Siapa suka masakan kambing? Tidak kisahlah sama ada kambing bakar, kari kambing, sup kambing dan lain-lain. Memang sedap sangat, makan sampai menjilat jari bukan.

Daging kambing memiliki citarasa dan aroma yang khas. Tekstur dagingnya yang agak liat membuat kambing sangat disukai ramai. Rasa daging kambing memang sangat berbeza dengan daging lembu. Anda yang tidak pernah makan kambing itu mesti cuba sekali-sekala baru tahu rasa enaknya daging kambing.

Namun begitu, tak senang jumpa resepi kambing sedap. Kerana ramai orang tak tahu macam mana mengolah masakan kambing. Setakat bakar pun tak boleh bakar ikut suka sahaja. Kena mengikut resepi yang betul supaya hasilnya tidak mengecewakan tekak.

Oleh kerana kami peduli pada anda, maka kami ingin berkongsikan resepi kambing yang mesti anda sukai. Resepi-resepi ini biasanya hanya anda dapatkan di restaurant. Namun dengan perkongsian kali ini, 25 resepi kambing yang awesome boleh anda dapatkan di rumah.

Tunggu apalagi, jom memasak kambing hari ini!

1. Resepi Sup Daging Kambing

sup kambing

Imej via Facebook

Resepi step by step yang sangat lengkap dan patut cuba. Antara resepi kambing yang disukai ialah sup kambing. Jom tengok resepi daripada Mama’s Qihah‎ di Facebook.

Bahan-bahan :

  • Daging kambing
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Cili padi
  • 3 sekawan
  • Sup bunjut (tulang)
  • Perencah sup (powder)
  • Tomato 2 biji
  • Batang saderi
  • Asam limau
  • Perasa
  • Daun pandan (untuk menghilangkan hamis daging kambing)

Cara-cara :

  1. Tumis serai, halia, lengkuas, bawang putih, bawang besar, cili padi dan 3 sekawan.
  2. Masukkan daging dan perencah sup, kkemudian gaul sampai sebati.
  3. Masukkan air, tomato, batang saderi dan perasa.
  4. Biarkan mendidih.
  5. Akhir sekali perahkan limau nipis.
  6. Boleh dimakan bersama nasi @ roti.

2. Resepi Kambing Bakar Kebaboom

kambing bakar

Imej via Facebook

Ini resepi daripada Amir’s DaugthEr‎ sendiri di laman Facebook. Family suka sangat. Kalau pegi makan kambing bakar kat kedai makan mesti abah cakap “ko buat lagi sedap dik”. Mari kami kongsikan resepi yang enak ini.

Bahan-bahan untuk 10-15 keping :

  • Lamb shoulder potong nipis (rendam dengan gula batu+air+sprite 1 botol dalam 2 jam).
  • Bahan perapan menggunakan ape-apa sos BBQ.
  • Mix dengan herb sepeket dalam 50-100 g.
  • Gula merah segengam.
  • Campur semua bahan dan gaul sebati. Perap dalam 2 jam atau lebih.

Cara-cara :

  • Cara masak guna kuali ajaib.
  • Letak kambing yang sudah diperap.
  • Tutup kuali ajaib. Api kecil saja atau nanti jadi liat.
  • Masukkan sekali baki perapan tadi. Untuk jadikan sos, jangan buang lebihan perapan.
  • Dalam 20 minit, alih kambing guna cooking pan pula.
    *ini bagi tujuan garingkan, sebab periuk ajaib tak boleh buat garing. Untuk proses ini tak payah amik sos perapan tadi.
  • Masak dalam cooking pan sekejap saja.

Cara Membuat Sos :

  1. Ambil bahan perapan dalam kuali ajaib tadi. Dia sudah pekat masa grill kambing tadi.
  2. Masukkan lada hitam dan rosemary sesudu madu (ikut suka sebab tadi sudah ada gula merah, jadi tak payah banyak pun tak apa).
  3. Ambil kambing dalam cooking pan tadi.
  4. Celup dalam sos.

3. Resepi Kambing Masala

kambing masala

Imej via Facebook

Kambing masala sedap dimakan dengan nasi lemak. Gula melaka ialah rahsianya. Ia menambah perisa dan kambing rasa berlemak daripada gula biasa. Ia juga membuatkan warna kuah lagi gelap dan pekat daripada kambing masala biasa. Resepi kambing masalah ohsem daripada ‎Gaithri Cheran‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Kambing – 1 kg, dipotong kecil dan direbus menggunakan pressure cooker 3 wisel, asingkan air rebusan dengan daging. Air rebusan akan diguna untuk memasak nanti.
  • Bunga cengkih – 2
  • Kayu manis – 1
  • Jintan manis – 1 sudu kecil
  • Bawang merah – 1 dihiris
  • Serai – 3
  • Daun pandan – 3 helai
  • Tomato – 1 biji, dipotong kecil
  • Kentang – 2 biji, potong dadu besar
  • Santan – 4 sudu besar
  • Gula melaka – 3 sudu besar
  • Garam – secukup rasa
  • Ajishio – lada hitam

Bahan A (diblend) :

  • Halia – 2cm
  • Bawang putih – 7 ulas
  • Bawang merah – 1 biji potong halus

Cili Giling (B) :

  • 10 cili direbus dan digiling bersama 5 ulas bawang putih dan 1 bawang merah.

