Apakah kelebihan solat berjemaah yang boleh umat Islam dapatkan setiap kali setiap kali mendirikan solat dengan berimam?

Ayuh ketahui manfaat sekiranya mendirikan solat secara berjemaah dengan membaca artikel ini.

Apa itu solat berjemaah?

kelebihan Solat Berjemaah

Solat berjemaah merupakan fardu kifayah iaitu wajib ditunaikan oleh sekelompok masyarakat di sesebuah kariah atau sesuatu kawasan.

Ia adalah solat yang ditunaikan secara beramai-ramai, iaitu seminimumnya dua orang ini didirikan sebagai menghidupkan syiar Islam.

Islam sangat menuntut setiap solat dilaksanakan secara berjemaah. Bahkan Rasulullah  SAW sangat mengajak umatnya untuk selalu berjemaah, sehinggakan terdapat sabda baginda yang tegas tentang solat berjemaah ini;

“Demi jiwaku yang ada pada tangan-Nya, aku telah bermaksud memerintahkan untuk mengambilkan kayu bakar, lalu dikumpulkan, kemudian aku memerintahkan azan solat untuk dikumandangkan. Lalu aku memerintahkan seseorang untuk mengimami orang-orang berjamaah, kemudian aku mendatangi orang-orang yang tidak solat berjemaah lalu aku membakar rumah mereka.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Baginda  SAW sangat menginginkan umatnya mendirikan solat secara berjemaah lantaran terdapat banyak hikmah serta kelebihan yang akan dianugerahkan. Antaranya adalah;

1. Ganjaran pahala 27 kali ganda

Allah memberi ganjaran yang bukan sedikit kepada sesiapa yang mendahulukan solat berjemaah.

Justeru, solat bejemaah mestilah direbutlah peluangnya  walau di mana sahaja kita berada.

“Solat berjemaah 27 kali lebih banyak pahala daripada solat secara individu.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu besar kelebihan solat berjemaah sehingga Allah  SWT memberikan pahala berganda berbanding solat secara berseorangan. Jadi, sangatlah rugi sekiranya peluang untuk mendapat  pahala yang besar tersia begitu sahaja.

Justeru, solat berjemaah mestilah direbutlah peluangnya walau di mana sahaja kita berada.

2. Allah menjanjikan perlindungan pada hari kiamat

kelebihan Solat Berjemaah

Pada hari kiamat, Allah berjanji akan memberi perlindungan kepada mereka yang mendirikan solat secara berjemaah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tujuh golongan manusia yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali dari-Nya, iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup di dalam beribadah kepada Allah, seorang yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berhimpun kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan jelita (untuk melakukan maksiat) lalu dia berkata:

‘Aku takutkan Allah’, seorang yang bersedekah secara senyap-senyap sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya dan seorang yang mengingati Allah bersendirian sehingga berlinangan air kedua matanya.”

Maka, mereka yang menunaikan solat jemaah setiap waktu di masjid, pastinya mereka yang akan Allah SWT lindungi di akhirat kelak.

Maka sekiranya kita sedar dan insaf untuk mendapatkan pertolongan Allah, paksalah diri untuk sering berjemaah dan mengikat hati pada masjid.

3. Ditinggikan darjat oleh Allah

Allah berjanji akan meninggikan golongan yang sering menunaikan solat secara berjemaah. Ini bermaksud golongan tersebut akan dihormati di dunia mahupun di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah SAW;

“Tidakkah aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat? Para sahabat menjawab,

‘Ya, wahai Rasulullah’, sabda Baginda: ‘Banyak langkah ke masjid dan menunggu satu solat selepas satu solat. Itu adalah ikatan’.”

4. Terlepas dari api neraka & sifat munafik

“Sesiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik.”

Demikian Rasulullah SAW menjelaskan golongan yang berjemaah bersama-sama imam dari takbir pertama sehingga ke akhir solat, selama 40 hari dan niat kerana Allah SWT golongan itu akan terselamat dari api neraka dan dari menjadi munafik.

5. Mengeratkan hubungan kekeluargaan & perkahwinan

kelebihan Solat Berjemaah

Allah SWT menekankan kepentingan menjaga solat kita bukan sahaja untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, tetapi sesama mahkhluknya.

