Bagi ibu bapa yang mempunyai anak berumur 5 tahun, adalah sangat penting untuk anda sentiasa ambil tahu tentang pendaftaran anak darjah 1 bagi tahun 2022. Ini kerana, sekiranya anda terlepas tarikh pendaftaran, kemungkinan besar anak anda tidak akan mendapat tempat di sekolah yang anda inginkan. Hari ini kami akan kongsikan cara daftar tahun 1 2022.

Bilakah tarikh pendaftaran bermula?

Pendaftaran bagi tahun 1 2021 dan 2022 dibuka bermula 1 Mac 2021. Tempoh yang diberikan untuk pendaftaran adalah sehingga 30 April 2021 sahaja. Oleh itu, pastikan anda melakukan pendaftaran dalam tempoh yang diberikan ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang melibatkan penempatan sekolah anak anda.

Sekiranya anda terlepas tarikh tersebut, anda boleh membuat rayuan bermula 1 Ogos 2021 sehingga 31 Ogos 2021. Tempoh yang diberikan hanyalah satu bulan. Oleh itu, pastikan anda tidak terlepas tarikh tersebut. Sekiranya anda melakukan rayuan, keputusan rayuan anda akan diketahui pada 1 Oktober 2021.

Untuk makluman anda, semasa melakukan pendaftaran, anda boleh memilih sekolah pilihan namun tempat adalah berdasarkan kepada kekosongan. Oleh itu, lebih awal anda mendaftar, adalah lebih cerah peluang untuk anak anda mendapat tempat di sekolah tersebut. Sekiranya sekolah yang anda pilih telah penuh, anak anda akan ditempatkan di sekolah lain yang masih mempunyai kekosongan.

Bagaimanakah cara mendaftar?

Untuk melakukan pendaftaran, ibu bapa mempunyai dua cara untuk dipilih iaitu:

  • Secara manual dengan mengambil borang dari pejabat sekolah, isikan maklumat berkenaan dan pulangkan semula ke sekolah dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Secara manual dengan cara pergi ke website Kemeterian Pelajaran Malaysia, isikan borang yang tersedia dan hantar dalam tempoh yang ditetapkan.

Apakah syarat pendaftaran tahun 1 sesi 2022 dan 2023?

Bagi memastikan pendaftaran anak anda berjaya, adalah sangat penting bagi anda memastikan bahawa anak anda memenuhi syarat di bawah:

  • Bagi pendaftaran tahun 1 2022, anak murid yang didaftarkan wajib dilahirkan dalam tempoh 2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016.
  • Bagi pendaftaran tahun 1 2022, anak murid yang didaftarkan wajib dilahirkan dalam tempoh 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran?

Sumber: Mysumber

Untuk mendaftarkan anak anda, anda perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang pendaftaran dan anda juga perlu melampirkan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Kegagalan anda melampirkan dokumen yang dipinta mungkin akan menyebabkan pendaftaran anda tidak berjaya. Di antara dokumen yang diperlukan ialah seperti berikut:

  • Buku Rekod Kesihatan murid yang lengkaop dengan semua maklumat tarikh imunisasi dan jenis suntikan yang diterima.
  • Sijil lahir murid. Sekiranya sijil lahir anak anda telah hilang atau rosak, anda perlu pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan Salinan yang baru.
  • Borang permohonan Tahun 1. Bagi pendaftaran secara manual, anda boleh dapatkan borang ini di pejabat sekolah yang dipohon. Bagi pendaftaran secara online, borang tersebut boleh didapati di lama web Kementerian Pelajaran Malaysia. Selepas anda selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan, anda perlu mencetak borang tersebut.
  • Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga murid
  • Sijil nikah atau sijil daftar kahwin kedua ibu bapa pelajar
  • Sijil cerai dan sijil hak jagaan anak bagi ibu bapa yang telah bercerai. Ibu atau bapa yang ingin mendaftarkan anaknya perlu mengemukakan sijil hak jagaan anak seperti yang diminta sebagai bukti bahawa anda adalah penjaga sah bagi anak muris tersebut.
  • Bil utility dengan alamat tempat tinggal yang dimasukkan dalam borang pendaftaran sebagai bukti bahawa anda menetap di rumah tersebut. Di antara bil utiliti yang boleh anda lampirkan ialah bil dari bil air, bil elektrik, Astro, bil telefon, bil internet, dan sebagainya.
  • Bagaimanakah cara untuk mendaftar secara manual?

Untuk melakukan pendaftaran secara manual, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:

  • Pergi ke pejabat sekolah untuk mengambil borang pendaftaran.
  • Isi semua maklumat yang diperlukan dan lampirkan dokumen berkaitan.
  • Pulangkan borang tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pastikan borang anda dicop sebagai tanda terima oleh pihak sekolah.
  • Anda akan dihubungi oleh sekolah sekiranya pendaftaran anda berjaya.

Bagaimanakah cara mendaftar secara online?

Untuk melakukan pendaftaran secara online, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:

  • Pergi portal SPATKPM dengan melawat laman web https://public.moe.gov.my/
  • Klik pada ikon Pengguna Baru
  • Klik pada Daftar Pengguna
  • Kemudian anda klik pada ikon Daftar
  • Setelah itu, apa yang perlu anda lakukan ialah isi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  • Setelah anda berjaya untuk mendaftar masuk, anda boleh teruskan proses permohonan dengan cara  klik pada menu Tahun 1
  • Kemudian klik pada  Permohonan Baharu
  • Seterusnya, anda masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftarkan anak anda
  • Langkah seterusnya, anda perlu melengkapkan maklumat murid, maklumat kesihatan, dan maklumat penjaga
  • Klik butang Simpan dan Seterusnya
  • Semak bagi memastikan semua maklumat yang anda masukkan adalah betul.
  • Setelah pasti bahawa semua maklumat yang dimasukkan adalah betul, klik butang Perakuan.
  • Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan dan Peraku Benar. Akhir sekali klik pada menu Hantar di bahagian paling bawah menu.
  • Status permohonan anda akan dipaparkan pada skrin.
  • Kami nasihatkan anda supaya mencetak borang yang telah diisi sebagai rekod.

Itulah dia info tentang cara daftar tahun 1 2022 yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:

Rujukan:
1. Icentral

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.