Sesiapa sahaja yang mengalami kulit sensitif perlu memastikan bahawa mereka menggunakan produk yang sesuai dengan kulit. Produk sunblock yang sebarangan mungkin akan memberi kesan ruam dan pelbagai masalah terhadap kulit mereka.

Bagi anda yang inginkan sunblock terbaik untuk kulit sensitif, ini adalah antara 15 sunblock terbaik yang boleh anda cuba.

1. Nalc Waterproof UV Protect

sunblock terbaik

Sunblock bagi kulit sensitif yang kalis air sepanjang hari sangat selesa di pakai. Nalc Perfect Waterproof UV Protect adalah antaranya. Ia dihasilkan menggunakan teknologi terkini yang mampu melindungi kulit wajah dari sinaran UVA dan UVB dengan kandungan SPF 50 PA ++.

Ia juga lengkap dengan sifat kalis airnya sesuai digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sunblock ini tidak berminyak atau melekit dan boleh digunakan sebagai asas wajah. Sunblock ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

2. Tatesnow Facebalm Vit E

sunblock terbaik

Kandungan vitamin E di dalam Tatesnow Facebalm Vit E dapat membantu merawat sekaligus menyembuhkan kulit rosak dan berjerawat. Sunblock ini berfungsi sebagai krim kecantikan tanpa perlu memakai foundation tambahan, concealer atau bedak compact.

Ia dapat memberikan perlindungan sehingga SPF 50 dan selamat digunakan kerana 100% bebas dari pengelupasan yang amat sesuai bagi mereka yang memiliki kulit sensitif.

3. V7 Sunscreen Whitening Spray

sunblock terbaik

V7 Sunscreen Whitening Spray merupakan sunblock yang dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UVA & UVB. Sunblock ini tidak melekit dan mudah menembusi seluruh kulit serta dapat melembabkan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut.

Ia boleh digunakan pada wajah dan seluruh badan. Menarik bukan? Tiada alasan lagi untuk kulit kering selepas ini.

4. Cetaphil Sunblock

sunblock terbaik

Cetaphil Sunblock dirumus khas untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif yang mengandungi SPF50. Sunblock ini kalis air dan boleh digunakan pada wajah dan seluruh badan. Ia menawarkan perlindungan UVA dan UVB.

Sunblock terbaik berjenama Cetaphil ini tidak berminyak, tidak melekit, tidak mengandungi wangian tiruan dan bebas paraben serta sangat mudah diserap ke dalam kulit dan menyuburkan kulit.

5. Innisfree

sunblock terbaik

Sunblock Innisfree adalah antara produk sunblock dari Korea yang mendapat sambutan terbaik di Malaysia. Kandungannya sangat sesuai untuk kulit sensitif dan boleh digunakan pada kulit bayi.

Apa yang penting, ia sangat mudah dibersihkan tanpa perlu melakukan ‘double cleansing’.

6. UH Whitening Sunscreen

sunblok terbaik

Keistimewaan sunblock ini adalah ia tidak hanya berfungsi sebagai sunblock tetapi juga sebagai krim penghalau serangga yang mengandungi Vitamin C Asid Hyaluronik, Lycopene Ungu dan ekstrak tumbuhan dari Jepun.

Ia juga dapat membantu memutihkan dan melembapkan kulit anda yang mengandungi SPF 45 – 50 yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

7. Babyganics Mineral-based Sunscreen

sunblock terbaik

Pasti ramai yang mencari sunblock untuk kulit sensitif yang sesuai untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Tahukah anda, sunblock Mineral BabyGanics ini kalis air dan mengandungi SPF 50.

Ianya mengandungi bahan seperti zink oksida, oktisalat dan titanium dioksida yang amat sesuai untuk kulit sensitif.

8. Skin Aqua Tone Up UV Essence

sunblock terbaik

Skin Aqua Tone Up UV Essence merupakan sunblock yang sangat sesuai untuk mereka yang aktif dan gemar dengan aktiviti luar. Sunblock terbaik ini mengandungi bahan seperti serbuk mutiara yang dapat menghalus dan menganjalkan kulit anda.

