Ayam merupakan pilihan makanan yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Ayam merupakan pilihan utama kerana ianya merupakan salah satu sumber protein yang mudah untuk di dapati.
Pada masa yang sama, ianya merupakan pilihan protein yang sihat dan berkhasiat kerana ayam adalah salah satu sumber protein yang mempunyai rendah kadar lemaknya sekiranya lemak dan kulitnya sudah di buang. Sekiranya lemak dan kulit tidak di buang kadar lemak tinggi juga.
Kita perlu memastikan penyediaan dan cara memasak ayam menggunakan suhu memasak yang selamat. Hal ini bagi mengelakkan sesetengah mikroorganisma yang berpotensi membuatkan seseorang itu mempunyai masalah penghadaman (cirit-birit) sekiranya cara penyediaan atau memasaknya tidak betul.
Untuk pengetahuan, ayam perlu dimasak sehingga suhu dalaman 74°C kerana dengan suhu inilah ianya dapat membunuh mikroorganisma yang menganggu penghadaman.
Antara jenis-jenis bakteria tersebut mengikut pembacaan adalah :
Bakteria ini pada kebiasaanya hidup dalam usus haiwan ternakan, terutamanya ayam, lembu, khinzir. Ia boleh menyebabkan jangkitan saluran usus pada manusia. Sekiranya ia menjangkiti saluran usus manusia ini boleh menyebabkan keracunan makanan.
Terdapat pelbagai tanda-tanda keracunan makanan. Antara tanda-tandanya adalah:-
Tempoh jangkitan keracunan makanan antara 6 jam ke 72 jam, tetapi kebiasaannya kesan keracunan makanan adalah 12 – 36 jam selepas makan.
Campylobacter adalah 1 daripada 4 penyebab utama penyakit cirit-birit (diarrhea). Ia dianggap sebagai bakteria manusia yang paling biasa. Jangkitan Campylobacter biasanya ringan dan tidak membahayakan manusia, TETAPI ia boleh membawa maut di kalangan kanak-kanak dan orang tua. Hal ini disebabkan sistem imun tubuh mereka lemah.
Campylobacter bakteria boleh dibunuh dengan cara penyediaan makanan yang betul (gunakan suhu memasak yang betul) dan teliti. Gejala campylobacter biasanya hilang selepas empat hari.
Walaubagaimana sekali pun, dalam kes-kes yang teruk menerusi jangkitan Campylobacter, antibiotik mungkin diperlukan kerana imun tubuh tidak dapat melawan bakteria yang menyerang tubuh.
Bakteria E-coli ini biasanya di jumpai pada air yang tercemar. Tetapi bukan pengetahuan umum, E-coli juga boleh terdapat di dalam makanan yang tidak di masak dengan sempurna terutamanya di dalam daging atau disebabkan pencemaran silang.
Antara tanda-tanda seseorang itu telah di jangkiti bakteria e-coli adalah:-
Kesan bakteria e-coli yang teruk boleh membawa maut. Justeru itu, jangan pernah mengambil mudah dalam penyediaan makanan ini
1. Potong ayam kepada ketulan yang bersaiz kecil atau sederhana
2. Sebelum goreng ayam, cucukkan dengan garfu supaya isi ayam lebih mudah masak ketika digoreng.
3. Bila minyak dah betul-betul panas, baru masukkan ayam.
4. Pastikan ayam di masak dengan api yang kecil atau sederhana supaya isi dalamnya masak sempurna
Ohya selain daripada ayam, ada juga makan lain yang tidak disarankan untuk di makan mentah. Antaranya :
Itulah dia serba sedikit info mengenai bahaya makan ayam mentah. Pastikan ayam di masak dengan sempurna dan ingatlah, jangan sesekali makan daging ayam yang masih mentah dan ada kesan darah kerana ianya sangat berbahaya. Lagi-lagi untuk anak.
Tak dinafikan mungkin ada sesetengah orang yang sengaja mengambil ringan akan perkara ini. Tak rasa risau dan terus memakan makanan tersebut dengan mengetepikan bahagian mentah yang kurang masak. Tolonglah jangan berbuat sebegitu kerana keselamatan diri tetap perlu diberi keutamaan.
Baca juga khasiat tomato mengikut kajian , keistimewaan dan khasiat bunga raya.