Tahukah anda bentuk hiburan yang tidak bermoral seperti kartun kanak-kanak LGBT semakin berleluasa di kaca televisyen.
Rancangan hiburan seperti ini sememangnya memberi pengaruh buruk kepada otak anak-anak yang masih mentah. Justeru, pemantauan ibu bapa haruslah dipertingkatkan dalam memilih hiburan terbaik buat anak-anak.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa kartun kanak-kanak LGBT yang ibu bapa perlu elakkan anak menonton.
Ridley Jones siri animasi bercorak pendidikan kanak-kanak yang diterbitkan oleh Chris Nee untuk Netflix Animation.
Ia mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang suka menimba ilmu bersama rakan-rakannya untuk menjaga muzium dan melindungi rahsia utamanya, iaitu setiap barang pameran tersebut boleh bernyawa pada waktu malam.
Babak LGB* ditayangkan pada musim 3, dimana Fred, tampil sebagai seorang yang non-binary.
Berdasarkan buku kanak-kanak “The Bravest Knight Who Ever Lived,” watak utama Sir Cedric menceritakan tentang seorang anak perempuannya yang berusia 10 tahun, Nia yang berlatih untuk menjadi seorang kesatria.
Ia menonjolkan suami Sir Cedric dan ayah Nia, Putera Andrew sebagai pasangan kekasih.
The Owl House ialah kartun yang agak baru dan dilancarkan pada tahun 2020. Ia merupakan kartun Disney pertama yang menampilkan protagonis biseksual, Luz, dan teman wanitanya Amity.
The Mitchells vs. The Machines adalah animasi yang memaparkan kehidupan keluarga Mitchells yang unik.
Di mana perancangan perjalanan mereka terganggu oleh kiamat robot yang bermusuhan.
Entah bagaimana mereka mendapati diri mereka sebagai harapan terakhir manusia kerana mereka perlu mengetepikan pertengkaran dan perbezaan mereka untuk bekerja sebagai unit keluarga dan menyelamatkan umat manusia daripada empayar robot.
Walaupun bukan sebahagian daripada konflik utama, filem ini jelas menonjolkan watak protagonis utama dan anak perempuan keluarga, Katie Mitchell, adalah LGB* tanpa segan silu.
Dead End: Paranormal Park yang ditayangkan pada tahun 2022 juga di antara kartun kanak-kanak LGBT yang memberi pengaruh buruk kepada anak-anak.
Peminat My Little Pony pasti sudah biasa dengan keluarga Apple Bloom dan Sweet Bella. Namun rahsia keluarga Scootaloo yang telah disimpan sepanjang lapan musim mula terbongkar pada musim 9.
Babak di mana makcik lesbian Scootaloo, Makcik Holiday dan Makcik Lofty mendapat perhatian ramai.
Film Disney-Pixar yang menjadi spin-off film ‘Toy Story’ini juga sempat menjadi perdebatan kerana ada mengetengahkan tokoh LGB* yang menjadi sahabat dari tokoh utama Buzz Lightyear.
Animasi yang sangat mencuri perhatian kanak-kanak di bawah umur 7 tahun ini juga tidak terlepas sebagai salah satu kartun kanak-kanak LGBT.
Rancangan ini mengisahkan tentang seekor anak anjing bernama Chip yang belajar di tadika bersama temannya seekor tikus. Musim 2 memperkenalkan keluarga Zebra dengan dua bapa, Roy dan Ray Razzle.
Pada Musim 4 Episod: Emergency Plan, Doc McStuffins menampilkan keluarga dua ibu yang disuarakan oleh pelakon gay secara terbuka iaitu Wanda Sykes dan Portia de Rossi.
Album Peppa Pig iaitu My First Album menjadi kontroversi kerana dikatakan ia mempunyai simbolik cinta terhadap komuniti LGB*.
We Bare Bears kartun animasi beruang yang sangat comel dan mendapat rangking terbaik dalam kategori animasi kanak-kanak.
Antara watak yang mendapat perhatian ramai adalah Panda. Selain obsesi Panda terhadap swafoto dan apl dating, kartun comel ini turut memaparkan adegan pasangan lesbian yang sudah berkahwin.
Mungkin ia agak mengejutkan, tapi sebenarnya watak keluarga sotong hijau itu juga adalah pasangan LGB*.
Entah macam mana kartun yang ramai ditonton ini turut membawa agenda songsang dalam lagu mereka.
Watak siput dalam episod ini bukan saja adalah watak LGBT dalam dunia kartun, bahkan mereka turut menggunakan voice over dari artis LGB* sendiri.