Cara – cara :

  1. Panaskan 5 sudu besar minyak masak,masukkan bunga cengkih, kayu manis, jintan manis dan serai.
  2. Masukkan bawang merah, tomato dan bahan A. Gaul rata dan masak sehingga bawang layu dan kuning-kekuningan. Masukkan daun pandan. Saya suka daun pandan dimasak bersama daging kambing sebab bau kambing akan diserap dan lagi sedap kuahnya nanti.
  3. Masukkan bahan B dan campurkan air rebusan daging tadi dan masukkan kentang sekali. Masak selama 10 minit.
  4. Masukan daging kambing gaul rata, kemudian masukkan santan, gula melaka dan garam. Masukkan ajishio lada hitam, masak selama 5 minit sehingga kuah pekat.

4. Resepi Stew Kambing

stew kambing

Imej via Facebook

Stew ialah masakan yang terdiri dari daging dimasak dengan kentang, carrot, tomato dan herbs lainnya. Kemudian diberi sedikit air. Tanpa menggunakan santan namun kuahnya pekat. Mari tengok resepi stew kambing daripada ‎Pathmawati Othman‎ di Facebook. Sedap dimakan bersama roti mahupun nasi.

Bahan-bahan :

  • Kambing bahagian rusuk, gear box dan tulang ‘T’kena rebus dengan daun pandan dan titiklan serai 2 batang sampai empok (kambing agak-agak semua itu dalam 2 kg campur).
  • Lada kering 25 biji
  • Bawang besar 8 biji
  • Bawang putih 1 labu
  • Halia sebesar ibu jari
  • Bland bahan diatas
  • Kentang 3 biji carrot 1btg potong dadu (rebus sampai empuk)
  • Bake bean 1 tin
  • Kacang pes 1tin
  • Tomato puri 1 tin kecik
  • Sos cili 1 botol kecik
  • Sos tomato 1 botol kecik
  • Daun sop + daun bawag
  • Daun ketumbar

Cara-cara :

  1. Tumis bahan yang telah diblend sampai garing.
  2. Masukkan tomato puri, sos cili, sos tomato, gula lebihkan sedikit biar manis kalau taknak manis kurangkan gula. Masukkan garam, aji jika suka.
  3. Jika rasa sudah ok, masukkan kambing yang sudah direbus, air rebusan kalau boleh masukkan sedikit saja.
  4. Bagi mesra rempah dengan kambing.
  5. Akhir sekali masukkan bake bean, kentang, carrot, kacang pes, daun sup, daun bawang, daun ketumbar, garam dan gula.
  6. Gaul sekejap saja.
  7. Siap. Tutup api.

5. Resepi Nasi Beriani Kambing

beriani kambing

Imej via Facebook

Beriani merupakan hidangan nasi campur dari India. Ia dibuat dengan rempah-ratus, beras dan daging atau sayur-sayuran. Yang teringin masak nasi beriani sila tengok resepi daripada‎ MrsNor Wahid‎ di laman Facebook ini.

Bahan-bahan :

  • 1 kilo kambing
  • 2½ pot berasmati (guna beras siam pun boleh untuk masak beriani. Tak perlu tunggu ada berasmati baru boleh masak nasi beryani) di rendam setengah jam.
  • Rempah 4 sekawan – bunga cengih,pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis
  • ½ cawan Minyak sapi + ½ cawan minyak biasa
  • 3-4 biji tomato – dipotong dadu
  • 1 cawan daun ketumbar- dipotong
  • 1 cawan daun pudina – dipotong
  • 3-4 helai daun salam
  • 1 cawan plain yogurt
  • 1 cawan susu segar / 1 cawan santan pekat
  • ¼ cawan raisin
  • ¼ cawan biji gajus

Bahan Rempah Masala :

Campur semua bahan ini dijadikan pes :

  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk kari daging

Tumbuk /mayang/blender :

  • 6-7 biji Bawang merah
  • 4-5 bawang putih
  • 3-4 in halia

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak kelapa.
  2. Tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan tumbuk/blender dan daun salam.
  4. Jika sudah naik bau, masukkan pes rempah.
  5. Bila pecah minyak masukkan kambing . Kacau hingga sebati.
  6. Setelah itu, masukkan yogurt ½ cawan + 1 cawan susu. Kacau sebati.
  7. Masukkan garam, gula dan 1 buku pati ayam.
  8. Perasakan masin manisnya.
  9. Tutup periuk kasih kambing empuk.
  10. Bila sudah empuk, masukkan beras, buah tomato, daun mint, daun ketumbar. Kacau sebati.
  11. Bila sudah sebati masukkan air. Kalau 2 pot beras, sukatan air 1 cawan sebab sudah masuk susu dan yogurt tadi sudah 1½ cawan.
  12. Masa ini boleh pindahkan ke kukusan bila air hampir kering. (Jika tidak punya noxxa).
  13. Taburkan raisin dan gajussy.

Bahan Air Lada :

  • 2 biji lada merah
  • 3 biji cii padi (jika nak pedas boleh lebihkan)
  • 1 biji tomato
  • 2-3 batang ketumbar
  • Sedikit belacan
  • Semua diblender kasar.
  • Kemudian campur dengan garam, gula dan sedikit cuka. Rasalah masin manisnya.

Acar :

  • 1 batang timun
  • 1 batang carrot
  • 2 biji tomat
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 sudu besar cuka
  • 2 biji lada merah
  • 2 biji lada ijau
    * Hiris kesemua bahan di atas.
  • Daun ketumbar
  • Gula garam secukup rasa
  • Gaul semua bahan hiris. Campur sekali cuka, gula dan garam
  • Nak cukup pasangan, goreng papadum

Nota : Pada resepi ini penulis buat dengan kuah. Masa tumis rempah, lebihkan air untuk jadikan kuah. Sebelum masuk beras, keluarkan air untuk dijadikan kuah. Kena pandai agak, kang jadi lembik pulak nasi kalau silap agak.

