Bagaimanakah cara untuk membezakan ubat yang membatalkan puasa dan ubat yang tidak membatalkan puasa?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat yang membatalkan puasa dan tips pengambilan ubat semasa berpuasa yang disarankan.
Jenis ubat yang tidak membatalkan puasa
Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai pada batas gegendang telinga).
Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkanya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung.
Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi, atau salur darah.
Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit.
Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut.
Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis.
Penggunaan ubat buasir yang memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa termasuk pada kawasan rongga yang dalam.
Rawatan yang tidak membatalkan puasa
Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan atau pembersihan gigi dan memberus gigi dengan siwak (tooth cleanser) dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedut rawatan tersebut.
Pendermaan atau pemindahan darah.
Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal.
Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung.
Pemeriksaan laproscop iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit.
Berkumur-kumur (termasuk berkumur-kumur secara gargle iaitu sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan.
Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ-organ lain untuk tujuan analisa makmal.
Menjalani rawatan blus setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat.
Jenis ubat yang membatalkan puasa
Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lebih atau penyakit paru-paru kronik.
Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.
Rawatan yang membatalkan puasa
Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal / faraj (vaginoscope), atau memasukkan jari oleh doktor atau jururawat yang melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita.
Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rektum untuk pemeriksaan.
Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman.
Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan urinaru catheter untuk rawatan sumbatan salur kencing).
Tips pengambilan ubat semasa berpuasa
Berpusa tidak menghalang pesakit untuk mengambil ubat berpandukan kepada keperluan mereka sehari-hari.
Namun semasa berpuasa, pengubahsuaian atau cara pengambilannya boleh disesuaikan mengikut dos dan waktu yang tepat.
Berikut adalah panduan umum yang berkaitan dengan pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa:
Jika arahan pengambilan ubat adalah…
Sebelum Makan
Selepas Makan
1 kali sehari
1 jam sebelum makan
Selepas bersahur atau selepas berbuka
2 kali sehari
1 jam sebelum bersahur
Selepas berbuka (sebelum mengambi menu utama) atau 2 jam selepas berbuka
Selepas bersahur dan selepas berbuka
3 kali sehari
1 jam sebelum bersahur, selepas berbuka (sebelum mengambil menu utama), dan sebelum tidur
Selepas bersahur, selepas berbuka, dan sebelum tidur (telah mengambil makanan terlebih dahulu)
*Bagi kekerapan 3 kali sehari, sila bincangkan dengan doktor untuk mengetahui sekiranya boleh mengubahsuai kekerapan pengambilan ubat kepada 2 kali sehari.
*Bagi kekerapan 4 kali sehari, ia bergantung kepada jenis penyakit. Perlu mendapatkan pandangan daripada doktor terlebih dahulu. Dinasihatkan untuk tidak berpuasa / menggunakan ubat alternatif sekiranya ada.
*Bagi pesakit diabetes yang mengambil suntikan insulin, dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan sebelum bulan puasa.
Selain dari ubat yang membatalkan puasa ini, anda juga boleh baca artikel agama kami yang lain berkenaan hukum hakam dan amalan seperti:
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.