Makan buah rasa kurang kalau tidak ada colek buah, betul bukan? Siapa suka beli colek buah atau kuah rojak buah di kedai? Sekarang tidak susah lagi kalau ingin beli sebab banyak orang jual yang siap jadi.

Bagaimanapun juga, buat sendiri colek buah macam menarik bukan? Justeru, kalau buat sendiri boleh sesuaikan pedas manisnya, boleh letak kacang banyak mana pun, bersih, dan tidak mahal manapun, berbaloi puas makan. Jika anda teringin buat colek buah sendiri baik ikut resepi di bawah yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman Facebook. Gerenti lebih sedap daripada kedai punya.

Buah-buahan semacam mangga, jambu, nenas, dan banyak lagi, amat sesuai dimakan dengan colek buah ini. Pekat dan pas rasa pedas manis. Jom petang-petang mengudap dengan colek buah.

Resepi Colek Buah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • ½ genggam udang kering,
  • 1 inci belacan,
  • Gula putih,
  • Sekeping nisse/gula melaka,
  • 1 senduk besar kicap pekat.
  • ½ cawan kecil air.
  • 1 sudu besar penuh serbuk asam boi.
  • ¾ sudu besar asam jawa.
  • ½ sudu besar cili flakes untuk seimbangkan rasa.
  • Bancuhan air tepung jagung,
  • Secubit dua garam,
  • Kacang tanah tumbuk disangai,
  • Bijan disangai.

Cara-cara :

  1. Sangai udang kering dan belacan hingga sedikit kekuningan.
  2. Terus kisar udang yang disangai hingga halus. Kalau mahu pedas boleh tambah cili padi kisar.
  3. Seterusnya masukkan 2 senduk gula putih dan sekeping nisse/gula melaka dalam periuk. Jangan buka api lagi.
  4. Tambahkan 1 senduk besar kicap pekat ke dalam periuk.
  5. Tambahkan pula ½ cawan kecil air.
  6. Boleh buka api perlahan dan kacau.
  7. Lalu masukkan udang kering yang telah dikisar halus tadi.
  8. Masukkan juga sedikit belacan yang telah dibakar.
  9. Untuk tambahan rasa masukkan 1 sudu besar penuh serbuk asam boi.
  10. Tambahkan juga ¾ sudu besar asam jawa.
  11. Seterusnya masukkan ½ sudu besar cili flakes untuk seimbangkan rasa. Kacau sebati semuanya.
  12. Akhir sekali, tambahkan bancuhan air tepung jagung. Masaklah sehingga kuah colek yang dikacau semakin memekat barulah ditutup apinya.
  13. Perasakan dengan secubit dua garam.
  14. Setelah kuah colek betul-betul sejuk, taburkan dengan kacang tanah tumbuk dan bijan yang telah disangai.

Resepi Menarik Lain

Selain colek buah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

 

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.