6. Resepi Kambing Gulai Darat Kelantan

gulai darat kelantan

Imej via Facebook

Berikutnya ialah resepi kambing gulai darat kelantan. Resepi pakcik Abu Mirza‎, rempah bikin sendiri tanpa susah-susah beli di kedai. Mudah, ringkas, cepat dan sedap. Penasaran bukan? Mari tengok resepinya.

Bahan-bahan :

  • Lengkuas,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Kunyit,
  • Cili,
  • Kambing sekilo.
  • Cili powder atau cili kering kisar,
  • Serbuk ketumbar,
  • Santan,
  • Serai,
  • Budu,
  • Nisan kerek,
  • Asam,
  • Cili hijau.

Cara-cara :

  1. Tumbuk halus atau kasar bawang merah, bawan putih, halia.
  2. Bersihkan dan toskan kambing. Masukkan dalam kuali.
  3. Terus masukkan bahan yang ditumbuk.
  4. Masukkan lagi cili powder atau cili kering kisar.
  5. Masukkan serbuk ketumbar dan santan.
  6. Akhir sekali masukkan serai, budu, nisan kerek, asam dan cili hijau.
  7. Siap.

7. Resepi Kuzi Kambing

kuzi kambing

Imej via Facebook

Selain dihidangkan untuk perayaan majlis, kuzi kambing juga boleh disediakan untuk hari raya. Jom cubakan resepi kuzi kambing tersohor daripada Hartini Hamid yang dikongsikan di laman Facebook.

Bahan Rempah : (dikisar sampai halus).

  • 1 sudu besar ketumbar,
  • 3 kuntum bunga lawang,
  • 4 biji buah pelaga,
  • 2 inci kayu manis,
  • 1 sudu besar jintan manis,
  • 1 sudu kecil jintan putih,

Bahan Tumis :

  • 3 biji bawang besar india,
  • 2 inci halia,
  • 3 batang kayu manis,
  • 3 kuntum bunga lawang,
  • 7 biji buah pelaga,
  • 1 senduk cili kering kisar,
  • 1 senduk bawang besar India kisar,

Bahan Lain :

  • 3 kg kambing (campur tulang dan daging),
  • ½ tin susu cair,
  • 5 cawan air rebusan daging,
  • 3 sudu besar tomato puree,
  • 3 sudu besar minyak sapi,
  • 5 biji kentang,
  • 1 sudu besar pes asam jawa (bancuh dengan ¼ cawan air),
  • 3 cawan bawang goreng,
  • 3 sudu besar kerisik,
  • ½ buku gula Melaka,
  • 2 sudu besar gula,
  • ½ cawan gajus,
  • ½ cawan kismis,
  • 1 sudu kecil garam.

Cara-cara :

  1. Mula-mula rebus daging.
  2. Tumbuk 1 sudu besar ketumbar, 3 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga, 2 inci kayu manis, 1 sudu besar jintan manis, 1 sudu jintan putih.
  3. Goreng 3 cawan bawang atau dalam 400 gram bawang keci India.
  4. Kisar bawang goreng dengan susu cair sampai sebati.
  5. Panaskan kuali, masukkan 3 sudu minyak sapi.
  6. Masukkan bawang besar India, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Goreng sampai naik bau.
  7. Kisar cili kering dengan bawang besar india kisar 1 senduk. Letak 2 senduk.
  8. Bila pecah minyak, masukkan rempah kisar tadi yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi.
  9. Masukkan bawang goreng yang dikisar dengan susu cair. Kacau sampai sebati.
  10. Masukkan daging kambing, kentang dan air rebusan daging. Air rebusan dimasukkan seikit-sedikit. Supaya tidak jadi cair sangat.
  11. Jika sudah nampak macam pecah minyak, masukkan 3 sudu besar tomato puree.
  12. Masukkan ½ buku gula melaka. Hiriskan supaya tidak jadi berketul-ketul nanti.
  13. Jika sudah hampir masak masukkan kerisik dan pes asam jawa.
  14. Akhir sekali masukkan ½ cawan gajus dan ½ cawan kismis.
  15. Masukkan gula, garam dan penambah perisa (jika perlu).
  16. Siap.

8. Resepi Kambing Masam Manis

daging masam manis

Imej via Facebook

Norkhuzaimah Abdul Kadir berkongsi resepi masakan kambing/daging masam manis di laman Facebook. Rasanya sangat sedap macam katering punya. Anda patut cuba resepi ini, boleh anda hidangkan untuk majlis-majlis kenduri dan sebagainya.

Bahan-bahan :

  • Kambing direbus dulu sampai empuk.

Bahan Blend :

  • Bawang besar,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Lengkuas,
  • Serai,
  • Rempah tumis 4 sekawan.

Bahan Lain :

  • Tomato dipotong dadu,
  • Tomato puree,
  • Sos cili,
  • Sos tomato ,
  • Sos tiram ,
  • Sedikit kicap manis,
  • Susu cair,
  • Gula,
  • Garam,
  • Serbuk perasa.

Cara-cara :

  1. Tumis bahan blend.
  2. Masukkan rempah tumis 4 sekawan.
  3. Masuk tomato dadu, tomato puree dan susu cair.
  4. Masuk segala sos berserta garam, gula dan serbuk perasa.
  5. Akhir sekali masukkan daging. Masak sampai keluar minyak.
  6. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
  7. Siap.