Selain itu, ia turut mengandungi SPF 50+ PA ++++ yang berupaya untuk melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB serta memberikan kesan lutsinar pada kulit.

9. Aqua Sunblock Cream

sunblock terbaik

Aqua Sunblock Cream adalah sunblock untuk kulit sensitif yang sesuai untuk kegunaan harian. Ia dapat membantu melindungi kulit anda dari sinar ultraviolet yang kuat dan dapat melembabkan kulit dari lapisan dalam.

Selain itu, sunblock terbaik ini dapat mengurangkan kesan debu halus yang boleh merosakkan kulit dan dapat melambatkan penuaan. Sunblock ini juga sangat sesuai digunakan pada wajah dan seluruh badan.

10. Biore UV Aqua Rich Watery Essence

sunblock terbaik

Biore UV Aqua Rich Watery Essence menggunakan Kapsul Mikro Aqua yang mengandungi bahan penyerap UV untuk pertahanan yang lebih kuat dan tahan lama.

Menariknya, sunblock terbaik ini tidak melekit dan berminyak. Diperkaya dengan Hyaluronic Acid dan Mix Citrus Essence sebagai pelembap agar kulit sentiasa terhidrat sepanjang hari dan sesuai untuk kegunaan harian.

11. 3W Clinic Intensive UV Sun Block

sunblock terbaik

Selain berfungsi sebagai sunblock terbaik untuk kulit sensitif, 3W Clinic Intensive Sunblock ini juga dapat digunakan sebagai foundation bagi alatan solek. Ini kerana ia dapat bertahan selama 12 jam.

Ia juga mengandungi ekstrak Mulberry Root, GInseng Merah dan Aloe Vera untuk melembapkan dan mencegah kulit kering. Kandungan SPF 50 PA ++ di dalamnya juga sangat baik untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.

12. Nutox Solar Protect

sunblock terbaik

Nutox Solar Protect SPF 45 PA ++ diformulasikan khas dengan blok spektrum cahaya matahari yang mampu melindungi kulit wajah dari sinaran UVA dan UVB.

Ia diperkaya dengan B’Nest Collagen dan Oxyfusion untuk memperkuatkan perlindungan kulit terhadap radikal bebas dan tanda-tanda penuaan pramatang. Sunblock ini juga amat sesuai untuk mereka yang mengalami kulit sensitif.

13. Nanowhite Omega Day Shield

sunblock terbaik

Sunblock Nanowhite Omega Day Shield ini dirumus khas dengan teknologi nano dan Omega White C yang berkesan. Fungsinya adalah untuk melindungi kulit wajah dari sinaran UVA dan UVB yang berbahaya dengan SPF 50 PA ++.

Kesannya tidak menyumbat liang pori malah dapat membantu melindungi kulit wajah daripada pembentukan pigmentasi. Sunblock ini sangat sesuai digunakan untuk wanita yang berumur 24 hingga 35 tahun.

14. Aveeno Baby Sunscreen Lotion With Zinc Oxide

sunblock terbaik

Sunblock terbaik untuk kulit sensitif dari Aveeno ini sangat sesuai untuk bayi yang berumur lebih daripada 6 bulan dan terutamanya bagi mereka yang mengalami kulit sensitif. Ia dilengkapi dengan kandungan oat untuk menyuburkan dan melembabkan kulit si anak-anak dan juga selamat digunakan oleh ibu-ibu yang hamil.

15. Neutrogena Sheer Zinc Dry Touch Sunscreen

sunblock terbaik untuk kulit sensitif

Selain mempunyai kulit sensitif, mungkin ada juga daripada anda yang menghidap ekzema. Sunblock dari Neutrogena ini dapat membantu mengatasi masalah anda.

Sunblock ini juga telah mendapat penghargaan daripada National Eczema Association Seal of Acceptance sehingga dipercayai selamat untuk penghidap ekzema. Ia sangat mudah digunakan. Formulanya juga kalis air dan peluh sehingga selama 80 minit.

Berikut adalah antara sunblock terbaik untuk kulit sensitif yang boleh anda cuba. Pasti berkesan! Jom baca juga serum terbaik, produk skincare dan serum terbaik untuk kulit berminyak.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.