Apakah doa naik gaji yang sesuai untuk dijadikan amalan harian dan dipermudahkan untuk mendapat rezeki?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa naik gaji khusus kepada anda di luar sana yang menanti dinaikkan gaji bagi tahun ini.

Gaji pun rezeki dari Allah?

doa naik gaji

Rezeki bukanlah sekadar gaji. Namun ramai ingat sebenarnya rezeki tu hanya dalam bentuk gaji berkerja.

Tidak kiralah dalam konteks bekerja sendiri ataupun dengan majikan. Salah sebenarnya sangkaan itu. Tidak semua orang ada gaji tetapi semua orang ada rezeki yang di aturkan Allah SWT.

Berikut adalah perbandingan antara gaji dan rezeki:

GajiRezeki
Dari majikanDari Allah
Ada jumlahTidak terduga
Besar tetap rasa kurangWalau kecil sering cukup
Tidak semua ada gajiSemua orang ada rezeki
Boleh dijangkaTak disangka-sangka
Boleh diukurTak terukur jumlahnya

Terdapat lapan jenis rezeki yang Allah cipta untuk kita. Antaranya adalah seperti:

  • Rezeki yang telah dijamin
  • Rezeki kerana usaha
  • Rezeki kerana bersyukur
  • Rezeki yang tak terduga
  • Rezeki kerana istighfar
  • Rezeki kerana kahwin
  • Rezeki kerana anak
  • Rezeki kerana bersedekah

Justeru, jelaslah di sini bahawa tidak semua orang ada gaji tetapi pasti semua orang ada rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Himpunan doa naik gaji dan dipermudah urusan

Terdapat beberapa contoh doa naik gaji yang boleh dibaca. Berikut adalah beberapa doa terpilih berserta dengan maksudnya:

Doa 1: Doa Naik Gaji

اَللَّهُمَّ يَاغَنِيُّ يَاحمِيْدُ يَامُبْدِئُ يَامُعِيْدُ يَارَحِيْمُ يَاوَدُوْدُ اَغْنِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَاكْفِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ وَصَلَّى الله عَلَى مُحَمَّدٍ وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Allaahumma yaa ghaniyyu yaa hamiidu yaa mubdi’u yaa mu’iidu yaa fa’aalun limaa yuriidu, yaa rahiimu yaa waduudu, aghninii bi halaaika ‘an haraamika wa bithaa’atika ‘an ma’shiyatika wa bi fadhlika ‘amman siwaaka

Maksudnya: “Ya Allah, Wahai Yang Maha Kaya, Wahai Yang Maha Terpuji, Wahai Yang Mulia, Wahai Yang Kembali, Wahai Yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Penyayang. Cukupkanlah kami dengan halal-Mu dari haram-Mu. Cukupkanlah kami dengan rahmat-Mu. dari selain-Mu. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. keluarga dan para sahabatnya.”


Doa 2: Doa Ketika Hendak Keluar Bekerja

بسم اللّه على نفسي ومالي وديني، اللّهمّ رضّني بقضاءك وبارك لي فيما قدّرلي حتّى لَا ٱحبَّ تعجِيلَ مَا أخّرت ولَا تأْخير ما عجّلتَ

Bismillahi ‘ala nafsi wa mali wa dini. Allahumma Raddhini bi qada’ika wabarik li fima quddira li hatta la uhibba ta’jila ma akhkharta wa ta’khira ma ‘ajjalta.

Maksudnya: “Dengan nama Allah, atas diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang reda (menerima ketetapan-Mu dan berkatilah aku dengan rezeki yang Engkau tentukan agar aku tidak tergesa-gesa meminta sesuatu yang Engkau tangguhkan, atau menangguhkan sesuatu yang Engkau ingin segerakan.“


Doa 3: Doa Mudah Bernegosiasi Naik Gaji

اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِّنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِّنكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Allahumma rabbanaa anzil alainaa maaidatan minassamaai takuunu lanna ‘iidalliawwalina wa akhirinaa wa aayatam minka warzuqna wa anta khoirur roziqin.

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami, yaitu bagi orang-orang yang sekarang bersama kami maupun yang datang setelah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau, berilah kami rezeki, dan Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki.”


Doa 4: Doa Dipermudahkan Urusan Bekerja

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil adhim

Maksudnya: “Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah.”