‎‎9. Resepi Kambing Pasamah

kambing pasamah

Imej via Facebook

Daging kambing masak pasamah resepi oleh Zakuan Laris P di laman Facebook. Cara memasaknya amat mudah, bahkan pejam mata pun boleh buat.

Bahan-bahan :

  • Kambing 2 kilo,
  • Rempah daging cap babas,
  • Cili kering 10 tangkai*,
  • Bawang besar 5 biji*,
  • Bawang kecik 10 *,
  • Bawang putih 1 labu*,
  • Halia 1 inci sedikit*,
  • Kas-kas serbuk (1 sudu),
  • Gula melaka,
  • Kerisik,
  • Daun sup,
  • Bawang bulat.

Cara-cara :

  1. Goreng kesemua bahan yang bertanda* sampai kuning.
  2. Jika sudah siap digoreng, bagi sejuk baru kemudian blend bahan-bahan ini.
  3. Setelah siap blend, terus tuang bahan dalam kuali.
  4. Masukkan rempah dan kambing.
  5. Masak sehingga naik wangi dalam masa 20 minit.
  6. Bila sudah naik minyak dan wangi, masukkan kerisik, gula melaka, garam dan air 1 cawan. Masak dalam 5 minit.
  7. Masukan daun sup dan bawang bulat dalam 3 minit.
  8. Siap.

10. Resepi Perap Kambing

perap kambing

Imej via Facebook

Kalau mahu buat bakar kambing, mestilah kena perap dulu baru kick rasanya. Resepi perap kambing pula kena cari yang power punya. Seperti resepi perap kambing yan dikongsikan oleh Raja Amanina di laman Facebook. Selain untuk kambing, resepi ini boleh digunakan untuk perap daging atau ayam. Rasanya agak manis-manis sedikit rasa ala-ala satay.

Bahan Rempah Perapan Daging :

  • Bawang merah 5 ulas,
  • Bawang putih 5 ulas,
  • Halia 2 inci,
  • Serai 4 batang,
  • Jintan manis satu sudu kecil,
  • Sedikit lada hitam,
  • Cili giling @ cili kisar 3 sudu besar,
  • Rempah kari 4 @ 5sudu besar,
  • Asam keping 1 keping,
  • Daun pandan sehelai simpul,
  • Gula Melaka, guna gula biasa pun boleh.
  • Garam,
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Kisar bawang, halia, serai, jintan dan lada hitam hingga halus.
  2. Tumis bahan kisar sekejap.
  3. Terus masukkan serbuk kari, cili giling, daun pandan dan asam keping.
  4. Perasakan dengan gula dan garam.
  5. Masak hingga pecah minyak @ agak pekat.
  6. Perap kambing selama 1@2 jam. Lagi lama perap lagi sedap.

11. Resepi Nasi Arab Kambing

Imej via Facebook

Nasi arab antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Makanan budaya Timur ini digemari dalam kalangan rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada orang tua, muda bahkan anak-anak amat menyukai nasi arab. Resepi nasi arab kambing yang mudah sila ikuti resepi yang dikongsikan oleh Zueryna Zulkepli di laman Facebook di bawah ini. 

Bahan-bahan :

  • 1 kg beras @ 4 cawan beras basmathi,
  • 3 sudu makan minyak sapi,
  • 3 biji bawang besar dipotong dadu,
  • 3 biji bawang putih dicincang,
  • 10 tangkai daun ketumbar, bubuh lebih pun boleh.
  • 3 tangkai daun kari,
  • 3 helai daun pandan siat kecil-kecil,
  • 4 sekawan,
  • 3 sudu rempah nasi arab,
  • 1 ketul kiub ayam,
  • Kambing sekilo (basuh dengan tepung gandum),
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Tumis daun kari, bawang besar, bawang putih dan 4 sekawan sampai naik bau.
  2. Masukkan rempah dan sedikit air serta kiub ayam.
  3. Masukkan kambing dan masak sehingga agak kering (tutup periuk dan sekali sekala kacau).
  4. Masukkan air 5 cawan.
  5. Masukkan beras yang telah dibasuh dan toskan.
  6. Masukkan daun ketumbar yang dikerat kasar dan daun pandan dicarik. Kacau untuk ratakan.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Tutup periuk hingga nasi masak.

Resepi Sambal nasi arab

  • 6 biji tomato,
  • 3 biji bawang besar,
  • 10 tangkai daun ketumbar,
  • 3 biji cili merah (boleh lebihkan kalau ingin lagi pedas),
  • 3 sudu makan gula,
  • 1 ketul kiub ayam,
  • Garam secukup rasa,

Cara-cara :

  1. Blander semua bahan.
  2. Perahkan 4 biji limau nipis @ sebijik limau Sunkist.

12. Resepi Sup Kambing Ala Mamak

Imej via Facebook

Resepi sup kambing ala mamak sedap dikongsikan oleh Bunga Lavender di laman Facebook. Rindu akan sup kambing nasi kandar nun jauh di sana, boleh buat sup kambing sendiri

Bahan-bahan :

  • 1 kg tulang kambing campur isi,
  • 2 sudu besar minyak ghee,
  • 2 sudu besar minyak kelapa sawit,
  • 4 biji bawang merah*,
  • 1 labu bawang putih diketuk,
  • ½ labu bawang putih*,
  • 2 inch halia*,
  • 1 batang kayu manis,
  • 3 biji bunga lawang,
  • 5 biji buah pelaga,
  • 3 sudu kecil serbuk kunyit,
  • 2 biji kentang,
  • 1 packet kecil serbuk sup adabi,
  • 3 sudu besar rempah kurma adabi,
  • 1 sudu kecil biji lada hitam.

