Walaupun jarang para ibu memasak ketam, namun ketam ialah antara jenis seafood yang disukai ramai. Masakan ketam yang biasa dihidangkan ialah ketam bercili, ketam kari, ketam goreng dan lainnya. Dengan olahan resepi yang enak dapat dihasilkan masakan ketam yang menarik.

Walaupun ketam memiliki kulit yang sangat keras, namun dagingnya yang berwarna putih sangat lunak dan enak. Bahkan kesemua daging yang ada pada badan ketam boleh dimakan.

Ketam memiliki banyak khasiat antaranya dapat mencegah osteoporosis, meningkatkan tenaga, baik untuk jantung, penawar kanser, penawar denggi dan lain-lain.  Selain berasal daripada lautan, ada juga ketam air tawar. Namun rasa dan pengolahan masakan tetaplah sama.

Untuk menyamankan selera anda serta memudahkan anda dalam memasak ketam. Di bawah ini telah kami sediakan 5 resepi ketam yang enak dan nyaman tentunya. Resepi-resepi yang disukai ramai di Facebook ini kini boleh anda cubakan dengan mudah. Tunggu apalagi, jom masak ketam!

Resepi Ketam Masak Bercili

ketam masak bercili

Imej via Facebook

Resepi ketam masak bercili ini patut anda cuba. Ketam yang digoreng dan digaul dengan cili sangat terasa pedasnya. Resepi perkongsian ramai ini dikongsikan oleh Azahari Abdullah‎ di Facebook. Sekali makan mesti nak-nak lagi.

Bahan-bahan :

  • Ketam 5-6 ekor
  • Telur ayam 2 biji
  • Cili kering kisar 15 tangkai
  • 1 labu bawang besar di kisar
  • 4 ulas bawang putih di kisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 sudu sos cili
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 1/2 sudu sos tomato
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 sudu besar cuka
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 labu bawang holland
  • 2 tangkai cili besar merah
  • Batang daun bawang dan daun ketumbar sebagai hiasan.

Cara-cara :

Step 1 :

  1. Gaulkan ketam dengan garam dan sebiji telur, gaul sehingga sebati.
  2. Goreng ketam kedalam minyak yang panas sehingga sedikit garing atau 80% masak.

Step 2 :

  1. Panaskan minyak 8 sudu besar @ ambil minyak di dalam kuali gorengan ketam.
  2. Tumis bawang besar sehingga layu.
  3. Masukan bawang putih.
  4. Masukkan halia.
  5. Masukkan daun limau purut.
  6. Masukkan cili kisar.
  7. Masukkan sos cili.
  8. Masukkn sos tomato.
  9. Masukkan cuka.
  10. Masak sehingga pecah minyak.
  11. Masukkan ketam.
  12. Masukkan telur sebiji. Kacau sehingga sebati.
  13. Masukkan bawang Holland.
  14. Masukkan cili besar.

Resepi Ketam Nipah Kari Masak Kering

ketam nipah kari kering

Imej via Facebook

Ketam nipah antara jenis ketam yang disukai ramai. Penyajiannya dengan cara kari masak kering menambah kelazatan ketam ini. Resepi ini dapat dijadikan sebagai menu untuk hari raya atau kendara-kenduri, seperti  Nur Sirhan Tiben kongsikan dalam Facebook.

Bahan-bahan :

  • Ketam nipah 3 kg
  • Bawang besar 1 biji
  • Cili hijau 2 biji
  • Tomato 1 biji besar
  • Daun Kari 1 tangkai
    (Bahan 1 siap potong)

Cara-cara :

  1. Tumis bawang, 1 sudu besar bawang putih dan halia yang siap blend, daun kari, tomato, cili hijau, serbuk kunyit 1/2 sudu kecil.
  2. Perasakan dengan sedikit garam.
  3. Bila sudah naik bau/pecah minyak, masukkan cili kering yang telah siap blend sebanyak 5 sudu besar.
  4. Gaul sebati.
  5. Lepas 3 minit masukkan ketam.
  6. Gaul dan biar dalam 10 minit.
  7. Masukkan air asam jawa dan tambah air sedikit.
  8. Gaul dan tutup bagi dia pekat.
  9. Jika rasa-rasa sudah cukup pekat, angkat keluar. Siap.
    Nota : Kalau tak cukup cili kering blend itu, boleh tambah 1 atau 2 dulu serbuk kari ikan ikut keselesaan sendiri.

