Hadiah hari jadi untuk anak perempuan anda pastinya menarik dan unik, maklumlah hari jadi cuma setahun sekali. Jenis hadiah hari jadi untuk anak perempuan juga sesuai diberikan mengikut umur anak anda. Daripada kecil sehingga remaja, anda harus ketahui hadiah apa yang mungkin menjadi idaman atau kegunaan mereka.
Anak perempuan anda pasti sukakan beg baru seperti beg silang ataupun beg tangan. Mana tahu, mereka amat suka bergaya pada usia sebegini. Pelbagai pilihan beg untuk para remaja dan anak perempuan boleh anda pilih. Pilihlah beg yang sesuai, boleh juga lihat di Lazada.
Bagi rumah yang belum memiliki komputer, komputer boleh dijadikan hadiah yang sesuai untuk anak perempuan anda. Bagi anak perempuan yang suka belajar menggunakan teknologi dan suka terokai internet, tidak salah jika anda hadiahkan komputer. Mereka pasti suka.
Hadiah hari jadi untuk anak perempuan juga adalah set bilik tidur. Dengan set bilik tidur ini, anak akan gemarinya kerana biliknya akan diubahsuai atau ditambah perabot dengan cantik sekali.
Barang sekolah seperti alat tulis, buku nota, beg sekolah dan lain-lain lagi sesuai diberikan sebagai hadiah hari jadi anak perempuan anda. Selain dapat menaikkan semangat mereka ke sekolah, mereka boleh menggunakan hadiah hari jadi itu dengan baik.
Gelang tangan atau aksesori wanita merupakan hadiah terbaik untuk anak perempuan anda. Anda juga boleh mencarinya di Lazada dimana terdapat pelbagai gelang seperti gelang emas, gelang berbatu, gelang manik, gelang getah dan lain-lain lagi.
Tabung mempunyai banyak jenis bentuk dan saiz, sehingga ada juga tabung duit yang sangat unik dan menarik. Untuk menyematkan sikap menyimpan wang, tidak salah anda hadiahkan tabung duit sebagai hadiah hari jadi anak perempuan anda.
Ketika bergelar anak perempuan, inilah masa dimana kita suka menulis dan meluah perasaan di kertas. Ketika ini, anda boleh menghadiahkan mereka sebuah buku diari peribadi untuk kegunaan mereka. Mereka pasti gembira tambah-tambah dapat memiliki buku diari yang cantik pula.
Mungkin anda tahu anak perempuan anda suka membaca majalah kegemarannya, inilah masa untuk anda berikan set majalah kegemarannya. Dari beberapa majalah yang dia kumpul, anda boleh membelinya dengan lebih banyak lagi. Mungkin majalah, komik atau novel hasil tulisan penulis kegemarannya.
Jika anak anda berjiwa seni dan suka bermain muzik, hadiahkanlah alat muzik kegemarannya seperti gitar, keyboard dan lain lagi. Mereka akan menghargai sepenuhnya kerana bukan senang untuk mereka beli sendiri alat muzik kegemaran ini. Ia sesuai dijadikan hadiah hari jadi anak perempuan yang meminati muzik.
Barangan kraftangan seperti alat jahitan, manik, canting batik dan sebagainya boleh anda dapatkan di Daiso atau DIY. Ia boleh dijadikan hobi untuk anak anda tatkala mereka berasa bosan dan tidak tahu apa yang ingin dilakukan.
Sekiranya anak anda seorang yang gemar bersukan atau suka terperap di rumah, anda boleh hadiahkan sebuah basikal untuk mereka gunakan bagi menyihatkan tubuh badan. Basikal anak perempuan yang bercorak bunga atau berwarna lembut mungkin sesuai dijadikan hadiah bergantung kepada minat anak masing-masing.
Buatlah kelainan dengan menjadikan potret sebagai hadiah untuk anak perempuan anda. Potret seperti lukisan pasti menarik minat anak anda tambah-tambah jika mereka seorang pencinta lukisan.
Belikan baju-baju mereka yang berstyle, tshirt yang mereka minat atau apa-apa jenis pakaian yang mereka suka. Jika tidak tahu apa yang mereka suka, belilah pakaian yang bersesuaian dengan mereka dan tentunya cantik. Mereka boleh memakainya pada bila-bila masa sahaja.
Hadiah hari jadi anak perempuan juga sinonim dengan hadiah berupa make up. Mereka pasti menginginkan set mekap untuk digayakan. Anda boleh beri hadiah mekap yang bersesuaian setara umur mereka. Tetapi awas, jangan pula sampai pakai mekap ke sekolah!
Bawalah anak perempuan anda berjalan-jalan dan bercuti. Ia juga adalah hadiah hari jadi anak perempuan yang diidamkan sekiranya anda seorang yang terlalu sibuk dengan kerjaya. Belikan apa jua yang mereka inginkan dalam tempoh anda keluar bersama.
Anak perempuan anda juga pasti cukup teruja dengan hadiah jambangan bunga dan coklat. Ia sangat sweet dan seolah-olah anda merupakan ayah yang paling romantis buat mereka. Sudah tentu mereka menyukai coklat yang anda berikan.
Barang permainan anak perempuan boleh anda berikan sebagai hadiah hari jadi anak perempuan anda sekiranya anak anda berumur bawah 10 tahun. Itulah usia yang sesuai mendapat hadiah mainan kanak-kanak. Jika melebihi usia tersebut, hadiahkan mereka barangan yang berkaitan hobi mereka.
Jam tangan boleh digayakan ke mana sahaja bahkan di rumah pun boleh dipakai. Anak perempuan anda pasti suka akan jam tangan yang bercorak dan berbunga cantik. Pastikan anda memberikan jam tangan yang mereka suka dan minat, ataupun yang cantik-cantik. Ia akan menjadi hadiah yang paling menyerlah sekali.
Itulah dia 18 pilihan hadiah hari jadi anak perempuan sesuai untuk anda berikan. Sama ada anak perempuan masih kecil dibawah usia 6 tahun ataupun suka meningkat kanak-kanak dan dewasa. Ketahui minat mereka untuk memudahkan anda mencari hadiah hari jadi anak perempuan yang bersesuaian.
Jemput baca juga Hadiah untuk ibu ayah, Hadiah untuk suami dan Tips hadiah suami isteri.