Cara mengamalkan gaya hidup sihat boleh merangkumi kepada beberapa aspek seperti penjagaan makanan, kesihatan mental, dan aktiviti fizikal.

Definisi amalan gaya hidup sihat itu sendiri merujuk kepada amalan atau tabiat untuk meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Ia menjadi asas kepada kehidupan yang berkualiti.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat yang boleh anda aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Cara mengamalkan gaya hidup sihat yang betul

Berikut adalah antara cara mengamalkan gaya hidup sihat yang boleh dijadikan panduan:

1. Makan secara seimbang

Pemakanan memainkan peranan penting sebagai cara mengamalkan gaya hidup sihat. Ini jelas kerana apa sahaja yang kita makan akan mempengaruhi segala tindakan tubuh badan kita selanjutnya.

Mereka yang tidak makan secara seimbang dan sihat sudah tentu tidak akan mampu mewujudkan tubuh badan yang sihat dan terhindar dari pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, obesiti, dan sebagainya.

Justeru, pemakanan yang baik menyumbang kepada fizikal luaran dan dalaman yang lebih baik. Lebih baik daripada segi penampilan dan juga kesihatan dalaman seperti jantung, tekanan darah, paras gula dan sebagainya.

Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

2. Aktiviti fizikal berkala

Aktiviti fizikal pula adalah merupakan suatu aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota tubuh badan.

Kekerapan dalam melakukan aktiviti fizikal boleh menyebabkan berlakunya perubahan fisiologi dalam sistem badan seperti peredaran darah, hubungan antara otot-otot kecil dan besar yang seterusnya menyebabkan berlakunya kecergasan fizikal yang optimum.

Banyak aktiviti senaman yang boleh dilakukan pada waktu pagi, antaranya senaman kurang dari 10 minit yang senang dan pantas seperti jumping jacks, push up, sit up, dan pelbagai senaman kardio.

Atau anda juga boleh beriadah di taman dan berjoging selama 20 minit, sudah mencukupi.

3. Kesihatan mental yang sihat

Kesihatan mental adalah tahap kesejahteraan psikologi atau ketiadaan penyakit mental. Ia merujuk kepada beberapa perkara seperti:

  • Cara kita berfikir, merasa dan cara kita bertindak
  • Cara kita menghadapi masalah dan mengatasinya
  • Cara kira berinteraksi dengan orang lain

Antara masalah kesihatan mental yang biasa berlaku adalah kemurungan, kecelaruan kebimbangan umum, kecelaruan panik, kecelaruan obsesif kompulsif, kecelaruan stress selepas trauma, dan gangguan tidur.

Berdasarkan statikstik, hari ini semakin ramai generasi muda cenderung untuk mengalami masalah mental yang keterlaluan sehingga membawa kepada masalah bunuh diri dan mencederakan orang lain.

Jika anda berasa tertekan, elak dari simpan dalam hati. Sebaliknya, cuba untuk kongsikan dengan orang yang dipercayai seperti rakan, keluarga, atau kaunselor.

Dalam masa yang sama, elak dari bersendiri sekiranya anda tahu ia akan membuatkan diri anda bertambah teruk dan terjebak untuk melakukan perkara yang tidak baik seperti mencederakan diri sendiri.

Pastikan anda sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan agar mereka tahu perkembangan semasa anda.

4. Tidak merokok / vape

Rokok elektrik atau vape adalah peranti elektronik yang mengandungi nikotin, Propylene Glycol, Vegetable Glycerin, bahan perisa dan pewarna.

Sungguhpun ramai orang “claim” vape tidak mengandungi vape, namun begitu cecair “refill” yang dijual di pasaran berkemungkinan besar masih mengandungi nikotin.

Kandungan nakotin inilah yang memberi kesan bahaya kepada kesihatan diri seperti merosakkan paru-paru, kegagalan pernafasan, kerosakan organ dalaman, dan sebagainya.

Rokok adalah tembakau yang dibalut dengan silinder sama ada daripada kertas mahupun daripada jenis daun.

Sejak dulu lagi, merokok telah menjadi kebiasaan yang sangat umum dan meluas di kalangan masyarakat.

Walaupun merokok telah terbukti dapat mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan, namun tabiat atau ketagihan ini memang sukar untuk dibuang.

5. Tidur yang berkualiti

Ramai orang pandang remeh soal tidur. Hakikatnya tidur yang berkualiti boleh mempengaruhi kehidupan anda sehari.

Tips awal dan bangun awal membuatkan anda sihat, kaya, dan bijak. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi setiap malam.

Dengan tidur yang mencukupi, anda akan mendapati bahawa anda lebih gembira dan produktif pada hari berikutnya.

Antara tips untuk dapat tidur yang berkualiti adalah seperti berikut:

  • Tidur dalam posisi yang betul
  • Jauhkan diri daripada barang elektronik 2 jam sebelum waktu tidur
  • Suasana tidur yang selesa
  • Elakkan minum kafein 8 jam sebelum tidur

6. Jaga kebersihan diri dan sekeliling

Kebersihan diri dan sekeliling penting untuk sebagai salah satu cara mengamalkan gaya hidup sihat.

Sejak kecil, kita sudah diajar untuk mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari, membersihkan diri selepas membuang air, dan mencuci tangan setiap kali sebelum makan, selepas makan, selepas menggunakan bilik air, atau memegang sesuatu yang kotor.

Kesannya jika anda tidak menjaga kebersihan diri akan menyebabkn tubuh badan berbau, mudah dijangkiti penyakit, menjejaskan imej dan keterampilan diri, serta tidak disenangi oleh sekeliling.

Itu halnya dalam konteks menjaga kebersihan diri. Dalam menjaga kebersihan sekeliling pula, anda juga tidak boleh memandangnya remeh.

Hal ini kerana, persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.

Selain itu, ia juga dapat mengelakkan pembiakan serangga membawa penyakit seperti lalat, nyamuk, tikus, dan sebagainya.

7. Lakukan ujian kesihatan

Menjalani ujian kesihatan secara teratur merupakan langkah yang sangat penting untuk menjaga kesihatan dan mengenal pasti masalah kesihatan bahkan sebelum gejalanya muncul.

Antara ujian kesihatan yang boleh anda lakukan secara berkala adalah seperti yang berikut:

  • Pemeriksaan tekanan darah dan kolesterol
  • Pemeriksaan kulit
  • Pemeriksaan HIV dan STI
  • Pemeriksaan kanser kolorektal
  • Ujian pelvis (untuk wanita)
  • Pemeriksaan mata
  • Pembersihan gigi

Kesimpulannya, gaya hidup sihat adalah sangat penting dalam kehidupan seharian. Ia bukanlah sekadar menjalankan aktiviti riadah sahaja tetapi juga menjaga mengamalkan pemakanan seimbang, mental, dan spiritual.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat dapat memberikan anda panduan dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama ke arah kehidupan berkualiti.

Selain dari panduan cara mengamalkan gaya hidup sihat, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kesihatan seperti:

Sumber:

  1. Facebook Nutritionist KKM
  2. Fahami Bahaya Anxiety, Jenis Gangguan, Simptom dan Cara Merawat. My Sihat
  3. Contoh Makanan Diet Untuk Cepat Kurus – Saranan KKM. eCentral

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.