Tempat kerja adalah tempat kita mencari rezeki. Walau perlu hadap muka boss hari-hari tapi itu sudah menjadi sebahagian daripada tugas. Tapi bayangkan bila tiba-tiba boleh terjadi pergaduhan dengan rakan sekerja dan ini benar-benar boleh menyebabkan rasa stress. Tak elok sebenarnya gaduh dengan rakan sekerja ni dan jika benar telah berlaku cepat-cepatlah pulihkan semula perhubungan.
Nak tak nak demi tugas dalam mencari rezeki, wajah rakan sekerja yang sama tetap perlu dihadap juga setiap pagi dan setiap hari melainkan hari cuti. Jadi bila sikap sudah bersikap dingin begini, bagaimana nak berkerja dengan baik kan? Sebab itu hubungan sesama rakan sekerja ini perlu di jaga sentiasa.
Bila sudah bergaduh dengan rakan sekerja pastinya tidak rasa selesa. Manakan tidak, walau sudah tidak bercakap dan bertegur sapa namun tetap terpaksa juga berjumpa dan mungkin tak dapat elak langsung dari bertemu muka.
Macam mana nak fokus buat kerja dengan suasana yang tidak selesa begini? Jadi adalah lebih baik dengan segera mencari jalan penyelesaian untuk pulihkan hubungan dengan rakan sekerja segera. Tak kiralah siapa yang salah asalkan diri sendiri dulu segera beralah. Beralah tak bererti salah.
Bila dah gaduh dengan rakan sekerja, walaupun diri sendiri yang menang namun semangat untuk berkerja bersama sudah tidak ada lagi. Secara tidak langsung rasa seronok untuk ke tempat kerja sudah semakin hilang dan prestasi kerja juga boleh ikut menurun. Kerana itu adalah lebih baik untuk segera berbaik dan jangan lakukan perkara bodoh dengan bergaduh lagi untuk kali yang seterusnya.
Antara tips bagaimana untuk pulihkan hubungan dengan rakan sekerja adalah :
Selalunya bila sudah bermasam muka pasti susah untuk bertegur sapa, jadi mulakanlah dengan ucapan selamat pagi dengan penuh senyuman. Tak kisah la dia nak balas atau tak tapi sekurang – kurangnya anda sudah memulakan langkah pertama hari ini.
Masuk kerja dengan aura yang positif adalah penting. Dengan cara begini diri sendiri akan rasa lebih tenang dan bersemangat. Jangan lupa juga untuk tegur semua rakan-rakan sekerja termasuklah rakan sekerja yang sedang bergaduh dengan anda pada waktu ini.
Biasanya dekat pejabat kerja pasti menimbun maka untuk pulihkan hubungan dengan rakan sekerja bolehlah dimulakan dari situ. Sebagai contoh, bila lihat rakan sekerja tengah sibuk banyak kerja dan perlukan bantuan, jadilah ringankanlah tulang untuk membantunya walaupun dia tidak minta bantuan anda. Orang sebegini selalunya mungkin akan menolak tapi anda perlu bersabar dan bersikap tenang.
Untuk pulihkan suasana di tempat kerja anda perlukan sedikit usaha, buat la sedikit amal jariah sewaktu lunch belanja mcd ke belanja makan ke, orang kata makanan nih kan satu penawar yang mujarab.
Makan boleh buat orang kembali bertenaga dan ceria, mungkin cara nih dapat rapatkan balik hubungan dengan rakan sekerja anda walau gaji kita tak banyak mana jangan kedekut, apa yang anda beri insyallah lebih yang anda dapat.
Jangan lupa untuk turut cari punca kenapa hubungan dengan rakan sekerja itu boleh menjadi keruh. Anda ada hutang dengan dia ke, ada salah cakap ke, atau kadang-kadang anda tak sedar yang anda buat silap. Cuba bertanya dan rendahkan ego dan kalau ada yang anda tidak puas hati dengaannya baik luahkan saja dari terus pendam rasa. Daripada bergaduh ada baiknya berdan cuba cari jalan penyelesaian yang baik.
Dengan ego masing-masing memang masalah takkan selesai, maka ada baiknya untuk minta maaf. Jika tak boleh minta maaf secara berdepan atau boleh juga minta maaf melalui SMS atau whatsapp.
Tak salah kalau anda meminta maaf dulu, kalau malu untuk berdepan anda boleh hantar melalui sms ke selitkan pada coklat ke apa-apa saja cara yang pulihkan keadaan. Tak baik bermasam muka lama-lama.
Kadang-kadang punca utama adalah sifat yang suka bergosip di tempat kerja. Jangan bergosip, silap-silap boleh jadi fitnah. Bincanglah hal kerja jangan libatkan soal pribadi sekali. Jangan lagi bergosip takut nanti boleh jadi punca pergaduhan lagi dengan rakan sekerja.
Bila anda kerja dia satu tempat kerja memang tak lari dari buat kesilapan. Walaupun anda rapat jagalah privacy masing-masing dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Sentiasa elakkan diri daripada bergaduh di tempat kerja.
Sedar ataupun tidak masalah pergaduhan dengan rakan sekerja ini boleh diatasi sejak dari awal lagi. Cara paling mudah adalah dengan berbuat baik dengan semua orang. Bila kita baik dengan orang maka orang pun akan baik dengan kita.
Jangan juga diperbesarkan perkara yang kecil sebab nanti wajah rakan sekerja itu juga yang akan perlu dihadap setiap hari. Amalkan hubungan yang harmoni di tempat kerja barulah rezeki senang nak masuk. Bila semua berbaik-baik masa nak pergi kerja pun happy dan masa nak balik kerja pun rasa gembira juga.
Sedangkan suami isteri pun bergaduh kan, inikan pula rakan sekerja. Jadi jagalah hubungan rakan sekerja sebaiknya demi kebahagiaan bersama dalam mencari rezeki. Baca juga <a href="http://doa mudah dapat kerja, <a href="http://<p><a href="”https://bidadari.my/suami-malas-kerja/">Blog Mau Kerja</a>
cara ubah sikap suami malas kerja.