Doa 5: Doa Ketika Dapat Gaji

اَللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ ثَمَرِنَا وَبَارِكْ لَنَا فِيْ مَدِيْنَتِنَا وَبَارِكْ لَنَأ فِيْ صَاعِنَا

Allahumma Bariklana fi thamarina, wa Bariklana fi Madinatina, wa Bariklana fi saw’ina

Maksudnya: “Ya Allah, berkati hasil rezeki kami, berkati bandar kami, dan berkati punca rezeki kami.”


Doa 6: Doa Memohon Rezeki Halal dan Berkat

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَنَبِيِّ الرَّحْمَةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ عَدَدَ مَا أَحَاطَ به علمُكَ وَجَرَى به قَلَمُكَ وَنَفَذَ به حُكْمُكَ اللَّهُمَّ يَا مَنْ بَيَدِهِ حَزَائِنُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ يَقُولُ لِلشَّيْءٍ كُنْ فَيَكُونُ أَسْأَلُكَ اَنْ تُصَلِّيَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَأَنْ تُعَافِيَنِي مِنَ الدَّيْنِ وَتُغْنِنِي مِنَ الفَقْرِ وَأَنْ تَرْزُقَنِي رِزْقًا حَلَالًا واسعًا مُبَارَكًا فِيهِ وَانْتَقْضِيَ جَمِيْعَ حَاجَتِي وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Allahumma sholli ‘alaa sayyidina muhammad ‘abdika wa rasulika nabiyyir rahmati wa ‘alaa aalihii wa shahbihii wa sallama ‘adada maa ahaatha bihii ‘ilmuka wa jaraa bihii qalamuka wanafadza bihi hukmuka.

Allahumma yaa man biyadihii khazaa’inus samaawaati wal ardhi, wa man yaquulu lisyai’in kun fayakuun.

As ‘aluka antushalliya ‘alaa sayyidina muhammadin wa ‘alaa aali sayyidinaa muhammadin wa an tu’aafiyanii minad daini wa tughninii minal faqri wa an tarzuqanii rizwan halaalan waasi’an mubaarakan fiihii wa an taqdhiya jamii’a haajatii wa shallallahu ‘alaa sayyidina muhammadin wa ‘alaa aalihii wa shahbihi wasallam

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, seorang hamba dan juga Rasul-Mu, Nabi pembawa rahmat, dan kepada semua keluarga serta sahabatnya.

Limpahkanlah salam kesejahteraan sebanyak bilangan sesuatu yang berada di bawah pengetahuan-Mu dan sejalan dengan perjalanan pena-Mu dan sesampainya hukum-Mu karenanya.

Ya Allah, wahai Dzat yang Maha menguasai rahasia-rahasia langit dan bumi, wahai Dzat yang Maha menghendaki berkata kepada sesuatu dengan kun fayakun (jadi maka jadilah), aku memohon agar hendaknya Engkau melimpahkan rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, dan kepada semua keluarganya dan hendaknya Engkau menyelamatkan diriku dari hutang.

Hendaklah Engkau memberi kecukupan kepadaku dari kefakiran, dan melimpahkan rezeki kepadaku dengan rezeki yang halal lagi luas, mengandung keberkahan di dalamnya.

Hendaklah Engkau meluluskan semua hajat keperluanku dan semoga Engkau senantiasa melimpahkan rahmat dan salam kesejahteraan-Mu kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW dan semua keluarga serta para sahabatnya.”


Doa 7: Doa Dimudahkan Mendapat Rezeki

اللَّهُمَّ يَاغَنِيُّ يَا حَمِيْدُ يَا مُبْدِعُ يَا مُعِيْدُ يَا رَحِيْمُ يَاوَدُودُ أَغْنِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Allaahumma inni as’aluka an tarzuqanii rizqan halaalan waasi’an thayyiban min ghairi ta’bin wa laa masyaqqatin wa laa dhairin wa laa nashabin innaka ‘alaa kulli syai’in qadiir

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar melimpahkan rezeki untukku berupa rezeki yang halal, luas, dan tanpa susah payah, tanpa memberatkan, tanpa membahayakan, dan tanpa meletihkan dalam memperolehnya. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”

Selain dari doa naik gaji ini, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik seperti:

Sumber:

  1. Doa Ketika Dapat Gaji, Agar Bertambah Rezeki – JAKIM. eCentral
  2. Perbezaan Gaji dan Rezeki. Jabatan Penerangan Sabah
  3. Doa Murah Rezeki (Dalam Rumi) dan Amalan Menjemput Rezeki. Taqwa.my

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.