Resepi Butter Crab

ketam butter

Imej via Facebook

Resepi ketam yang tak kalah sedap ialah butter crab. Pada resepi ini kami berkongsikan resepi butter crab enak berlemak. Resepi daripada ‎Syaza Aiman Seh Wali‎ di laman Facebook. Sila cuba resepinya.

Bahan-bahan :

  • Telur kuning 4 biji
  • Daun kari
  • Cili
  • Perasa

Cara-cara :

  1. Ketam dicuci bersih.
  2. Gaulkan dengan tepung serbaguna.
  3. Goreng biasa. Lepas masak jadi rapuh kruk krak. Boleh makan dengan kulit tapi pastikan gigi kuat.
  4. Panaskan minyak dan marjerin. Letak ikut suka hati.
  5. Pastikan minyak betul-betul panas.
  6. Kemudian masukkan telur kuning dan kacau.
  7. Selepas itu, masukkan daun kari, cili yang dipotong.
  8. Masukkan perasa. Jangan letak banyak nanti terlebih masin.
  9. Gaul rata. Tutup api. Guna penapis santan, tapiskan segala minyak.

Resepi Sweet Corn Crab Soup

sweet corn sup crab

Imej via Facebook

Resepi ketam seterusnya yang mendapat perkongsian ramai ialah sweet corn crab soup a.k.a sup ketam jagung manis. Mesti anda penasaran dengan resepi yang dikongsikan oleh ‎Anita Hj Andrias Yusof‎ di laman Facebook. Resepi sedap dan menarik ini patut anda cuba.

Bahan-bahan :

  • Isi ketam (rebus dan keluarkan isi)
  • Jagung tin cream dan kasar
  • Tepung jagung (campur air untuk pekatkan sup)
  • Telur (pukul)
  • Bawang merah hiris *
  • Bawang putih hiris *
  • Halia *
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Perasa
  • Gula sedikit
  • Bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan

Cara-cara :

  1. Tumiskan bahan-bahan bertanda * sampai kekuningan.
  2. Kemudian masukkan isi ketam dan gaul sebati.
  3. Masukkan air dan tunggu sampai mendidih.
  4. Jika sudah mendidih masukkan telur yang sudah dipukul perlahan-lahan sambil gaul perlahan-lahan sup.
  5. Kemudian masukkan lagi tepung jagung yang sudah ditambah air tadi. Gaul sebati.
  6. Masukkan jagung cream dan kasar, masukkan perlahan sambil digaul.
  7. Bila sup sudah pekat baru masukkan perasa dan gula sesedap rasa.
  8. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup. Siap.

Resepi Ketam Masak Telur Masin

ketam masak telur masin

Imej via Facebook

Resepi terakhir ini ialah antara yang favorit juga. Selalunya orang buat ketam masak kari atau sup. Apakata hari ini anda buat ketam telur masin pula. Resepi daripada Zaimah Zakaria‎ di Facebook. Sedap tak payah makan kat kedai.

Bahan-bahan :

  • Ketam, cuci dan potong.
  • Taburkan 3 sudu tepung jagung untuk 3 ekor ketam, kalau 4 ekor 4 sudu ya.
  • Sedikit garam dan sedikit kunyit.
  • Goreng dalam minyak yang banyak dalam kuali.

Bahan Salut Ketam :

  • 3 ulas bawang putih (tumbuk@cincang)
  • 4 tangkai cili padi (potong)
  • 2 sudu mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar susu cair
  • 3 biji telur masin (ambik kuning saja), rebus dulu dan hancurkan.

Cara-cara :

  1. Panaskan kuali, masukkan mentega.
  2. Bila sudah cair masukkan bawang putih.
  3. Goreng sampai kekuningan sedikit.
  4. Masukkan daun kari dan cili padi.
  5. Masukkan telur masin dan susu cair.
  6. Kacau sekejap dan masukkan garam jangan terlalu banyak sebab sudah ada telur masin.
  7. Masukkan ketam dan kacau rata.

Resepi Menarik Lain

Resepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi telur, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.