Di pertengahan ayat-ayat dalam surah al-Baqarah mengenai hubungan kekeluargaan dan urusan perkahwinan (223-242), Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah:

“Peliharalah (kebiasaan) solat kamu, terutama solat yang di tengah; dan berdirilah di hadapan Allah dengan penuh ketaatan (keadaan mental).”

(Surah Al-Baqarah, ayat 238)

Ini bermaksud solat dapat melindungi anggota keluarga, agar tidak mempunyai tanggapan yang buruk antara satu sama lain.

Selain itu, solat juga melindungi daripada bisikan syaitan dan pelbagai bentuk kejahatan yang boleh menggugat keharmonian rumahtangga.

Contohnya, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan sewaktu bersalaman dan bermaafan selepas solat boleh menghubungkan hati ahli keluarga.

6. Mendapat cahaya di hari kiamat

Sesungguhnya Allah sangat mengasihi umatnya yang solat berjemaah. Sehinggakan, sesiapa sahaja yang melazimi solat berjemaah akan mendapat bantuan cahaya dari Allah SWT pada hari kiamat kelak.

Seperti sabda  Rasulullah SAW:

“Hendaklah bergembira orang-orang yang berjalan kaki dalam gelap menuju ke masjid mereka akan mendapat cahaya cukup sempurna pada hari Kiamat.”

7. Diampunkan dosa oleh Allah

Sabda Rasulullah SAW;

“Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan solat lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid untuk solat fardhu kemudian dia pun bersolat berserta dengan orang ramai, atau berjemaah atau dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.”

Maksud dosa ini ialah dosa-dosa kecil, kerana dosa besar perlu bermula dengan bertaubat dan meminta ampun dari Allah SWT.

Namun ganjaran inilah sangat bermakna kerana sebagai manusia hampir setiap masa kita melakukan dos-dosa kecil, lalu dengan solat berjemaah kita dapat menghapuskan dosa-dosa kecil itu.

8. Disediakan hidangan istimewa  di syurga

Sabda Rasulullah SAW;

“Sesiapa yang pergi ke masjid dan balik (dari masjid), Allah sediakan baginya hidangan dari syurga setiap kali dia pergi dan balik.”

Alangkah indahnya, jika kita menjadi salah seorang penerima hidangan di syurga kelak.

10. Nikmat menunggu solat berjemaah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Seseorang hamba Allah itu dikira dalam solat selama dia berada di tempat solatnya kerana menunggu solat, dan berkata malaikat: ‘Ya Allah, ampuni dosanya dan rahmatilah dia sehingga dia beredar atau dia berhadas’.”

Sungguh mudah untuk mendapat pahala, sehinggakan menungggu untuk emegrjakan solat berjemaahpun sudah dikira pahala jemaahnya, bahkan didoakan pula oleh para malaikat. Sesungguhnya Allah  SWT maha baik.

11. Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW

Menjaga solat berjemaah adalah sunnah Nabi SAW yang tidak pernah ditinggalkan tanpa sebab yang munasabah.

Baginda pernah memberi amaran keras kepada mereka yang meninggalkan solat jemaah di masjid. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku bertekad supaya solat didirikan kemudian aku akan pergi kepada setiap rumah seseorang yang tidak hadir solat berjemaah lalu akan aku perintahkan agar dibakar rumah mereka.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Untungnya Orang Yang Solat Berjemaah di Masjid | Ustaz Jafri Abu Bakar 

Kesimpulannya, banyak manfaat yang boleh kita dapatkan dari mengamalkan solat berjemaah dalam kehidupan.

Selain dari kelebihan solat berjemaah, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan panduan solat seperti:

Sumber:

  1. Hukum Solat Berjemaah, Wajib ke Sunat Dibuat? Taqwa.My
  2. #1150: Kelebihan Solat Berjemaah. Maktabah Al Bakri
  3. Tadabbur Kalamullah 15 Ramadhan 1441H – Kelebihan Solat Berjemaah. JAKIM
  4. Al-Kafi #1070: Solat Berjemaah Selain Di Masjid Adakah Dapat Ganjaran 27 Kali Ganda? Mufti Wilayah Persekutuan

Penulis: Rabiatul Adaweeyah Othman

Sangat mecintai buku dan meminati penulisan, lalu gemar berkongsi tentang apa-apa yang dibaca dan ditulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.