adalah face mask yang mempunyai kandungan pentapeptide dan niacinamide yang berbeza dengan kandungan face mask diluar sana.

Ia dapat memutihkan wajah kerana mampu menyerap ke dalam lapisan kulit dengan lebih baik sepanjang malam. Anda boleh pakai mask dengan panduan yang disediakan, pastikan anda mengikut cara urutan wajah yang betul.

6. Garnier Skin Naturals Serum Mask

face mask terbaik


Face Mask Garnier yang juga berfungsi sebagai serum ini mampu membuatkan kulit anda tampak lebih sihat dan cerah. Masalah kulit kering, kurang licin dan tidak bermaya dapat diatasi dengan mudah.

Terdapat 3 variasi face mask dari Garnier yang boleh anda pilih iaitu Hydra Bomb, Lght Complete dan juga Sakura White. Untuk kulit kering dan kusam, light complete dan hydra bomb adalah pilihan face mask terbaik buat anda.

7. SOME BY MI, DIAMOND BRIGHTENING

face mask terbaik

Face Mask Some By Mi Diamond Brightening ini berfungsi sebagai pemutih wajah di samping menjadikan kulit lebih licin, sihat dan berseri. Ia bebas dari bahan berbahaya dan amat sesuai untuk kulit yang sensitif.

Face mask ini juga telah menjalani ujian hypoallergenic kulit yang lengkap dimana ia terbukti selamat dan boleh dijadikan rutin mingguan untuk menyihat dan memutihkan wajah.

8. DR.WU Soothing Moisture Capsule Mask with Vitamin B

face mask terbaik

Sekiranya mempunyai masalah kulit kering, jeragat, berminyak dan berjerawat, face mask terbaik ini berfungsi mengangkat kotoran radikal bebas dan menghalang sel kulit rosak.

Ia juga dapat melembabkan kulit, melindungi dan membina sel-sel tisu kulit wajah dengan baik sekali. Malah, ia adalah anti aging dimana dapat melambatkan proses penuaan. Kulit pasti kekal muda dan tegang.

9. The Face Shop Real Nature Face Mask

face mask terbaik

Face Mask terbaik dari The Face Shop Real Nature ini mempunyai pelbagai pilihan bahan semulajadi. Antaranya adalah madu, blueberry, avocado, lemon, delima dan macam-macam lagi. Ia juga mengandungi bunga calendula dan marigold yang sangat bagus untuk kesihatan kulit wajah.

Kulit wajah akan lembab semulajadi dan kelihatan lebih halus dengan memakai mask ini seminggu sekali atau dua kali. Selain itu, wajah lebih mulus dan licin menjadikan muka anda nampak begitu flawless.

10. DR. MORITA, HYALURONIC ACID ESSENCE

face mask terbaik

Face Mask terbaik dari Dr. Morita ini sarat dengan kandungan organik dimana ia berfungsi untuk mengeluarkan asid hyaluronik secara semulajadi supaya kulit lebih sihat dan lembab.

Bagi anda yang mengalami masalah kulit muka gatal, berjerawat, jeragat radang dan lain-lain, sudah pasti face mask ini sesuai digunakan oleh anda. Semua jenis kulit sesuai menggunakannya kerana bahan semulajadi yang terdapat di dalamnya.

Berikut adalah face mask terbaik yang menjadi pilihan ramai di Malaysia. Beli di Shopee akan memudahkan anda kerana tak perlu ke mana-mana lagi. Jom baca juga Clay mask terbaik Watson, clay mask terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat dan shampoo terbaik.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.