Ayuh kenali ciri-ciri tabbaruj dan elak dari melakukannya!

Secara bahasa, tabarruj berasal daripada  kata ‘al burj ‘yang bermaksud bintang atau sesuatu yang terang atau nampak jelas. Jadi, tabarruj  adalah sesuatu berlebihan dalam menampakkan perhiasan dan kecantikan. Atau, memperlihatkan bahagian perhiasan yang mengundang perhatian, atau memperlihatkan sesuatu yang wajib disembunyikan.

Dalam bahasa yang lebih mudah, tabbaruj boleh difahami sebagai;

  1. Tindakan memperlihatkan kecantikan wajah dan bahagian tubuhnya yang mengundang perhatian lelaki bukan muhrim.
  2. Memperlihat keindahan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki yang bukan muhrim.
  3. Memperlihatkan diri melalui cara berjalan, keghairahan dan kesombongannya kepada mereka.

Jelas bahawa tabarruj sangat dilarang kepada golongan wanita. Banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah yang menegaskan larangan ini, antaranya;

“Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.”

( an-Nur : 31)

Jadi, apakah ciri-ciri tabbaruj yang sepatutnya dielakkan oleh semua wanita?

1. Tidak Menutup Aurat Dengan Sempurna

Allah telah memerintahkan agar semua wanita menutup aurat dan hukumnya adalah wajib yang jika tidak dilakukan akan berdosa. Menutup aurat juga salah satu cara menjaga kehormatan dan dapat menjauhkan diri daripada fitnah.

Jangan berpakaian nipis dan ketat yang menampakkan tubuh, seperti bertelanjang.

Rasulullah SAW pernah bersabda;

Akan ada di akhir umatku (nanti) wanita-wanita yang berpakaian (tapi) telanjang, di atas kepala mereka (ada perhiasan) seperti punuk unta, laknatlah mereka kerana (memang) mereka itu terlaknat (dijauhkan dari rahmat Allah SWT).”

Dalam hadis lain ada tambahan;

“Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau (wangi)nya, padahal sungguh wanginya dapat dicium dari jarak sekian dan sekian.”

2. Memakai Wangian Yang Berlebihan

Dari Abu Musa al Asy’ari RA, Rasulullah SAW pernah bersabda; 

Siapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, bererti ia telah berzina.”

(Hadis Riwayat Imam al-Nasaie)

Bertepatan dengan ajaran Islam yang menganjurkan umatnya termasuk golongan  wanita untuk sentiasa berwangian yang bersesuaian.

Namun begitu seharusnya ada batasan-batasan tertentu. Antaranya tidak boleh terlalu kuat wangiannya sehingga terhidu oleh lelaki yang bukan mahram, termasuklah ketika berjemaah di masjid.

Setiap wanita yang memakai wangian,  janganlah ia mengerjakan solat Isyak  bersama kami.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Sebaiknya wangian yang dipakai adalah sederhana bagi menutup bau badan sahaja. Wangian yang berlebihan iu pula lebih sesuai untuk dipakai apabila berhadapan dengan suami sahaja.

3. Memakai Hiasan Yang Berlebihan

Allah SWT mengharuskan perhiasan dan berhias kepada wanita, dan tidak melarang wanita menjaga kecantikan. Namun, mestilah berpada dan kena pada tempatnya, iaitu hanya untuk suaminya semata-mata bukan kepada yang mahram.

Lalu jauhilah dandanan yang yang berlebihan sehingga menukar rupa paras sedia ada,  seperti mengenakan mekap yang tebal, hiasan berlebihan pada pakaian, warna pakaian yang terlau menarik dan sebagainya.

4. Mentatu Tubuh, Menyambung Rambut, Mencukur Alis Dan Mengikir Gigi

Menyambung rambut bermaksud memakai rambut palsu yang haram hukumnya. Ini termasuklah memakai bulu mata palsu dalam mekap dan sebagainya.

Allah melaknat penyambung rambut dan orang yang minta disambung rambutnya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan bentuk menghias diri dengan mencukur alis dan mengkikir gigi.Rasulullah SAW turut melarang dengan bersabda;

Allah melaknat orang yang menatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis dan yang minta dicukur, serta wanita yang meregangkan (mengikir) giginya untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Menghilangkan Tahi Lalat 

Dari Ibnu Umar RA diriwayatkan, bahawasanya; Rasulullah SAW mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang disambung rambutnya, serta orang yang membuat tahi lalat dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain dituturkan, bahwa Ibnu Mas’ud RA berkata;

Allah melaknat orang yang membuat tahi lalat, dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat, orang yang menukur keningnya, dan orang yang memangur giginya (meratakan gigi dengan alat) dengan maksud untuk memperindah dengan mengubah ciptaan Allah”.  Kemudian Ummu Ya’qub menegurnya,’Apa ini?’  Ibnu Mas’ud RA berkata, ‘Mengapa saya tidak mengutuk orang yang dikutuk oleh Rasulullah SAW; sedangkan di dalam kitab Allah, Allah berfirman’, ‘Apapun yang disampaikan oleh Rasul kepadamu, laksanakanlah dan apa pun yang dilarangnya maka jauhilah’.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Memanjangkan Kuku 

Memanjangkan kuku adalah perbuatan menyambung kuku atau memakai kuku palsu . Perbuatan ini sangat  dilarang dalam Islam. Rasulullah SAW menegaskan dalam sabda Baginda;

Yang termasuk fitrah manusia itu ada lima, (iaitu) khitan, mencukur bulu kemaluan, mencukur kumis, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Wanita Berdandan Menyerupai Lelaki

Wanita yang berdandan seperti lelaki sangat dimurkai Allah, sehingga Allah melaknatinya. Begitu juga sebaliknya, iaitu golongan lelaki yang berpakaian menyerupai wanita. Sesuai denganhadis Rasulullah SAW;

“Rasulullah SAW melaknat laki-laki yang menyerupakan diri seperti wanita dan melaknat wanita yang menyerupakan diri seperti laki-laki.”

(Hadis Riwayat  Bukhari)

8. Membuka Sebahagian Aurat

Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Ahzaab : 59;

“Hendaknya mereka mengulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”

Wajib bagi wanita mengenakan tudung dengan cara menutupi semua bahagian aurat, bukan sekadar menutup kepala sahaja. Ini juga sebahagian daripada tabbaruj. Namun kebanyakan wanita kini menganggap tudung kepala hanyalah sekadar fesyen dan hiasan semata-mata.

Penutup: Jauhi Tabbaruj Adalah Hikmah Terbesar Untuk Kaum Muslimah

Hikmah besar diwajibkannya menutup aurat adalah untuk melindungi kecantikan wanita dari fitnah, selain tidak terlihat menarik pada mata  lelaki yang bukan mahramnya.

Sebenarnya  wanita itu juga adalah hiasan duniawi yang sangat bernilai yang benar-benar dijaga oleh Islam. Jadi, wahai muslimah hargailah diri sendiri dengan menjaga aurat dan menjauhi tabbaruj!

Bacaan Lain:

Rujukan:

Penulis: Rabiatul Adaweeyah Othman

Sangat mecintai buku dan meminati penulisan, lalu gemar berkongsi tentang apa-apa yang dibaca dan ditulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.