Kunyit dikategorikan sebagai tumbuhan dan herba yang banyak kegunaanya dalam kehidupan kita sama dalam masakan mahupun rahsia awet muda. Justeru itu, penanaman kunyit di rumah semakin popular hari ini.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara tanam kunyit dengan betul dengan menggunakan beberapa kaedah penanaman yang terbaik.

Apa itu pokok kunyit?

Pokok kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa adalah tumbuhan hijau dari family Zingiberaceae. Umumnya, tanaman ini berasal dari India dan diperkenalkan di seluruh negara Aia seperti Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Banyak kajian yang dijalankan untuk mengkaji manfaat pokok ini, dan ia terbukti bertindak sebagai agen pewarna semula jadi, anti-keradangan dan anti-bakteria, dan berkhasiat untuk pelbagai masalah kesihatan.

Cara tanam kunyit dalam pasu

Mungkin ramai tidak tahu kunyit sebenarnya boleh ditanam dalam ruang yang sempit juga seperti pasu bunga. Berikut ini kami kongsikan langkah atau cara tanam kunyit dalam pasu untuk rujukan anda.

cara tanam kunyit

1. Penyediaan benih untuk semaian

Dapatkan kunyit hidup yang sudah bertunas. Lebih besar mata tunas adalah lebih bagus kerana peluang untuk hidup lebih cerah.

Memang biasanya amat sukar untuk kita temukan kunyit yang masih bertunas di pasar atau kedai. Sekiranya ia tidak anda jumpai, boleh pilih kaedah kedua dengan cari kunyit yang tidak cedera mata tunasnya.

Untuk mengenal pasti mata tunas, ia biasanya mempunyai warna sedikit keputih-putihan yang menandakan kunyit sudah sedia mengeluarkan pucuknya.

2. Sukat medium tanaman

Oleh kerana, kunyit tidak memerlukan kelembapan tanah yang tinggi untuk elak umbisi rosak, maka medium tanaman yang sangat sesuai bagi tamaman kunyit adalah 1:1, bahagian pasir dan 1 bahagian tanah (tanah campur & tanah bakar).

3. Tanam kunyit dalam pasu

Siap menyukat medium tanah, masukkan ia ke dalam pasu dan buat juga lubang dalam ke dalaman lebih kurang 2 – 3 inci. Seterusnya masukkan umbisi kunyit dengan kedudukan mata tunas menghadap ke arah atas.

Elakkan dari letakkan tunas kunyit itu ke arah bawah kerana ini akan melambatkan proses tunas untuk pecah dan mengeluarkan daun.

Tempoh kebiasaan untuk tunas mengeluarkan dau adalah dalam masa satu atau dua minggu selepas ia ditanam. Lebih dari masa tersebut, berkemungkinan besar kunyit yang ditanam itu sudah rosak atau tidak subur.

4. Pentingnya pencahayan

Setiap benda bernyawa di atas muka bumi ini memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Begitu juga halnya bagi tanaman.

Untuk bagi mendapatkan daun kunyit yang lebar dan berwarna hijau yang cantik, kunyit memerlukan pencahayaa sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Jika kurang dari tempoh yang sepatutnya itu, daun-daunnya akan menjadi kontot.

Namun begitu, terlebih kena cahaya matahari juga bahaya bagi kesihatan tanaman kita. Oleh yang demikian, pokok kunyit perlu diletakkan di kawasan yang sedikit terlindung seperti berhampiran bucu-bucu bumbung.

5. Proses siraman

Di peringkat awal selepas kunyit di tanam, biasanya ia memerlukan jumlah kelembapan yang tinggi. Cadangannya, lakukan siraman setiap 2 kali sehari dalam tempoh satu hingga 2 minggu.

Perhatikan sekiranya mata tunas sudah mengeluarkan daun yang lebar, barulah proses siraman dikurangkan sebanyak sekali sehari pada setiap awal pagi. Dalam masa yang sama, pastikan air siraman itu tidak bertakung dalam pasu.

Boleh pilih pasu yang mempunyai lubang saliran sedia ada untuk memudahkan proses ini.

Atau sekiranya perlu, buat sahaja lubang sendiri di bawah pasu dengan menebuk lubung pada bahagian bawah dinding pasu.

6. Proses pembajaan

Jimatnya tanam pokok kunyit ini, ia tidak memerlukan baja. Hanya cukup sekadar anda tambahkan medium tanah tinggi organik di atas medium lama.

Atau pilihan kedua, tuai sebahagian umbisi dan tambahkan dengan medium baru bagi mengalakkan lagi proses pertumbuhan umbisi baru.

Selain dari tips cara tanam kunyit ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan ilmu perkebunan seperti:

Rujukan:

  1. Rahardjo, M. & Rostiana, O. 2005. Budidaya Tanaman Kunyit. Balai Penelitian Tanaman Obat dan Aromatika, Bogor.
  2. Cara Mudah Tanam Kunyit Dalam Pasu Yang Semua Orang Boleh Buat. Kelab Deko Malaysia
  3. Tray Method’ Makes Turmeric Farming Lucrative. Bangalore Mirror

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.