Corticosteroid diberi semasa hamil? Ubat jenis apakah ini? Seperti yang semua tahu, tempoh kehamilan merupakan tingkap masa yang sangat penting untuk ibu mengandung berjaga-jaga.
Berikutan ini, corticosteroid akan diberi oleh doktor kepada ibu-ibu mengandung yang dijangka melahirkan bayi pramatang atau tidak cukup bulan. Tetapi, bukan apa, ye lah sudah mengandung beberapa bulan bukan, mestilah hendak mengelak mana-mana risiko komplikasi yang berkaitan.
Di sini, kami kongsikan artikel Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak (pegawai perubatan, kesihatan wanita & kehamilan) mengenai corticosteroid sempena World Prematurity Day pada 17 November 2018.
“Adoiii 😱😱, sakitnya cucuk ubat matangkan peparu bayi ni doktor. Kalau tak cucuk takpe ke? – ujar Amelina sambil mengosok-gosok punggungnya. Sambil berjalan terhincut-hincut, Amelina mengelap air matanya yg mula berderaian “
Corticosteroid adalah sejenis ubat yang diberikan kepada ibu, jika seseorang ibu itu dijangka akan melahirkan bayi pramatang/ tak cukup bulan. Ubat ini diberikan secara suntikan pada otot (intramuscular) sama ada pada peha, lengan atau pada punggung. Ianya diberikan melalui 2 dos atau ada yang memberikan sebanyak 4 dos dalam tempoh 24 – 48 jam
Ubat ini sudah digunakan bertahun-tahun lamanya, diberikan kepada ibu yang dijangkakan akan melahirkan bayi pramatang, meningkatkan peluang bayi pramatang hidup selepas dilahirkan. Selain itu, ianya mengurangkan risiko bayi pramatang mendapat komplikasi serius seperti masalah pernafasan (disebabkan peparu bayi masih tidak matang), pendarahan di dalam otak, jangkitan kuman yang serius ataupun masalah pada salur pencernaan.
Suntikan sebanyak 2 atau 4 kali dianggap selamat untuk ibu dan bayi. Lebih banyak kajian diperlukan untuk mangatakan suntikan lebih daripada itu adalah selamat.
Suntikan diberikan pada minggu kehamilan ke 24 dan 34 minggu 6 hari. Jika anda akan menjalani pembedahan elektif, suntikan corticosteroid amatlah digalakkan jika pembedahan itu akan berlangsung pada 35 hinggga 38 minggu 6 hari kehamilan.
Suntikan corticosteroid boleh diberikan sebelum 24 minggu kehamilan, tetapi bukti corticosteroid dapat membantu bayi seawal ini masih lagi tidak jelas, pakar perunding akan berbincang dengan anda terlebih dahulu.
Suntikan corticosteroid ini membantu jika dos terakhir diberikan antara tempoh 24 jam sehingga 1 minggu sebelum bayi dilahirkan. Ada juga kebaikan sekiranya bayi dilahirkan dalam tempoh 24 jam dari dos yang pertama.
Anda akan dinasihatkan untuk menerima suntikan ini jika anda berpotensi untuk melahirkan bayi pramatang, sebelum 35 minggu kehamilan. Ini termasuklah :
Kelahiran pramatang ni tak boleh disekat-sekat walaupun doktor guna pelbagai ubat untuk hentikan proses bersalin. Apa yang boleh dibuat, bantu mempersiapkan bayi pramatang yg bakal lahir untuk matangkan peparunya agar kurang komplikasi berkaitan dengan kelahiran pramatang
*Share jangan tidak share ya! Sangat berguna untuk ibu-ibu mengandung yang masih tidak tahu-menahu mengenai ubat ini.
*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.