Ayuh ketahui adab-adab beriadah seperti diajarkan dalam Islam

Beriadah merupakan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan dan memberi impak yang positif dalam kesihatan bagi seseorang. Islam tidak melarang untuk kita beriadah selagi tidak melanggar syariat, bahkan sangat menyukai umatnya sihat dan kuat.

Sesungguhnya umat Islam yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah. Ini bermakna beriadah serta melakukan aktiviti sukan itu sangatlah penting dalam kehidupan seseorang Islam.

 Disebabkan itulah Islam sangat menyarankan untuk setiap muslim bersukan atau berolah-raga dari usia kanak-kanak, seperti berenang, menunggang kuda dan memanah. Rasullullah SAW bersabda:

“ Segala sesuatu yang bukan termasuk zikir kepada Allah maka itu adalah (perbuatan) sia- sia, kecuali empat hal: berjalannya seseorang diantara dua tujuan (untuk memanah, mendidik kudanya, bercanda dengan keluarganya dan mengajarnya berenang).”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Pada masa sama agama  Islam juga sentiasa mengajarkan cara yang yang baik dalam beriadah supaya masih menjaga adab dan syariat;

1. Niat Yang Betul

Segala perkara yang dilakukan perlu dimulakan dengan niat. Berniatlah untuk bermain kerana Allah, selain untuk menyihatkan diri serta menjalinkan hubungan baik sesama teman sepermainan. Jika betul niat tersebut, maka akan memperoleh manfaatnya dari Allah SWT.

2. Menepati Syarak

Biarlah sukan yang anda lakukan itu bersesuaian. Contohnya kaum hawa lebih sesuai melakukan aktiviti di kawasan yang lebih tertutup dan sebaiknya secara beramai-ramai.Bahkan bermainlah di kawasan yang kebanyakan sesama jantina bermain.

3. Menutup Aurat

Walaupun melakukan aktiviti, tetap wajib untuk memelihara aurat daripada terdedah. Jangan mengenakan seluar sukan yang ketat, jarang dan singkat hanya kerana untuk memudahkan pergerakan ketika bermain dan sebagainya.

Sekarang sudah banyak terdapat pakaian sukan yang mesra muslimah. Bahkan jika berpakaian longgar dan labuh pun masih boleh bermain dengan baik.

4. Jauhi Permainan yang Berunsur Haram

Permainan dan aktiviti yang dimainkan mestilah tidak menyalahi ketetapann syarak, seperti bebas daripada unsur perjudian dan pertaruhan.

Selain itu aktiviti permainan mestilah tidak mengandungi unsur yang negatif, seperti rasuah, riba dan sebagainya. Jauhi bentuk riadah yang dilarang oleh agama Islam pasti riada menjadi lebih tenang dan tidak stress.

5. Tidak Melalaikan  

Sebolehnya lakukanlah aktiviti sebelum atau selepas waktu solat. Ini bagi mengelakkan daripada terlupa atau teralpa sehingga meninggalkan solat dengan sengaja atau sebaliknya.

Namun jika beraktiviti dalam waktu solatpun, utamakanalah solat terlebih dahulu dan tidak mengabaikan solat yang wajib diutamakan.

6. Tiada Percampuran Lelaki Dengan Perempuan

Perlu dielakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan agar tidak menimbulkan syak dan fitnah.

Beraktivitilah sesama jantina agar lebih selasa dan lebih memudahkan. Jika perempuan beraktiviti sesama perempuan pasti dapat mengelakkan rasa janggal, tidak perlu menjaga dari bersentuhan, aurat dan sebagainya.

7. Menjaga Perlakuan Dan Percakapan

Jagalah perlakuan dengan berpada-pada dalam bermain atau bersukan. Bukan sahaja pemain, penyokong dan ahli masyarakat yang menonton juga tidak perlu terlalu bersungguh-sungguh sehingga menjadi taksub dan berlebihan. Dan akhirnya menimbulkan pertelingkahan, tidak puas hati dan perselisihan.

Bermainlah sekadar untuk beriadah dan suka-suka untuk emngeratkan hubungan, bukannay memutuskan hubungan.

Begitu juga dengan percakapan atau tutur kata, jangan terkeluar perkataan atau bahasa kurang sopan yang tidak sepatutnya didengari.

8. Menjaga Kebersihan

Jagalah persekitaran tempat bermain, atau kawasan yang riadah tersebut dengan sebaiknya. Jangan membuang sampah, jaga kemudahan sedia ada, tidak merosakkan tanaman serta mengemas semula tempat tersebut selepas melakukan aktiviti.

Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab dan amanah dengan persekitaran agar tidak menyusahkan pihak lain, selain mendisiplinkan diri senidri dengan kebersihan.

9. Jauhi Pembaziran

Sebaiknya elakkan terjadinya pembaziran dalam melakukan apa-apa aktiviti riadah. Ini termasuklah pembaziran wang, makanan, masa dan sebagainya.

Sebenarnya banyak aktiviti lain boleh dilakukan tanpa perbelanjaan dan wang yang banyak, tetapi masih menyeronokkan. Lakukan rancangan awal yang teliti, sedikan bajet yang sederhana dan pastikan tidad berlaku lebihan atau pembaziran yang tak diperlukan.

10. Pilih Kawasan Selamat

Beriadalah di kawasan yg selamat dan terjamin akan keselamatan diri. Jika mahukan aktiviti luar yang mencabar sekalipun seperti mendaki gunung, menjelajah hutan, berkelah di air terjun dan sebagainya pastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil.

Jangan terlalu teruja untuk beriadah sehingga mengabaikan tahap bahaya dan membebankan diri sendiri dan orang lain. Paling penting jangan melakukan aktiviti ekstrim sehingga membahayakn nyawa sendiri.

Penutup: Beriadah Adalah Aktiviti Sihat Yang Disarankan Islam

Beriadah ataupun melakuakn aktiviti bersukan  sememangnya antara cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan stamina badan. Tetapi, caranya perlulah bertepatan dengan syariat Islam kerana terdapat manfaat sampingan yang lain, seperti dapat berukhuwah serta bersilaturahim  sesama masyarakat dan ummah.

Apabila badan dan emosi dalam keadaan sihat, pasti kita bersedia untuk menjadi muslim yang hebat dan bertenaga kerana lebih mudah untuk melakukan ibadah, selain dapat memberikan khidmat tenaga kepada masyarakat.

Bacaan lain:

Rujukan:

Penulis: Rabiatul Adaweeyah Othman

Sangat mecintai buku dan meminati penulisan, lalu gemar berkongsi tentang apa-apa yang dibaca dan ditulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.