Anda bakal bertunang atau bakal bergelar pengantin baru tak lama lagi? Sedang mencari idea untuk hantaran? Jom kami kongsikan tips memilih barang hantaran sebagai panduan untuk anda.
Sebelum apa-apa, anda dan pasangan perlu tetapkan berapa bajet maksimum yang akan diletakkan untuk barang hantaran. Meletakkan bajet adalah sangat penting supaya anda tak terlebih berbelanja akibat terlalu curiga. KAlau terlebih belanja untuk membeli barang hantaran, dikhuatiri akan menjejaskan bajet untuk perkara lain.
Bagi memudahkan anda merancang kewangan, asingkan bajet bagi tiga perkara utama ini:
Dah ada bajet, bolehlah anda tetapkan pula berapa jumlah dulang hantaran yang nak disediakan. Mengikut adat melayu tradisional, bilangan dulang untuk pasangan pengantin adalah dalam angka ganjil. Jika pengantin perempuan bercadang untuk memberi tujuh dulang sebagai hantaran untuk pihak lelaki, selalunya pihak lelaki akan membalas dalam jumlah yang kurang sedikit daripada itu, biasanya lima dulang.
Tip penting dalam memilih barang untuk dulang hantaran adalah memilih konsep majlis dan tema warna terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan daripada lari konsep di antara barang anda serta konsep keseluruhan majlis.
Contoh konsep majlis dan tema warna yang mungkin sesusuai untuk anda:
Jangan lupakan barang adat seperti sirih junjung, bunga rampai, Al-Quran, sejadah, dan telekung solat yang menjadi adat kita orang melayu. Kurang manis majlis nanti kalau takde barang adat atas dulang hantaran.
Sebelum anda mula membeli-belah, sediakan senarai barang hantaran yang perlu dibeli. Senarai ini merangkumi barang hantaran dan aksesori hiasan dulang untuk gubahan. Takde idea untuk hiasan dulang? Kalau ada bajet, anda boleh upah sahajaorang lain untuk gubahkan. Kalau tak, anda boleh cari idea dari majalah pengantin atau google sahaja.
Jom kami kongsikan tips paling mahal. Nak beli barang untuk hantaran? Beli sewaktu ada jualan murah. Biasanya sempena jualan murah, anda akan dapat diskaun yang banyak. Tak perlu risau, ada banyak jualan murah di Malaysia.
Jualan akhir tahun, jualan sempena hari raya, jualan sempena deepavali, jualan sempena tahun baru cina, jualan sempena krismas. Anda boleh beli sedikit demi sedikit. Tak semestinya kena beli sekali gus.
Antara barangan wajib dan klasik yang tidak patut anda tinggal adalah:
Barangan di atas telah dimasukkan di dalam senarai gubahan dulang sejak turun-temurun, maka moleklah anda memasukkannya juga untuk dulang anda. Ianya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas!
Tips memilih barang hantaran perkahwinan seterusnya yang ingin kami kongsikan dengan anda adalah jangan berlebih-lebihan. Dulang hantaran hanyalah secebis daripada keseluruhan majlis perkahwinan anda. Ada banyak lagi kos lain yang perlu difikirkan.
Kalau boleh elakkan dulang hantaran yang banyak kerana nanti, anda perlukan lebih ramai ‘dulang girls’ untuk memegang dulang anda, bermakna makin ramai kawan/sahabat anda perlukan untuk memegang dulang anda. Sekiranya baju-baju dulang girls ini anda kena sponsor, maka bertambahlah bajet yang perlu anda belanjakan.
Takkan 3 dulang girls yang lainnya mak cik- mak cik yang pegangkan dulang anda, tak cantik pula dalam gambar kahwin nanti!
Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan dulang yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz dulang jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih dulang dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
Itulah dia perkongsian kami untuk hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang tanda gastrik, penyakit batu karang, dan khasiat lobak putih.