Jom ketahui khasiat jintan manis.Jintan manis merupakan di antara herba yang paling dikenali oleh ibu-ibu yang biasa masuk ke dapur. Selain menyedapkan masakan, jintan manis juga terkenal dengan khasiatnya untuk melangsingkan badan.
Jintan manis kaya dengan vitamin A, B, dan C, garam galian seperti fosforus, zat besi, magnesium, mangan, potassium, kalsium, asid amino, serat yang tinggi dan rendah dengan kalori.
Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan kelebihan dan khasiat jintan manis.
Khasiat jintan manis yang paling terkenal ialah untuk melangsingkan badan. Jintan manis membantu membakar lemak, meningkatkan kadar metabolisma, dan menurunkan berat badan anda dengan cepat. Anda perlu minum teh jintan manis sekurang-kurangnya 3 kali sehari sebelum mengambil makanan berat.
Namun harus diingat, untuk mendapat kesan yang optimum dari teh jintan manis ini, anda perlu menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Cara untuk membuat teh jintan manis ialah:
Bahan-bahannya:
Cara-caranya:
Dari sudut sains pula, jintan manis sememangnya membantu proses pencernaan. Ini telah dibuktikan oleh kajian oleh Johri pada tahun 2011. Kajian ini turut menyatakan bahawa jintan manis kaya dengan anti oksida yang sememangnya baik untuk untuk kesihatan.
Dalam kajian berlainan oleh Agah dan rakan-rakan pada tahun 2013 pula mendapati bahawa simpton pesakit yang mempunyai simpton irritable bowel syndrome (IBS) diberi dengan rawatan jintan manis selama dua minggu berkurangan.
Wanita yang mengamalkan jintan manis dalam menu setiap hari akan mendapati bahawa garis halus akan lambat tumbuh diwajah mereka. Ia berlaku kerana jintan manis mengandungi bahan yang melawan radikal bebas dan memastikan sel kulit mendapat oksigen yang secukupnya.
Pada tahun 2007, sekumpulan penyelidik dari Iran berjaya mengenal pasti beberapa kandungan antioksidan dalam jintan manis yang mempunyai kuasa melawan radikal bebas yang tinggi.
Mereka menghasilkan minyak pati jintan manis yang mengandungi sebatian antioksidan seperti α-pinene (29.1%), 1,8-cineole (17.9%) dan linalool (10.4%).
Tahukah anda, anda boleh menggunakan jintan manis untuk mengatasi masalah kulit kering. Caranya:
Selain melembabkan kulit, jintan manis juga boleh digunakan untuk mencerahkan kulit. Hebat sungguh kan! Untuk mencerahkan kulit, anda boleh gunakannya sebagai toner homemade. Nak tahu cara membuatnya?
Bahan-bahan:
Cara-caranya:
Anda juga boleh gunakan jintan manis sebagai scrub muka homemade. Kosnya sangat murah dan mudah untuk disediakan. Cara-caranya:
Penjagaan kulit melalui penggunaan jintan manis ini dipercayai boleh dikaitkan dengan kehadiran sebatian bioaktif dalam jintan manis seperti carvacrol, carvone, limonene dan linalool yang menghalang pertumbuhan mikroorganisma penyebab kulit kusam dan tidak bermaya.
Jintan manis mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, kalium, besi, zink, selenium dan mangan yang bertindak sebagai antioksidan untuk menguatkan dan menyihatkan akar rambut supaya lambat menjadi uban.
Menurut petua, minum air rendaman jintan manis setiap pagi.
Selain melambatkan uban, jintan manis juga membantu mengatasi masalah rambut gugur dengan cara menguatkan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang baru. Cara menggunakan jintan manis untuk melebatkan rambut ialah:
Jika mata anda tiba-tiba bengkak, kemerahan, atau kegatalan, anda boleh gunakan jintan manis untuk melegakan mata anda. Caranya:
Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan pada tahun 2016 melaporkan antara khasiat jintan manis yang bersifat anti radang.
Kajian PhD tersebut melaporkan antara kegunaan jintan manis, bunga lawang dan kulit kayu manis yang mempunyai sifat anti radang untuk mengelakkan berlakunya bengkak dan kegatalan.
Jintan manis juga boleh digunakan untuk membuang toksin yang terkumpul dalam badan. Di antara tanda badan anda mengandungi terlalu banyak toksik ialah selalu penat, mudah mengantuk, berasa malas, tidak bertenaga, dan tidur yang tidak lena. Jika anda mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan, anda boleh detox dengan cara:
Pembuangan toksin ini boleh dikaitkan dengan penyingkiran melalui ikatan bersama sebatian bioaktif dan antioksidan jintan manis seperti yang diterangkan dalam perenggan-perenggan di atas.
Pes jintan manis juga digunakan secara tradisional untuk menghilangkan selulit degil pada kulit anda.
Caranya ialah:
Jintan manis juga boleh digunakan untuk mengecilkan liang pori di muka anda.
Petuanya:
Jintan manis juga kaya dengan zat besi. Didapati sesudu teh jintan manis mengandungi 1.4 mg zat besi. Sekadar maklumat 1 daripada 5 orang dewasa biasanya didapati mengalami masalah kekurangan zat besi.
Ianya sangat membantu dalam pertumbuhan kanak-kanak dan masalah period wanita (Parker-Williams,2019). Walaupun sekadar penambahan perisa tambahan, ianya sangat membantu mencukupkan keperluan zat besi individu.
Itulah dia kelebihan jintan manis menurut sains yang ingin kami kongsikan.
Sekadar peringatan, ini sekadar input tambahan sahaja, untuk maklumat yang lebih jelas dan sesuai dengan anda, rujukan doktor diperlukan.
Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang:
Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.