Nota Editor:Kita dahulu pernah menjadi kanak-kanak. Sudah tentu kita pernah merasai stressnya beljar. Begitu juga dengan anak-anak hari ini. Mereka turut merasainya. Lebih-lebih lagi dengan subjek yang pelbagai dan mencabar.
Ini tips dan perkara yang boleh dibuat oleh ibubapa supaya anak kurang stress dengan pelajaran di seolah hari ini.
Semoga tips ini membantu.
Temanilah anak, duduk di sebelahnya dan lihat apa yang dia perlu selesaikan dari kerja sekolah dan latihan. Kalau perlu beli buku latihan extra belilah dan selesaikan latihan bersama anak.
Masa ni ketepikan semua yang bernama handphone, tv dan lain-lain.
30min-60 min setiap hari, secara konsisten. Pilih mana masa paling sesuai. Khaskan masa tersebut untuk anak dan kita menghadap buku sekolah atau kerja sekolah.
Jika dah tiada dah kerja nak buat lagi, tetap penuhi waktu ini untuk ulangkaji dan studi pula.
Bagi anak ada sebahagian subjek agak mencabar untuk difahami. Kadang-kadang kita hantar tuisyen dan serah pada guru tuisyen, dan kadang-kadang cara ini menjadi banyak kadang juga cara ini tak menjadi.
Cara terbaik adalah ibu atau ayah belajarlah subjek @ matapelajaran yang anak rasa susah itu. Ibu dan ayah pulalah yang jadi mentor serta tutor anak-anak.
Cabar diri kita untuk menjadi guru yang terbaik buat anak-anak kita. Jangan menyerah kalah tau!
Buat anak jatuh cinta pada subjek susah tu dahulu, bercerita tentang fungsi, kegunaan, keperluan dan kaitan subjek tersebut dengan tamadun manusia, boleh juga cerita pengalaman kita dan rakan bagaimana dan apa yang buat kita mencintai sesuatu subjek lagi bagus kalau subjek itu subjek yang sama.
Mohonlah pada Allah, ajak anak solat hajat bersama dan beri keyakinan pada diri sendiri dan diri anak bahawa keputusan akademik yang baik tak akan bermakna jika tidak terbangun akhlak dan peribadi mulia.
Minta Allah jadikan kita mudah menguasai ilmu dan mudah pula menguasai nafsu.