Dulu-dulu aircond atau alat penghawa dingin adalah satu alatan rumah yang mahal dan Cuma dimiliki oleh orang yang berada. Namun dewasa ini, disebabkan oleh cuaca yang terlalu panas, boleh dikatakan setiap rumah mempunyai penghawa dingin.
Malah setiap bilik mempunyai penghawa dingin masing-masing. Namun tidak dinafikan bahawa penggunaan alat penghawa dingin akan menyebabkan bil elektrik meningkat dan kos untuk servis aircond bukanlah murah. Nak tak kalau kami kongsikan tips untuk menjimatkan elektrik bagi rumah yang ada aircond dan cara servis aircond rumah sendiri tanpa perlu panggil juruteknik yang pastinya mengenakan kos yang mahal?
Pastinya bil elektrik anda akan meningkat jika ada menggunakan aircond di rumah. Malah bil TNB anda pastinya melambung semasa musim panas. Jom kami kongsikan tips jimat elektrik yang boleh anda amalkan:
Kalau tiba-tiba aircond anda terasa panas dan tak sejuk seperti biasa, ia bukanlah bermakna yang aircond anda sudah rosak dan perlu dibaiki. Ada kalanya aircond tidak sejuk kerana ianya tidak diservis atau dalam bahasa lainnya aircond anda sudah lama tidak dicuci. Mungkin anda tak tahu bahawa aircond juga perlu diservis dari semasa ke semasa bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Kalau anda rajin servis airocond pastinya airocnd anda akan sentiasa sejuk tanpa sebarang masalah.
Untuk servis aircond, tak semsestinya perlu mengupah juruteknik. Anda boleh servis sendiri dengan melakukan langkah-langkah berikut:
1. Bersihkan filter. Anda boleh membersihkan filter atau penapis dengan cara membuka penutup aircond yang berada di dalam rumah anda. Apabila buka sahaja penutup tersebut, anda akan nampak bahagian berjaring. Itulah filter yang kami maksudkan. Buka filter. Ianya sangat mudah untuk dicabut. Setelah dikeluarkan, cuci filter tadi dengan air dan sabun. Berus perlahan, jangan sampai terkoyak. Kemudian jemur sehingga kering. Setelah kering boleh dipasang semula. Anda perlu mencuci filter sekurang-kurangnya sekali sebulan.
2. Vacuum indoor condenser coil. Condenser coil adalah bahagian berlubang pada penutup aircond anda. Perhatikan bahagian tersebut. Pastinya berhabuk. Anda boleh sedut habuk yang melekat di situ dengan vacumm atau penyedut hampagas. Lakukan dengan cermat dan perlahan-lahan. Kalau ada habuk degil yang tak mahu tanggal, anda boleh berus dengan perlahan. Boleh juga basuh sedikit dengan air sehingga betul-betul bersih. Apa yang penting pastikan anda sudah tutup suiz aircond dan pastikan anda tidak merosakkan sirip aluminium yang berbentuk seperti sikat.
3. Cuci blower fan. Dah cuci indoor conderser coil, seterusnya anda boleh cuci blower fan yang berfungsi untuk mengeluarkan angin. Ada masanya aircond anda tak sejuk kerana blower fan tak berpusing dengan laju akibat terlalu banyak habuk yang melekat padanya. Lepas dah cuci pastinya angin sejuk aircond anda akan pulih seperti biasa. Cara untuk mencuci blower fan ialah dengan cara menyedut dengan vacuum atau anda boleh juga berus dengan perlahan untuk menghilangkan habuk degil yang melekat. Dah siap cuci semua, anda boleh pasang semula filter yang sudah dikeringkan tadi.
4. Cuci outdoor compressor coil. Akhir sekali cuci pula unit aircond yang ada di luar rumah. Ini kerana ada kemungkinan aircond anda tak sejuk sebab outdoor compressor coil dah terlalu kotor dan penuh dengan habuk. Anda boleh pancutkan air untuk mencuci bahagian ini. Kalau terlalu kotor pada bahagian dalam, anda boleh buka dan berus bahagian dalamnya sehingga betul-betul bersih.
Kemudian anda boleh buka aircond dan lihat perbezaannya. Kalau aircond masih tak sejuk walau pun setelah dicuci bersih, kemungkinan lain yang berlaku ialah gasnya dah habis atau memang ada kerosakan pada aircond anda. Jalan yang terbaik ialah dengan memanggil mereka yang pakar untuk melakukan pemeriksaan.
Itulah dia info tentang tips jimatkan elektrik bagi rumah yang menggunakan penghawa dingin dan cara servis aircond rumah sendiri tanpa perlu panggil juruteknik. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara buat stok ayam untuk bayi, cara simpan telur yang betul, dan cara jimat minyak kereta.