Siapa disini suka makan seaweed? Perkongsian kali ini kami hadirkan resepi kudap-kudap seaweed kegemaran anda. Kita daftar nama dia panjang sedikit iaitu “Popia Seaweed Kudap-Kudap 3 Bahan” Buat sendiri lagi puas hati makan kerana 90% penuh seaweed sahaja.

Seaweed atau bahasa melayu ialah rumput laut ialah mana-mana sahaja tumbuhan alga lautan. Rumput laut diolah menjadi kudapan yang crispy. Kudapan rumput laut amat terkenal di Asia. Selain sebagai makanan, rumput laut memiliki pelbagai manfaat untuk perubatan dan kosmetik.

Siapa pernah tengok cerita Thailand tentang usahawan seaweed yang mencetuskan idea buat kerepek seaweed mesti tahu kudapan seaweed crispy. Dan kali ini Arini Yaacob pula mencetuskan idea kudapan popia seaweed sedap. Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana penyediaan kerepek ini. sebenarnya simpel sahaja kerana kita guna dried seaweed. Jomlah, tanpa berlama-lama jemput baca resepi di bawah.

Resepi Popia Seaweed Kudap-Kudap 3 Bahan

popia seawed 3 bahan

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • Kulit popia,
  • Dried seaweed,
  • Telur (untuk gam).

    popia seawed 3 bahan

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Lipat kulit popia kepada 2 bahagian.
  2. Sapukan telur dekat 1 bahagian sahaja lepastu letak dried seaweed tadi. Bagi lekat seaweed dekat kulit popia.

    popia seawed 3 bahan

    Imej via Facebook

  3. Sapukan telur dekat lagi 1 bahagian.
  4. Lipat and sambung lagi dan tepuk-tepuk manja biar tidak ada gelembung-gelembung udara dekat popia seaweed kita.

    popia seawed 3 bahan

    Imej via Facebook

  5. Tunggu kering sedikit baru gunting bagi size kecil.

    popia seawed 3 bahan

    Imej via Facebook

  6. Goreng dengan api sederhana sehingga keperangan.

Resepi Menarik Lain

Selain popia seaweed 3 bahan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.