Bagi menjimatkan masa bersiap, hair dryer diperlukan untuk mengeringkan rambut setiap hari. Untuk mencari hair dryer terbaik, pastikan ia berkualiti tinggi dan tahan lama. Sama ada untuk kegunaan sendiri atau ingin menghadiahkannya kepada insan yang tersayang, jom lihat antara hair dryer terbaik yang boleh anda cuba.
Pengeringan yang dilakukan oleh hair dryer GHD Air Hair Dryer dikatakan dua kali lebih pantas daripada hair dryer biasa. Ramai yang gemar hair dryer ini kerana habanya boleh dilaraskan dengan mudah justeru dapat mengeringkan rambut dalam sekelip mata. Bunyinya juga tidak terlalu bising.
Dengan penggunaan hair dryer ini, rambut akan kelihatan lebih licin kerana muncung hair dryer ini mengarahkan aliran udara dengan tepat. Haba yang digunakan juga selamat dan tidak merosakan kulit kepala.
Hair dryer Flower Ionic Pro Dryer ini diasaskan oleh bintang Hollywood terkenal iaitu Drew Barrymore. Beliau amat arif tentang penjagaan rambut dan kerana itulah hair dryer ini dicipta untuk memenuhi penjagaan rambut yang sangat sempurna.
Menariknya, hair dryer ini dikatakan antara hair dryer terbaik untuk rambut yang jenis kerinting secara semulajadi. Ia juga mampu mengeringkan rambut jenis kerinting dengan cepat dan rambut menjadi lebih lembut serta lebih sihat. Jadi, bagi anda yang memiliki rambut kerinting, hair dryer ini amat sesuai untuk digunakan oleh anda.
Rambut kusut dan kerinting memerlukan lebih banyak TLC dalam mengeringkan rambut, di mana ciri-ciri tersebut dimiliki oleh hair dryer Panasonic EH-NA98. Kebanyakan pengguna yang memiliki rambut kerinting amat menyukai mod panas dan sejuknya.
Ia boleh dilaraskan secara automatik agar rambut tidak rosak. Juga dilengkapi dengan mod yang dapat menurunkan suhu supaya tidak membakar kulit kepala dan membuatkan rambut agar kekal berkilat, lembut dan utuh sepanjang hari.
Kita pasti inginkan rambut yang cantik selepas melakukan dandanan rambut. Jadi, hair dryer Cloud Nine The Airshot Pro Hair Dryer ini akan merealisasikan impian tersebut dengan menjadikan rambut lebih sihat, licin dan lembut selepas menggunakannya.
Walaupun hair dryer ini mengeluarkan bunyi yang agak kuat tetapi kesannya dalam mengeringkan rambut amat pantas. Ia juga boleh digunakan untuk semua jenis rambut. Suhunya yang panas sejuk juga dapat mengeringkan rambut secara semulajadi.
Brand GHD sememangnya amat popular dalam kalangan mereka yang gemar bergaya. Baru-baru ini GHD telah mengeluarkan hair dryer terbaru untuk mengatasi masalah rambut bercabang dan melicinkan sel-sel rambut agar kelihatan anggun dan berseri. Hair dryer tersebut adalah GHD Helios Professional Hair Dryer.
Ia terbukti menjadikan rambut berkilat dan lembut selepas menggunakannya dan proses pengeringannya sangat bagus. Dari sudut pandangan estetik, ramai yang mengagumi rupa bentuk hair dryer yang cantik ini. Ia tersedia dalam beberapa warna yang berbeza yang menarik.
Hair dryer terbaik ini sesuai dimasukkan ke dalam beg gim atau bagasi anda untuk percutian di mana ia boleh dilipat dengan sangat kecil. Hair dryer T3 Compact ini juga sangat ringan dan selesa untuk dipegang. Walaupun kecil, ia berfungsi mengeringkan rambut.
Namun, hasilnya tidaklah begitu pantas dan tidak mampu menandingi kecepatan hair dryer terbaik yang lain. Oleh itu, ia hanya sesuai untuk mereka yang sering bercuti dan kerap berada di luar rumah.
Hair dryer Remington Proluxe Ionic Hair Dryer pula direka dengan bentuk yang premium dan mewah. Tiupan udara hair dryer ini sangat kuat yang sememangnya dapat membantu mengeringkan rambut pada kadar terbaik. Sekaligus ia menjadikan rambut lebihlembut dan segar.
Hair dryer ini mempunyai tetapan dengan 5 fungsi yang boleh disesuaikan dengan jenis rambut yang diingini. Bagi anda yang turut mencari hair dryer terbaik untuk dijadikan hadiah majlis perkahwinan, kami syorkan hair dryer Remington Proluxe Ionic Hair Dryer.
Hair dryer Babyliss 2100W Hydro-Fusion Dryer sangat hebat dalam membantu anda mengeringkan rambut. Ia amat sesuai untuk mereka yang sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengeringkan rambut.
Ramai pelanggan memberi komen bahawa hair dryer terbaik ini sangat pantas mengeringkan rambut basah dan membuatkan 83% rambut kelihatan lebih berkilat dan lembut.
Bentuknya kelihatan sangat mewah dan mudah untuk dikendalikan. Walaupun ia sedikit perlahan untuk mencapai suhu maksimum tetapi ia tidak menjejaskan kelajuan pengeringannya.
Alfa Italia Forza Pro Hair Dryer mempunyai kelebihan dalam menjadikan rambut kelihatan bersinar. Selain itu, hair dryer terbaik ini dapat mengurangkan kerinting dan mengembalikan kesegaran rambut. Reka bentuknya amat selesa untuk dipegang tetapi ada juga yang mendapati hair dryer ini terlalu berat.
Hair dryer terbaik pilihan ramai seterusnya ini adalah Hair dryer Dyson Supersonic. Hair Dryer ini mengagumkan semua pihak kerana ia dapat menghilangkan kekusutan pada rambut dan menjadikan rambut kekal lembut sepanjang hari. Seronoknya, ia juga sesuai untuk semua jenis rambut.
Jenama T3 memiliki hair dryer terbaik untuk wanita iaitu T3 Cura Luxe Hair Dryer. Ia telah mengagumkan ramai pihak dengan aliran udara yang senyap, pemegang yang selesa dan reka bentuk yang cantik.
Hair dryer terbaik ini dapat mengeringkan rambut dengan cepat dan menjadikan rambut lebih lembut, berkilat serta mengekalkan bentuk semulajadinya. Selain itu, tetapan suhu pada hair dryer ini juga sangat mudah untuk dikendalikan dan mesra pengguna.
Akhir sekali dalam senarai kami adalah hair dryer Revamp Progloss 4000 Advanced Protect & Care Hair Dryer DR-4000. Ia sangat terbaik dalam mengeringkan rambut dan mengurangkan bentuk rambut kerinting. Bunyinya tidak terlalu kuat dan selamat digunakan walaupun suhunya mungkin sedikit panas daripada hair dryer terbaik yang lain.
Berikut adalah 12 mesin pengering baju terbaik di Malaysia yang berkualiti tinggi. Mesin pengering baju , Mesin basuh terbaik dan Air Fryer terbaik.
Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.