Tahukah anda terdapat beberapa jenis buah tak payah kupas sebelum anda makan? Atau dalam kata lain, anda boleh makan buah atau sayuran tersebut bersama kulit luarannya sekali.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan jenis buah tak payah kupas yang perlu anda tahu.

1. Kiwi

jenis buah tak payah kupas

Jenis buah tak payah kupas yang pertama adalah kiwi. Siapa sangka kiwi yang mempunyai kulit luarannya yang licin dan berbulu, boleh dimakan sehingga ia tergolong dalam jenis buah tak payah kupas.

Kajian terbaru menunjukkan bahawa apabila anda makan buah kiwi bersama kulitnya, kandungan seratnya adalah tiga kali ganda! Bukan itu sajaja, anda juga boleh mendapat dos vitamin C yang terbaik.

2. Pisang

jenis buah tak payah kupas

Kulit pisang mempunyai banyak serat dan juga mengandungi jumlah triptofan yang tinggi di mana sebatian ini membantu meningkatkan tahap serotonin anda.

Kulitnya mempunyai rasa pahit dan konsistensinya mungkin tidak mengikut citarasa semua orang. Untuk lebih sedap, anda boleh tunggu sehingga pisang tersebut masak atau sehingga kulitnya bertukar warna keperangan untuk mendapatkan rasa yang manis.

3. Bawang besar

Kulit bawang mempunyai banyak rasa. Walaupun tidak mungkin anda boleh memakannya terus secara mentah, anda sebenarnya boleh menggunakan kulit bawang ini sebagai perasa untuk sup atau kuah rebusan.

Proses memasaknya akan menambah rasa tambahan, dan juga membawa warna pada hidangan anda!

4. Kentang

Kulit kentang kaya dengan serat dan vitamin. Justeru elak dari mengupasnya sehingga licin kerana nutrisinya mungkin boleh hilang.

Biarkan kulit semasa membuat kentang panggang atau salad kentang, untuk menambah rasa atau tekstur.

Apabila anda mengupas kentang, simpan kulitnya dan goreng dalam minyak untuk dijadikan snek yang lazat!

5. Lobak merah

jenis buah tak payah kupas

Lobak merah terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatannya. Walaupun nutrisi lobak merah diagihkan sama rata antara isi dan kulitnya, nampaknya fitonutrien lebih tertumpu pada kulit lobak merah.

6. Nanas

Kebanyakan buah-buahan tropika dilitupi dengan kulit yang tebal dan keras untuk menutupi buah-buahan lembut di dalamnya.

Ia direka dengan ciri ini untuk melindunginya daripada iklim tropika yang ekstrem. Malangnya, ia juga bermakna kulit tidak boleh dimakan.

Tetapi kulit nanas boleh digunakan untuk tujuan masker kecantikan agar kulit lebih lembut dan mulus.

7. Epal

jenis buah tak payah kupas

Jika ada satu buah yang anda patut makan dengan kulit, ia adalah epal. Kulit epal mengandungi kira-kira separuh daripada kandungan serat buah!

Jika anda mengupasnya, anda akan kehilangan kira-kira satu pertiga daripada kandungan vitamin C, vitamin A dan kalium epal.

Bukan itu sahaja, tetapi anda mendapat empat kali lebih banyak vitamin K daripada kulit epal daripada buah sebenar.

8. Timun

Walaupun banyak resipi salad memerlukan anda untuk mengupas kulit dan biji timun, tetapi anda boleh sahaja menggunakan sepenuhnya dalam masakan.

Hal ini kerana, timun mengandungi air yang tinggi di mana biji dan kulit sebenarnya adalah yang paling padat nutrien.

Jadi cuba tambahkannya ke dalam diet anda tanpa mengupasnya terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda akan mendapat lebih banyak serat dan vitamin!

9. Mangga

Selain itu, jenis buah tak payah kupas yang seterusnya adalah mangga. Kulit mangga adalah sumber nutrien seperti karotenoid, polifenol, dan asid lemak omega-3. Jadi anda pasti mendapat banyak manfaat kesihatan dengan memakan kulitnya.

Jika anda susah untuk makan, cuba gunakan mangga keseluruhan dalam masakan, kerana kulit akan menjadi lembut sepanjang proses memasak. Anda juga boleh membuat jeruk dengan mangga yang dicincang dan tidak dikupas.

10. Jambu batu

Jambu batu adalah buah yang lazat dan mengandungi antioksidan, vitamin, serat dan mineral yang tinggi, dan dengan memakan kulit, anda mendapat setiap auns nutrien!

11. Ubi keledek

Jenis buah tak payah kupas adalah ubi keledek. Kulit ubi keledek mempunyai lebih banyak serat, vitamin C, vitamin E, beta-karotena, kalium dan zat besi. Ia juga menambahkan lagi rasa pada hidangan anda!

Kulitnya menjadi lembut bila dimasak atau dipanggang perlahan dalam ketuhar.

12. Oren dan lemon

Anda tidak akan pernah menggigit oren dengan kulitnya, tetapi anda semestinya menyimpan kulitnya untuk kegunaan lain!

Pasti tidak ada yang ingin makan kulit buah oren atau lemon begitu sahaja. Namun anda sebenarnya boleh simpan kulit buah tersebut untuk digunakan sebagai bahan perahan dalam masakan anda.

Jika anda tidak mahu memakannya, anda juga boleh menggunakan kulit lemon untuk pembersih buatan sendiri. Hanya satukan kulit lemon, cuka, baking soda dan air panas. Biarkan selama beberapa hari dan gunakannya untuk membersihkan dapur anda!

13. Terung

Kulit terung padat dengan antioksidan yang dipanggil nasunin. Nasunin adalah sebahagian daripada keluarga antioksidan yang lebih besar yang dikenali sebagai flavonoid.

Menurut kajian, lebih banyak flavonoid yang anda makan, semakin lambat berat badan anda bertambah.

14. Anggur

Kulit anggur mengandungi fitokimia yang sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung dan otak.

Bahkan menurut kajian sel dan haiwan, ia juga memperlahankan pertumbuhan kanser dalam tubuh badan.

Selain dari jenis buah tak payah kupas ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:

Sumber:

  1. Fruits and Vegetables You Should (and Shouldn’t) Peel. Cookist.com
  2. Should You Peel Your Fruits and Vegetables? Healthline

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.