(Blend bahah bertanda *.)

Cara-cara :

  1. Perapkan tulang dan isi dengan serbuk kunyit.
  2. Rebuskan tulang dengan 1 labu bawang putih diketuk. Saya guna periuk high pressure cooker. Pastikan daging empuk.
  3. ‎Rebuskan kentang di periuk asing. Kemudian blend. Boleh blend dengan kulit atau kupas.
  4. ‎Panaskan periuk, masukkan minyak ghee dan kelapa sawit.
  5. ‎Tumiskan buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  6. ‎Masukkan bahan blend. Tumis sehingga pecah minyak.
  7. Tumiskan sekali rempah sup dan rempah kurma.
  8. ‎Kemudian masukkan air tulang dan isi.
  9. Renehkan sehingga menggelegak dan masukkan kentang dan lada hitam.
  10. Perasakan garam.
  11. ‎Siap. Boleh di hidang dengan roti atau nasi panas.
  12. Buat cecah kicap pedas dan potong limau nipis. Makin terasa sedap.

13. Resepi Daging Kurma

daging kurma

Imej via Facebook

Aisyah Mansor berkongsikan resepi daging kurma resepi mertua di laman Facebook. Resepi ini ialah anggaran satu ekor kambing. Selain untuk hidangan raya, daging kurma juga banyak disajikan untuk kenduri, akikah dan majlis-majlis agama lainnya.

Bahan-bahan :

  • Seekor daging kambing (anggaran 16 kg),
  • 7 biji kelapa (anggaran-ikut saiz kelapa),
  • Garam secukup rasa,
  • 1 paket (100gm) kulit kayu manis,
  • 1 paket (100gm) bunga lawang,
  • 1 paket (100gm) jintan manis,
  • 1 paket (100gm) buah pelaga,
  • 4-5 pek (220g) rempah kurma Faiza,
  • 10 ulas bawang merah – hiris,
  • 15 ulas bawang putih – hiris,
  • 7 inci halia- hiris,
  • 1 cawan minyak masak.

Bahan kisar :

  • 15 ulas bawang besar,
  • 18 ulas bawang putih,
  • 7 inci halia,
  • 18 biji buah keras – kuah jadi lemak,
  • Sayuran (untuk tabur selepas siap masak),
  • 4 tangkai cili hijau,
  • 15 biji ubi kentang,
  • 6 biji buah tomato – belah 2,
  • 6 biji bawang besar – belah 4,
  • Daun sup,
  • Daun pandan.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan masukkan rempah tumis bersama bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kurma (tidak bancuh dengan air) dan kacau dengan cepat. Masukkan sedikit air supaya tidak hangus. Terus kacau lagi.
  3. Masukkan daging serta air dan masak sehingga daging empuk.
  4. Ketika daging hampir empuk, masukkan ubi kentang.
  5. Siap dihidang.

14. Resepi Kari Kambing

kari kambing

Imej via Facebook

Suka makan kari kambing tapi kalau buat sendiri tidak berani takut tak sedap? Namun ‎‎Makcik Ratu‎ berkongsi resepi kari kambing di laman Facebook. Kena ikut resepi betul-betul supaya rasa enak rencahnya terasa.

Bahan-bahan :

  • 1 kilo mutton dalam peket dipotong kecil rebus dulu.

Sementara rebus daging sediakan bahan kisar :

  • 10-12 ulas bawang merah,
  • 6 ulas bawang putih,
  • 2 ruas jari halia,
  • Seruas jari lengkuas,
  • 15-20 cili kering rebus lembut dan kisar,
  • Sedikit air.

Bahan tumis :

  • 5 ulas bawang merah,
  • 3 ulas bawang putih,
  • Kulit kayu manis,
  • Cengkih,
  • Bunga lawang,
  • Daun kari.

Cara-cara :

  1. Tumis dulu bahan tumis sampai wangi dan garing jangan hangit.
  2. Masukkan cili kisar, goreng sekejap.
  3. Masuk bahan kisar. Gaul dan biar sedikit garing.
  4. Tambah 3-5 sudu besar serbuk kari daging. Tambah sedikit air.
  5. Gaul dan biarkan rempah masak dan berminyak. Guna api perlahan.
  6. Kemudian masukkan daging yang direbus tadi dengan airnya sekali. Masak lagi.
  7. Bila daging sudah mulai empuk, tambah ubi kentang.
  8. Masukkan sepeket kecil kerisik.
  9. Masukkan 2 kiub lembu.
  10. Masak lagi sehingga daging dan kentang empuk.
  11. Tambah sekotak kecil santan kotak.
  12. Tambah garam kalau kurang masin. Biar mendidih.
  13. Kalau kurang kuah tambah air. Kemudian perlahankan api.
  14. Biar kari berminyak. Tutup api.

