Antara tips untuk menjadi ibu bapa peka atau menggalakkan anak untuk bercakap adalah:

Anak takut
Imej via markusspiske

 

1) Membuka peluang utk anak meminta atau mengatakan sesuatu, kemudian TUNGGU.

  • Macam mana nak create peluang ni?
  • Letak mainan / item yg disukai di tempat tinggi/ bekas yg sukar dibuka supaya dia meminta
  • Tunjuk sesuatu dan tunggu utk anak menyebut sendiri
  • Sengaja membuat kesilapan agar anak membetulkan kita
  • Memberi 2 pilihan untk memberi anak membuat keputusan sendiri
  • Bagi yang dah besar,memberi soalan yg terbuka selain daripada soalan yes/no. Soalan mestilah soalan yang anak sudah faham.

2) Apabila anak memberikan respon, maka kita perlu memberi respon dan meraikan cubaan yg anak cuba berikan.

Bagaimana nak meraikannya? Bila anak memberikan respon kita boleh:

  • Meniru apa yang anak cakap dan lakukan
  • Memberi komen pada benda yg anak tunjukkan:

Anak sedang lihat burung di atas atap.

Ibu: Burung, burung atas atap.

  • Memberi pujian dan galakkan atas cubaan yang anak sebut atau lakukan.
  • Menghargai cubaan yang anak berikan.

3) Pastikan giliran utk bercakap antara kita dengan anak seimbang.

Contoh yang betul:

Anak: kucing (sambil tunjuk)

Mak: Kucing sedang tidur (kemudian tunggu turn anak pula)

Anak: Kucing tido.

Bukannya.

Anak: Kucing (sambil tunjuk)

Mak: Kucing sedang tidur. Kucing bunyi meow. Kucing makan ikan. Meow meow ( respon ini terlalu panjang dan x seimbang)

Anak: …. kucing (kemudian lari)

Harap membantu

Penulis: Iffah Rashida

Merupakan terapi untuk bahasa dan percakapan kanak-kanak. Rajin berkongsi di Facebook tentang perkembangan anak kecil. Klik sini untuk tips-tips dari Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.