Bukan satu, bukan juga dua tetapi ada lapan jenis tepung beras di pasaran sekarang ini. Apakah jenis tepung tersebut dan kegunaannya?

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda jenis tepung beras dan kegunaannya untuk dijadikan panduan sebelum membeli dan memasak.

Apa itu tepung beras?

Tepung beras adalah sejenis tepung yang menggunakan bahan utama iaitu beras untuk pembuatannya. Beras ini akan melalui proses digiling sehingga halus dan kemudian ditapis atau diayak sehingga halus dan bersih.

Tepung beras ini juga dikatakan sebagai penganti terbaik bagi tepung gandum bagi mengurangkan risiko kerengsaan dalam sistem penghadapan kepada pengguna yang alah dengan gluten.

Jenis tepung beras yang dijual di pasaran

Nampak serupa, tetapi kesemua jenis tepung beras ini sebenarnya mempunyai ciri-ciri dan kegunaannya yang tersendiri.

1. Tepung Beras Cap 1 Gajah

Tepung Beras Cap 1 Gajah khusus untuk mengoreng. Kita boleh gunakannya jika mahu membuat adunan untuk goreng pisang, keladi, cempedak, keledek, dan adunan gorengan berempah ikan atau ayam seperti yang dijual di mamak.

Dikatakan, tepung beras jenis ini sangatlah ranggup dan sesuai dalam pembuatan rempeyek serta tumpi kacang hijau atau dhal.

2. Tepung Beras Cap 2 Gajah

Tepung Beras Cap 2 Gajah adalah tepung yang berasaskan beras campuran atau dikisar bersama dengan tepun gandum.

Apabila ia digunakan dalam makanan bergoreng, hasilnya akan sama ranggup seperti Tepung Cap Gajah dan juga Cap Teratai.

3. Tepung Beras Cap 3 Gajah

Tepung Beras Cap 3 Gajah bagus dalam membuat kuih-muih tradisional seperti kuih koci, kuih apam beras eno dan pelbagai lagi jenis kuih yang lain.

Hal ini disebabkan tepung ini mempu menghasilkan kuih yang lembut, berkilat dan sedap.

4. Tepung Beras Cap 5 Gajah

Dalam pembuatan pelbagai jenis mee seperti mee laksa, pilihan yang terbaik adalah Tepung Beras Cap 5 Gajah.

Hal ini kerana ia mampu untuk menghasilkan tekstur yang lebih kental dan padu bagi apa jua produk makanan yang kita buat disebabkan bahannya dari 100% beras asli.

5. Tepung Beras Cap Teratai

Tepung Beras Cap Teratai popular sebagai bahan utama dalam pembuatan kuih tradisional seperti rempeyek dan tumpi.

Jika anda mahu membuat apam, tepung ini tidak begitu sesuai untuk digunakan kerana kurang rasa lemak, dan tekturnya juga tidak gebu seperti biasa.

6. Tepung Beras Cap 3 Teratai

Tepung Beras Cap 3 Teratai ini dikilangkan di Terengganu yang diproses serta dibuat dari beras kisar halus.

Ia menjadi pilihan bagi peniaga yang mahu membuat kuih-muih, laksa, laksam, ikan celup tepung, dan sebagainya.

7. Tepung Beras Cap Jati

Tepung Beras Cap Jati adalah antara produk keluaran syarikat Jati yang dimonopoli oleh produk beras. Ia diperbuat daripada 100% beras, mesra-vegetarian dan juga disahkan Halal.

Tepung ini menjadi pilihan ramai dalam pembuatan pelbagai jenis kuih-muih tempatan dan tradisional.

8. Tepung Beras Cap Gelang

Dalam senarai jenis tepung beras tadi, tentunya Tepung Beras Cap Gelang ini tidak ramai orang tahu.

Hanya sesetengah orang yang menggunakannya untuk membuat kuih-muih tradisional dan adunan untuk gorengan. Tepung ini terhasil dari 100% beras yang berkualiti.

Cara buat tepung beras homemade

Tahukah anda, kita sebenarnya boleh buat sendiri tepung beras di rumah dengan bahan dan proses yang lebih sihat tanpa menggunakan bahan pengawet.

Bahan-bahannya:

  • Secawan beras
  • Blender kering

Cara-cara pembuatan:

  1. Basuh beras bersih-bersih.
  2. Toskan dan tunggu sampai beras betul-betul kering.
  3. Apabila kering, kisar kesemuanya dengan menggunakan ayak atau penapis teh.
  4. Jika ada lebihan beras yang kasar, asingkan. Kisar dan ayak semula ia.
  5. Ulang proses tersebut sehingga selesai.

Selain dari jenis tepung beras dan kegunaannya ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan bahan di dapur seperti:

Rujukan:

  1. Jenis Tepung Beras, Facebook Yatie Kitchen
  2. Cara Pilih Tepung Beras Yang Betul Supaya Kuih Menjadi, Kena Tengok Bilangan Gajah! Vanilla Kismis

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.