15. Resepi Kambing Masak Kandar

Imej via Facebook

Resepi kambing masak kandar amat sesuai untuk sambutan maulidurrasul atau majlis kenduri. Kambing masak kandar sedap dimakan dengan nasi minyak dan keropok. Sekali makan hidangan kambing masak kandar mesti akan ketagih dibuatnya.  Resepi dikongsikan oleh Adinda Hady di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Kambing 2 ekor @ 30 kg,
  • Bawang besar 2 kg *,
  • Bawang putih 8 labu *,
  • Halia 1 cawan *,
  • Buah keras 30 biji *.
    (Semua bahan * ini dikisar halus).
  • Rempah kari daging 220 gram x 6 bungkus,
  • Serbuk cili 200 gram,
  • Kas2 1 senduk besar,
  • Kerisek 800 gram,
  • Serbuk jintan manis 100 gram,
  • Serbuk jintan putih 100 gram,
  • Sos cili 1 kg.
    (Semua bahan ini dibancuh dengan air).
  • 10 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar),
  • 30 pelepah daun kari,
  • 2 peket 3 sekawan,
  • Minyak 1 kg,
  • Kicap lemak manis (Jalen) secukupnya,
  • Garam secukupnya,
  • Cili hijau 30 biji di potong 2.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, masukkan daun kari, 3 sekawan serta bahan yang dikisar halus hingga naik bau dan sedikit garing.
  2. Masukkan pula bahan pes yang dibancuh dengan air tadi hingga pecah minyak, masukkan kicap dan lada hitam.
  3. Masukkan kambing kacaukan biar sebati dengan rempah-rempah tadi.
  4. Tambahkan air.
  5. Letak garam 3 peringkat, masa mula masak, pertengahan, dan akhir sekali hingga sesuai rasanya.
  6. Masakan ini sedap bila kuahnya menjadi agak pekat. (Jangka masa masakan ialah 2 jam atau sehingga kambing empuk.)
  7. Akhir sekali taburkan cili hijau yang telah dipotong-potong.Tutup api.

16. Resepi Nasi Kari Kambing Tin Adabi

Imej via Facebook

Ada perkongsian menarik daripada ‎Ila Syat‎ di laman Facebook. Masak kari kambing guna kari kambing dalam tin Adabi. Memang sangat menarik untuk dicubakan. Selain bahannya mudah dibeli juga penyediaannya amat senang. Boleh buat nasi kari kambing.

Bahan-bahan :

  • 3 cawan beras basmathi (kalau ada, kalau tidak ada guna beras biasa pun tidak apa),
  • 1 sudu butter (boleh guna minyak sapi),
  • 2 tin kari kambing Adabi,
  • ½ susu cair,
  • 4 cawan air
  • 1 biji bawang besar,
  • Rempah 4 sekawan,
  • 1 biji tomato dipotong dadu.

Cara-cara :

  1. Panaskan butter, masukkan rempah 4 sekawan dan bawang besar.
  2. Tunggu naik bau.
  3. Masukkan tomato.
  4. Kemudian, masukkan kari kambing, air dan susu cair.
  5. Akhir sekali masukkan beras. (Kalau guna beras Basmathi pastikan rendam dulu dalam 15-20 minit).
  6. Kemudian tutup periuk dan tunggu masak. Boleh terus alihkan dalam periuk elektrik.

17. Resepi Kambing Varuval

Imej via Facebook

Kambing masak varuval ama terkenal dalam kalangan bangsa india. Masakan ini menggunakan serbuk kari dengan serbu kerutuk sekali. Hidangan ini amat sesuai untuk jadi lauk makan tengahari. Resepi dikongsikan oleh Ida Alina Salleh di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 kg daging kambing (boleh guna yang ada tulang, urat-urat lagi sedap),

Bahan A :

  • 3 biji bawang besar,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 1 inci halia,
  • 2 inci lengkuas,
  • 1 inci kunyit hidup,
    (Blend bahan A)

Bahan B :

  • 1 sudu kecil jintan putih,
  • 1 sudu kecil ketumbar.
    ( blend kering)

Bahan C :

  • 1 peket serbuk kari (babas),
  • 1 peket serbuk kerutuk,
  • 1 peket serbuk cili (guna cili kering kisar pun boleh),
  • 1 biji kelapa@ santan ½ kg,
  • 2 biji kentang / 3 sudu besar kerisik.

Cara-cara :

  1. Tumis bahan A hingga terbit minyak.
  2. Masukkan bahan B.
  3. Kemudian masukkan bahan C, bancuh dengan sdikit air/ santan cair. Masak sehingga rempah masak dengan api perlahan.
  4. Baru masukkan daging/tulang kambing ditambah santan cair.
  5. Reneh dengan api perlahan sehingga daging betul-betul lembut.
  6. Akhir sekali masukkan santan pekat, kerisik, garam, aji dan jika suka boleh letak gula melaka (agak-agak ya).

‎ 18. Resepi Piaja Daging Kambing Utara India

Imej via Facebook

Piaja kambing resepi turun temurun asal dari utara india. Rasa dia tidak dinafikan lagi memang sedap. Sekali rasa boleh terlajak 2 pinggan. Sesuai dimakan dengan nasi atau roti/capati. Siapa ingin rasa macam makan restoran India, wajib cuba ini. Konfirm tidak mengecewakan. Resepi oleh Ain Aslem di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Daging 700 gram,
  • Bawang besar 6-7 biji (hiris),
  • Bawang putih 3-4 ulas (hiris),
  • Halia 1 cm (hiris),
  • Jintan manis 1 sudu kecil,
  • Jintan putih 1sudu kecil,
  • Cabai kering 10 biji (potong),
  • Lada hitam 10-15 biji,
  • Garam,
  • Air,
  • Minyak sapi 2 sudu besar,
  • Kayu manis, lawang, pelaga bubuh lebih.

