Disebabkan musim penghujan sudah pun bermula, badan memang agak sejuk semacam dan perut kembung. Jadi, kami nasihatkan buat resepi simple ini. Halia, bawang putih, dan lada hitam sememangnya herba yang sangat bermanfaat untuk membuang angin dan panaskan badan. Asid hidroklorik yang terdapat dalam lada hitam membantu mengurangkan kembung perut, angin, sebu, senak, sembelit dan keasidan perut.

Makan dengan nasi panas panas, lada hitam serbuk, dan kicap lemak manis. Lepas itu sendawa tiada henti. Badan pun rasa segar dan hangat. Jom cuba masak telur dadar sihat dengan resepi daripada Syu Azis di laman Facebook.

Resepi Telur Dadar Buang Angin Dalam Badan

telur dadar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 biji telur ayam sebaiknya telur ayam kampung,
  • Setengah inci halia dari sebiji halia (agak agak),
  • Tiga ulas bawang putih,
  • Sedikit lada hitam.

Cara-cara :

  1. Tumbuk bahan bahan kering di atas (halia, bawang putih, dan lada hitam) sehingga lumat.
  2. Campurkan dengan telur dan sedikit garam.
  3. Gorengkan telur tanpa minyak, tapi saya derhaka sedikit goreng dengan minyak dua sudu sahaja.
  4. Siap. Selamat mencuba.

    telur dadar

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain telur dadar sihat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.