Tahukah anda, jenis potongan bawang pun sebenarnya memainkan peranan penting dalam setiap penyediaan makanan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan jenis potongan bawang merah dan putih yang boleh anda jadikan panduan ketika memasak nanti.

Jenis potongan bawang merah

1. Potong

Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.

2. Gegelung

Potongan gegelung dilakukan dengan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki. Ia sesuai untuk dimasak kicap atau masak merah.

3. Mayang

Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis. Kadang kala ada juga sesetengah dari kita yang menggunakannya untuk salad dan sandwich wrap.

4. Belah

Ini adalah asas dalam jenis potongan bawang. Bawang akan dipotong secara menegak kepada dua bahagian besar untuk diteruskan dengan bentuk potongan yang lain dan lebih kecil.

5. Baji

Baji atau wedges adalah potongan yang biasaya dijadikan hiasan ke dalam sup, kari atau sebagainya.

6. Hiris

Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Ia sesuai untuk ditumis atau dibuat ulam, rencah sambal, budu, cencaluk dan sebagainya.

7. Dadu

Potongan dadu dan dicincang nampak sama tetapi berbeza. Bezanya dari segi saiz di mana potongan dadu agak kecil berbanding dicincang. 

Jika anda tidak menyukai potongan bawang besar yang dicincang dalam hidangan anda, mungkin anda boleh memilih bawang yang dipotong dadu.

Potongan ini sesuai untuk dibuat cekodok, jemput-jemput bilis atau bawang.

8. Dadu kecil atau cincang kasar

Jenis potongan bawang ini adalah yang paling biasa digunakan dalam semua jenis penyediaan. 

Bawang yang dicincang mempunyai kepingan persegi bersaiz sederhana. Ia sesuai untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.

9. Cincang halus

Bawang biasanya dikisar menggunakan pemproses makanan tetapi boleh juga dilakukan menggunakan pisau tajam. 

Untuk otongan jenis ini, bawang dipotong menjadi kepingan yang paling kecil dan sesuai bagi perapan, tumisan dan sebagainya.

Jenis potongan bawang putih

Jenis potongan bawang

1. Seulas penuh

Tidak dipotong hanya dikupas kulitnya sahaja. Dalam selabu bawang putih, ada lebih kurang 10 hingga 12 ulas bawang putih.

2. Hirisan tengah

Dihiris di bahagian tengah. Hirisan besar bawang putih yang dipotong nipis menambah rasa bawang putih yang lebih lembut.

3. Hirisan tepi

Dihiris dibahagian tepi. Biasanya untuk buat bawang putih goreng untuk hiasan atau masakan tumis.

4. Minced / diced (cincang atau dadu)

Lebih kecil bawang cincang, lebih kuat rasa bawang putih, kerana lebih banyak jus berperisa dikeluarkan. 

Sebagai contoh, bawang putih mentah yang dicincang menambah perasa semula jadi pada salad, pesto dan salsa.

Ia turut digunakan dalam membuat sos, tumis, rencah nasi goreng dan lain-lain.

5. Hancur (crushed)

Tidak dipotong tetapi dihancurkan sehingga leper tanpa menggunakan pengisar atau pemproses makanan. Ia sangat bagus untuk membuat sos salad atau sos tahini.

Kaedah potongan ini juga lebih mudah meresap ke dalam bahan-bahan lain dan memberikan rasa yang paling enak.

6. Potong saparuh atau bunga

Tidak dikupas tetapi dibiarkan sebuku bawang putih dengan hanya dipotong di bahagian atasnya sahaja. Potongan ini sesuai digunakan dalam masakan seperti stew, roast dan searing.

Ia memudahkan bawang putih untuk merembeskan wangian dan aroma perasa semula jadi ke dalam masakan.

Tips potong bawang dengan mudah

Untuk memudahkan anda semasa potong bawang, pastikan anda gunakan pisau yang tajam. Bukan itu sahaja, dengan menggunakan pisau yang tajam juga anda boleh mengurangkan proses pelapasan bahan kimia semasa potong bawang.

Ini sekaligus mengelakkan mata anda berair dengan cepat dari bahan kimia yang dilepaskan keluar.

Jangan lupa juga pastikan papan pemotong anda bersih dari kotoran. Papan pemotong yang sentiasa lembap menjadi sarang bakteria untuk menyebarkan penyakit.

Selain dari petua jenis potongan bawang ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain dalam masakan seperti:

Sumber:

  1. How to Cut an Onion. Pich Of Yum
  2. Different Ways of Cutting Onions and Their Importance in Cooking. Times Of India

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.