Cara-cara :

  1. Tumis minyak sapi, kayu manis, lawing, pelaga dan bawang sedikit.
  2. Masukkan semua bahan dan air agak-agak menutupi daging.
  3. Rebus sampai tinggal air sedikit/kering.

19. Resepi Kambing Masak Hitam

Imej via Facebook

Menu seterusnya ialah kambing masak hitam. Lauk ini juga selalu dihidang untuk kenduri. Kambing masak hias khasnya dimakan dengan nasi minyak. Rasanya tidak pedas bahkan budak kecil umur 2 tahun boleh makan lauk ini. Resepi dikongsikan oleh ‎Sue Pojie‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 500 gram daging kambing/rusuk,
  • Kicap,
  • Sos tiram,
  • 10 biji bawang besar (5 blend, 5 mayangkan),
  • 5 ulas bawang putih,
  • 5@6 sudu cili mesin (ikut kepedasan anda),
  • Kulit kayu manis,
  • Bunga lawang,
  • Buah pelaga,
  • 1 kiub ayam,
  • Daun kari,
  • 1 ketul gula kabung/gula anau.

Cara-cara :

  1. Blend 5 biji bawang besar, bawang putih, kicap, sos tiram, cili mesin, tambah sedikit air jika perlu.
  2. Perap kambing selama ½ jam dengan bahan blend tambah sos tiram.
  3. Panaskan minyak, tumis 5 biji bawang besar bersama kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan daun kari.
  4. Jika sudah kekuningan, masukkan bahan perapan.
  5. Masukkan gula kabung. Reneh sampai mendidih dan daging empuk. Kepekatan kuah bergantung selera masing-masing.
  6. Bila sudah empuk dan cukup rasa. Boleh dihidangkan.

Nota :

  1. Resepi ini tidak guna garam sebab campuran kicap dan sos tiram sudah cukup rasa.
  2. Boleh gunakan bahan ini untuk daging lembu atau ayam.
  3. Kepada sesiapa yang guna pressure cooker set 12 minit sudah cukup untuk masak daging.

20. Resepi Masak Opor Kambing

Imej via Facebook

Masakan opor daging kambing sekilas macam masak kari. Namun ianya tidak sama. Opor menggunakan rempah semula jadi opor. Penggunaan air asam jawa dalam opor membuat rasanya makin berbeza. Resepi opor daging kambing dikongsikan oleh Shuhada Riduan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 50 gram rempah opor Puteri Ayu,
  • 1 kg daging kambing,
  • 1 cawan santan pekat,
  • 1 sudu kerisik,
  • 1 batang serai diketuk,
  • 1 labu bawang besar- belah 4,
  • Air asam jawa,
  • Gula dan nisan.

Bahan Kisar :

  • 5 ulas bawang merah,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 1 inci halia,
  • 1 inci lengkuas,
  • 3-5 sudu besar lada kering.

Bahan Tumis :

  • 3 ulas bawang merah,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 3 kumtum bunga lawing,
  • 2 kulit kayu manis.

Cara-cara :

  1. Tumis bahan-bahan tumis tadi hingga layu.
  2. Setelah layu masukan bahan kisar tadi hingga naik minyak.
  3. Boleh masukan rempah opor tadi tumis lagi dan boleh masukan daging, serai ketuk dan santan pekat tadi.
  4. Masak daging hingga betul-betul empuk.
  5. Boleh masukan kerisik, gula, nisan, garam, air asam jawa. Masak hingga kuah pekat.
  6. Akhir sekali masukan bawang besar potong 4 tadi dan sesuaikan rasa.

21. Resepi Bamia Kambing

Imej via Facebook

Teringin masak kambing dengan resepi yang menarik? Bamia kambing boleh dicubakan. Semestinya sekali cuba bamia kambing konfirm mahu lagi. Cara membuatnya senang dan simpel. Mari cubakan resepi bamia kambing oleh ‎Amelia Tamby Hussin di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 kg kambing kampung,
  • 400 gram bawang goreng,
  • Halia,
  • Cili kering yang direbus dan dikisar,
  • Sos tomato 2 botol.

Cara-cara :

  1. Rebus kambing di dalam periuk tekanan. Sekiranya tiada, rebus sehingga empuk dalam periuk biasa. Airnya simpan jangan di buang.
  2. Di kuali atau periuk yang berasingan, tumis halia kisar bersama sama cili. Ikut suka ingin pedas atau kurang pedas.
  3. Apabila sudah garing masukkan kambing.Kemudian masukkan sos tomato. Gaul dan biarkan mesra.
  4. Akhir sekali masukkan bawang goreng.
  5. Sejukkan, sedap dimakan bersama roti.

22. Resepi Daging Masak Merah

Imej via Facebook

Bukanlah anda penggemar daging kambing jikalau belum cuba daging kambing masak merah. Siti Saerah Mohammad Sharif berkongsi resepi daging kambing masak merah di laman Facebook. Cubala buat rasa macam masak merah daging kambing ala rumah kenduri.

Bahan-bahan :

  • ½ -1 kg daging kambing (dibasuh bersih dengan tepung).

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang kecil,
  • 2-3 biji bawang besar,
  • 6-8 ulas bawang putih,
  • 1 inci halia,
  • 5-7 biji buah keras,
  • 4-5 biji buah badam (kalau ada),
  • 6-8 biji buah kurma (dibuang biji).

Bahan Tumis :

  • 2-3 biji bawang merah dipotong,
  • 3-4 ulas bawang putih dipotong,
  • 1 inci halia dipotong,
  • 1 kulit kayu manis,
  • 2 bunga lawang,
  • Sehelai daun pandan.