Pada tahun 2021, Blue’s Clues mengeluarkan lagu bersama Pride Parade, menampilkan seorang ratu drag yang disuarakan oleh ratu drag sebenar, Nina West.
Kartun ini sendiri sebenarnya banyak paparkan budaya yang tidak elok antaranya berunsurkan LGB*.
The Loud House memperkenalkan rakan baik Lincoln, Clyde, yang mempunyai dua bapa antara kaum yang tidak takut untuk menyatakan cinta mereka kepada anak lelaki mereka.
Animasi yang menjadi salah satu dari rancangan pujaan daripada Cartoon Network ini mempunyai jalan cerita menarik di alam semesta.
Namun dalam skrip yang unik ini, ada dua sosok karakter yang menjadi ikon kepada pengemar LGB*, iaitu Ruby dan Sapphire.
Pasangan lesbian comel ini melakonkan babak lamaran dan perkahwinan sesama jantina yang pertama dalam rancangan kanak-kanak arus perdana.
Sejak dari mula ditanyangkan lagi, She-Ra and the Princesses of Power telah mengetengahkan watak-watak gay.
Rancangan itu tidak pernah mengelak daripada menceritakan naratif aneh yang indah atau plot tertumpu di sekitar masalah maskuliniti toksik.
Babak paling ketara adalah pada musim kedua apabila didedahkan bahawa Bow, salah seorang watak utama, mempunyai dua bapa.
Kartun Disney lainnya yang mengandung unsur LGB* adalah Turning Red. Film yang ditayangkan pada tahun lalu ini sempat dilanda kontroversi kerana kehadiran watak Queer di dalamnya.
Siapa yang sangka, film yang dicintai sejuta umat ini ternyata mengandung unsur LGB* di dalamnya.
Zootopia menceritakan tentang Judy yang bertugas menjadi polis dan tinggal di apartmen kecil. Ia memilik jiran iaitu Pronk dan Bucky Oryx-Antlerson, yang merupakan pasangan sesama jenis.
Kartun Disney yang baru ditayangkan pada July tahun ini turut memuatkan unsur LGB* di dalamnya. Hal ini terlihat dari salah satu tokohnya yang bernama Lake yang merupakan non-binari.
Selain ‘Lightyear’, adegan kartun LGB* juga dipertontonkan dalam film Toy Story 4. Tokoh LGB* ini muncul dalam adegan 2 orang perempuan yang saling merangkul bersama anak-anak mereka di TK.
Meskipun tidak jelas, namun adegan ini turut dilanda kontroversi dan diboikot oleh komuniti One Million Moms kerana dianggap sebagai adegan yang berpotensi bahaya.
Jurassic World Camp Cretaceous pernah kecoh di media sosial tahun lalu kerana memaparkan watak suka sesama jenis dan melakukan babak bercium.
Flee ialah sebuah dokumentari animasi yang mengisahkan tentang Amin, sebagai budak bawah umur yang datang ke Denmark seorang diri selepas melarikan diri dari Afghanistan.
Kini Amin sudah dewasa dan berusia 36 tahun. Dia sudah bertunang dengan teman lelakinya. Filem ini menunjukkan Amin yang berkongsi semua kisah lalunya dengan tunannya buat pertama kali.
Tokyo Godfathers sebuah filem animasi pengembaraan arahan Satoshi Kon mengadaptasi novel Three Godfathers karya Peter B. Kyne.
Ia menceritakan pengembaraan trio gelandangan yang menjumpai seorang bayi untuk dipulangkan kembali kepada orang tuanya.
The Simpsons adalah kartun paling ikonik di seluruh dunia. Sejak mula disiarkan sekitar 34 tahun yang lalu, kartun ini sudah menghiburkan kanak-kanak selama 35 musim.
Rancangan ini juga cukup terkenal dengan kontroversi sensasinya dan kritikan yang tidak sensitif serta aneh.
Disiarkan pertama kali pada tahun 1996, Arthur telah menghiburkan generasi kanak-kanak tetapi, dalam episod perdana musim ke-22, penerbit memutuskan untuk mengibarkan bendera pelangi.
Episod itu bertajuk ‘Mr Ratburn and the Special Someone’, menjadikan guru/pencinta kek kegemaran semua orang sebagai ikon gay!
Jika anda peminat Avatar: The Last Airbender, animasi The Legend of Korra pasti anda juga gemari. Namun babak Korra dan Asami yang merenung mata satu sama lain dengan penuh kasih sayang, dan meluahkan cinta mereka memaparkan sisi lain dalam animasi terkenal ini.
Selain dari kartun kanak-kanak LGBT ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan permainan kanak-kanak terbaik seperti:
Sumber: