Pepper spray adalah aksesori yang biasa ada dalam handbag anak gadis dan wanita masa kini. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Kalau bawa pepper spray rasa yakin sikit nak berjalan, terutamnya bila berjalan sendirian.

Namun pepper spray yang dijual di Malaysia adalah agak mahal dan yang paling tak best, dah lah mahal ada tarikh luput pula tu. Dah beli mahal-mahal, tak guna, sampai tarikh luput kena buang.

Kami tertarik dengan sebuah post tulisan anak gadis Filipina yang bernama Marry Ferjel Babasa yang mendapat 99 ribu share difacebook ini. DIY pepper spray yang mudah dengan kos yang murah. Bahannya cuma ada 3. Anda boleh cuba ya.

diy pepper spray
Imej via Facebook

Bahan-bahan yang anda perlukan ialah:

  • Botol spray plastik kecil yang boleh anda beli di Mr.DIY atau Daiso. Botol kecil muat untuk disimpan di dalam handbag.
  • Beberapa biji cili padi
  • Air

Caranya:

  • Sediakan botol spray.
  • Potong cili padi.
  • Selepas itu, masukkan cili yang telah dipotong ke dalam botol spray tadi.
  • Masukkan air ke dalam botol cili tersebut dan goncang.
  • Siap!
DIY pepper spray
DIY pepper spray
DIY pepper spray
DIY pepper spray

Mudah sungguh kan! Tunggu apa lagi. Jom beli botol spray.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.