Cara dan doa Taubat Nasuha yang mudah dan simple. Tidak dinafikan, manusia tidak akan terlepas untuk melakukan kesilapan. Disebabkan itu, setiap manusia berhak untuk mendapatkan peluang kedua dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menyesal di atas perbuatan yang telah mereka lakukan. Sebaik-baik mereka yang melakukan kesalahan adalah mereka yang segera bertaubat di atas perbuatannya.

Oleh itu, solat sunat taubat dilakukan oleh mereka yang ingin bersungguh-sungguh ingin bertaubat dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Terdapat cara dan doa taubat nasuha yang perlu anda tahu untuk melakukan solat ini. Jom tengok cara untuk menunaikan solat beserta doa taubat nasuha yang betul.

Apa Itu Solat Taubat Nasuha

Solat taubat merupakan solat yang dilakukan oleh mereka yang telah melakukan maksiat dan dosa. Solat ini juga merupakan solat yang dilakukan untuk mendapatkan keampunan dari Allah SWT bagi dosa yang telah mereka lakukan. Kebiasaannya, mereka akan melakukan solat ini ketika merasa mereka telah melakukan kesalahan.

Selain dari beristighfar untuk menyesali kesalahan, taubat nasuha juga merupakan taubat yang sebenar-benarnya. Hal ini kerana, mereka telah berjanji untuk tidak mengulangi lagi perbuatan dan dosa tersebut. Solat ini juga dilakukan dengan 2 rakaat pada bila-bila masa sahaja.

Walaupun begitu, terdapat juga waktu yang disarankan untuk anda melakukan solat ini. Contohnya pada waktu anda bangun untuk melakukan solat malam. Hal ini juga adalah kerana keadaan pada waktu malam yang lebih tenang dan senyap. Waktu ini juga anda dikatakan akan menjadi lebih dekat dengan Allah SWT.

Syarat Taubat

1.Benar-benar telah menyesal

2.Telah meninggalkan dosa tersebut dan berazam untuk tidak mengulanginya.

3.Sekiranya melakukan kesalahan mencuri, perlulah memulangkan barangan yang telah dicuri.

4.Meminta maaf dengan manusia sekiranya melakukan kesalahan yang berkaitan dengan maruah dan jiwa.

Cara Solat Taubat Nasuha

Solat taubat sangat mudah untuk dilakukan kerana minimum dilakukan adalah sebanyak 2 rakaat sahaja. Di bawah merupakan cara untuk melakukan solat ini.

Niat Solat Taubat                                            

Imej via [therohani.com]

Bacaan Rumi:

“Usolli sun-na-tat Tau-ba-ti rok-‘a-tai-ni lil-laa-hi ta-‘aa-laa”

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan Dalam Solat

Rakaat Pertama

1.Baca Doa Iftitah

Imej via [akuislam]

Bacaan Rumi:

“Allaahu Akbaru Kabiiraw, Walhamdu Lillaahi KatSiiRaw, Wa SubHaaNallaaHi Bukrataw-Wa AsiiLa.  WajjahTu WajHiya LillaDzii FaThaRas-SaMaaWaaTi Wal Ardh, Haniifam-Muslimaw Wamaa Anaa Minal MusyRikiin.  Inna SolaaTii Wa Nusukii Wa MahYaaYa Wa MaMaaTii Lillaahi Robbil ‘AaLamiin.  Laa SyariiKaLahu Wa BiDzaaLika UmirTu Wa Anaa Minal Muslimiin.”

Maksud:

1.Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah.

2.Maha Suci Allah pagi dan petang.

3.Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam.

4.Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.

5.Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.

6.Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

Nota: Solat sunat taubat tetap sah walaupun tidak membaca doa iftitah, tetapi mendapat pahala jika membacanya.

2.Baca Surah Al-fatihah

Imej via [soundcloud.com]

Bacaan Rumi:

“Bismillah hir-rohmaa nir-rohim. Alhamdulilahi robbil0alamin. Ar rohmanir-rohim. Maliki-yaumiddin. Iyyaka na’budu wa-iyyaka-nasta’in. Ihdinos sirothol mustaqim. Sirothol-lazina an’amta ‘alaihim. Gh’oiril ma’dhubi ‘alaihim walad-dhollin.”

Maksud:

1.Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

2.Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

3.Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

4.Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

5.Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6.Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Nota: Surah Al-Fatihah merupakan sebahagian dari rukun solat, disebabkan itu, ia wajib dibaca di dalam solat.

3.Baca Surah Al-Kafirun

Imej via [hijabista]

Bacaan Rumi:

“Qul yaa ayyuhal kaafiruun. Laa a’budu maa ta’buduun. Wal aa antum aabiduuna maa a’bud. Wal aa ana aabidun maa abadtum. Wal aa antum abiduuna maa a’bud. Lakum diinukum wa liyadiin.”

Maksud:

1.Katakanlah: “Wahai orang kafir”.

2.Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

3.Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.

4.Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.

5.Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

6.Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku.

Rakaat Kedua

1.Baca Surah Al-Fatihah

Sama seperti di rakaat pertama, mulakan dengan surah Al-Fatihah

2.Baca Surah Al-Ikhlas

Imej via [aliandsumayaschool]

Bacaan Rumi:

“Qul huwallah-hu Ahad. Allahussomad. Lam Yalid Walam Yuulad. Walam Yakullahu Kufuwan Ahad.”

Maksud:

1.Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa,

2.Allah tempat meminta segala sesuatu.

3.Dia tidka beranak dan tidak pula diperanakkan.

4.Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia.”

3.Bacaan Dalam Sujud Terakhir

Imej via [akuislam.com]

Semasa sujud terakhir, bacakan sebanyak 40 kali.

Bacaan Rumi:

“Laa ilaaha illa Antaa Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin”

Maksud:

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

Bacaan Selepas Solat

Selepas memberi salam, amalkan membaca zikir di bawah sebelum membaca doa.

1.Membaca Istighfar Tauhid sebanyak 10 hingga 100 kali

Imej via [therohani.com]

Bacaan Rumi:

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”

Maksud:

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

2.Membaca Penghulu Istighfar sebanyak 3 kali

Imej via [alhakam]

Bacaan Rumi:

“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”

Maksud:

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

Doa Taubat Nasuha

Doa ini dibaca setelah selesai menunaikan solat taubat nasuha.

Imej via [shafiqolbu]

Maksud:

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Aku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Aku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Kesimpulan

Allah SWT maha pengampun lagi maha penyayang. Disebabkan itu, anda tidak seharusnya merasa ragu untuk gterus bertaubat apabila melakukan kesalahan. Setiap dosa-dosa kecil mahupun besar pastinya dapat diampunkan dengan memohon dan menyesali segala perbuatan dengan bersungguh-sungguh. Semoga kita semua dilindungi dari kegelapan dosa dan maksiat.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Rujukan:

Muhammad Fahmi Rusli. (2017). AL-KAFI #651 : TATACARA SOLAT SUNAT TAUBAT. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/725-al-kafi-651-tatacara-solat-sunat-taubat

The Rohani. (2022). Cara Solat Taubat Nasuha (Dengan Niat & Doa Ringkas). https://therohani.com/cara-solat-taubat-nasuha-ringkas/

Muhamad Naim. (2022). NIAT & CARA SOLAT TAUBAT Beserta DOA TAUBAT (Panduan Lengkap). https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-taubat/

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.