Bahan Lain :

  • ½ tin tomato sup Kimball,
  • 2 sudu besar cili serbuk,
  • 1 sudu kecil rempah sup,
  • ½ tin susu cair,
  • 1 kiub pati ayam (kalau suka),
  • 1-2 sudu sos cili,
  • Gula dan garam.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak masak dan planta.
  2. Masukkan kesemua bahan tumis sehingga garing.
  3. Masukkan bahan kisar, cili serbuk, tomato sup, sos cili dan kiub pati ayam (tidak mau bubuh kiub pun tidak apa) masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan daging kambing dan masak lagi sehingga hampir kering.
  5. Masukkan susu cair agak-agak lebih kurang ½ tin.
  6. Masukkan sedikit air dan garam. Rasa dulu sebelum masuk gula sebab sudah ada buah kurma, takut nanti terlebih manis.
  7. Agak-agak kuah agak pekat, masukkan bawang besar potong, daun bawang dan daun sup.

23. Resepi Kambing Golek

Imej via Facebook

Kambing golek hidangan yang sentiasa digemari. Selalunya kambing goleng menjadi menu utama untuk rumah terbuka. Sila cuba resepi kambing golek untuk seekor kambing berat 15 kg. Resepi didatangkan daripada Khairul Haizal Mansor di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Minyak zaitun,
  • 1 liter madu,
  • 1 liter sos tiram,
  • 1 tin tomato puri,
  • 1 liter sos BBQ,
  • 1 liter sos blackpaper,
  • 5 labu bawang putih ditumbuk,
  • 4 sb lada hitam ditumbuk lumat,
  • 3 sb serbuk cili,
  • 2 sb rosemary,
  • 2 sb parsley,
  • 2 sb oregano,
  • 2 sb basil atau mix herb.

Kalau ingin lebih kaw lagi, campuran bahan-bahan perapan tradisional seperti :

  • Bawang merah,
  • Serai,
  • Halia,
  • Ketumbar.

Cara-cara :

  1. Campurkan bahan-bahan di atas dan lumur pada kambing. Biarkan semalaman.
  2. Lebihan sos perapan ini disimpan dan digunakan ketika memanggang kambing.

Tips: potong daging kambing slice by slice seperti BBQ dan celupkan sos perapan ketika membakar kambing.

24. Resepi Lamb Chop BBQ

Imej via Facebook

Jom kami tunjuk cara perapan kambing dengan lebih jelas. Macam ramai yang minat daging kambing. Hidangan ini sesuai sangat untuk makan santai bersama keluarga. Lagi sedap dimakan dengan sos blackpepper menjilat jari. Resepi dikongsikan oleh ‎Afy AL Habibi‎ di laman Facebook.

Bahan Perapan :

  • 4 senduk sos lada hitam,
  • 1 ½  senduk kicap lemak manis,
  • ½  senduk sos tiram,
  • 3 sudu besar mixed herbs.
  • (Satukan dalam bekas, kacau sebati semua bahan. Anggaran sukatan lebih kurang sahaja. Boleh ubah ikut kesesuaian citarasa).

Cara-cara :

  1. Celup daging kambing satu persatu.
  2. Sosej dan bebola boleh cucuk dengan lidi.
  3. Perap sehingga 5-6 jam.
  4. Sedia untuk digrill atas bara api.
  5. Balik-balikkan. Tidak perlu lama untuk kekalkan kelembapan daging.
  6. Akhirnya, hidangkan daging bersama kuah sos blackpepper.

25. Resepi Braised Lamb Shank (Kaki Kambing) Ala Secret Recipe

Imej via Facebook

Sedap dimasak apa ya? Ida Alina Salleh‎ masakkan braised lamb shank ala Secret Recipe, 5 jam dalam oven. Di hidang dengan mashed potatoes dan kacang buncis kukus sedap sangat.

Bahan-bahan:

  • Lamb shanks – 1 seorang kalau kaki belakang, 2 kalau kaki depan dan sedikit sangat dagingnya.
  • Sedikit minyak zaitun,
  • 1 biji bawang holland potong kasar,
  • 2 ulas bawang putih diketuk,
  • 2 carrots potong kasar,
  • 2 batang celery potong kasar,
  • 4 biji cendawan segar besar / 8 kecil,
  • 1 camca tomato puri,
  • ½ tin tomato dalam jus,
  • 500 ml stok lembu/ayam,
  • Garam, lada hitam, 5 bay leaves.

Cara-cara :

  1. Lumuri lamb shank dengan garam, lada hitam tumbuk segar dan tabur sedikit tepung.
  2. Panaskan minyak sedikit dan masak daging hingga perang. Tepikan dan habiskan lamb shank yang perlu diperangkan.
  3. Tepikan lamb shanks dan panaskan balik periuk yang sama, tumis semua sayur termasuk bay leaves. Apabila bawang dan carrot mula layu, masukkan cendawan.
  4. Masukkan tomato puri dan tomato dalam tin. Kacau rata, masukkan garam dan lada.
  5. Masukkan stok. Kacau dan Masukkan lamb shank tadi sedikit-sedikit.
  6. Masukkan kesemua lamb shanks, sayur dan kuah ke dalam bekas besar. Tutup dengan aluminum foil.
  7. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan pada 150 darjah celsius selama 4-5 jam hingga daging lembut dan boleh dilerai dengan sudu.

Resepi Lain

Resepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi kambing, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

 

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.