Apakah jenama ubat gigi kanak-kanak terbaik yang boleh anda pilih di pasaran hari ini?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda 8 pilihan jenama ubat batuk terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan sebelum membeli.

Kenapa kanak-kanak perlu gosok gigi?

Ada banyak alasan kenapa kanak-kanak sejak dari muda lagi perlu diberikan perhatian untuk mengosok gigi. Antara sebabnya adalah kerana untuk:

1. Mencegah kerosakan gigi

Menggosok gigi secara teratur membantu menghilangkan plak dan bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan gigi dan rongga. Plak adalah lapisan yang terbentuk pada gigi dan boleh merosakkan enamel gigi jika tidak dibersihkan.

2. Mengekalkan kesihatan gusi

Plak yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan penyakit gusi, seperti gingivitis. Menggosok gigi membantu menjaga kebersihan gusi dan mencegah keradangan dan pendarahan gusi.

3. Membentuk tabiat kebersihan mulut yang baik

Mendidik kanak-kanak untuk menggosok gigi dua kali sehari sejak kecil membantu mengembangkan tabiat kebersihan mulut yang baik yang akan mereka bawa hingga dewasa.

4. Mencegah nafas berbau

Kebersihan mulut yang baik membantu mencegah nafas berbau, yang boleh disebabkan oleh bakteria dan sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut.

5. Melindungi gigi susu dan gigi kekal

Gigi susu yang sihat adalah penting untuk perkembangan gigi kekal. Gigi susu yang rosak atau tercabut terlalu awal boleh menyebabkan masalah dalam penjajaran gigi kekal.

Bila usia yang sesuai untuk mula gosok gigi?

Berikut adalah garis panduan umum mengenai bila dan bagaimana untuk mula menggosok gigi anak-anak:

1. Sebelum gigi tumbuh

Sebelum gigi pertama bayi muncul, anda boleh membersihkan gusi mereka dengan kain lembut yang bersih atau kasa yang dibasahkan dengan air. Ini membantu menghilangkan bakteria dan membiasakan bayi dengan rutin kebersihan mulut.

2. Gigi pertama

Sebaik sahaja gigi pertama bayi muncul, biasanya sekitar usia 6 bulan, anda boleh mula menggosok gigi mereka.

Gunakan berus gigi bayi yang lembut dan saiz yang sesuai dengan kepala kecil dan bulu sikat yang lembut. Hanya gunakan sedikit ubat gigi berfluorida, sebesar biji beras.

3. Usia 1-3 tahun

Pada usia ini, teruskan menggunakan berus gigi yang sesuai untuk kanak-kanak dan sedikit ubat gigi berfluorida. Anda boleh menggosok gigi anak-anak anda dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum tidur.

4. Usia 3-6 tahun

Pada usia ini, anak-anak mungkin sudah boleh mula belajar menggosok gigi mereka sendiri dengan bantuan dan pemantauan daripada ibu bapa.

Picitkan ubat gigi berfluorida sebesar kacang pea. Pastikan mereka menggosok gigi selama dua minit dan ajar mereka untuk tidak menelan ubat gigi.

5. Usia 6 tahun ke atas

Pada usia ini, anak-anak sepatutnya sudah lebih mahir menggosok gigi mereka sendiri, tetapi masih memerlukan pemantauan untuk memastikan mereka melakukannya dengan betul.

Mereka boleh menggunakan berus gigi biasa dan jumlah ubat gigi yang sesuai dengan usia mereka.

Berikut adalah antara jenama ubat gigi kanak-kanak popular yang boleh dijadikan pilihan terbaik:

1. Pigeon Children Toothgel

Uniknya, Pigeon Children’s Toothgel ini dihasilkan bersama dengan Dr Rashid Tahir, Presiden Persatuan Persatuan Pergigian Pediatrik Singapura. Ia diformulasikan khas dengan Fluorida dan Xylithol serta mengandungi bahan gred makanan yang selamat untuk kanak-kanak.

Jangan Khuatir kerana ia mengandungi 1,000ppm fluorida yang disyorkan oleh pakar pergigian, jadi ianya selamat untuk melindungi gigi bayi berusia dari 1 tahun dan ke atas

2. Colgate Kids 0% Artificial Toothpaste

Colgate merupakan jenama yang tidak asing lagi di dalam industri ubat gigi.

Colgate Kids khas untuk anak yang berusia 0-9 tahun tanpa perisa tiruan, pengawet, pemanis dan warna. Ubat gigi ini juga mempunyai kadar flourida yang sesuai dengan usia.

Ia membantu melindungi gigi kanak-kanak daripada masalah kaviti dan menguatkan enamel gigi yang lebih lembut.

Rasa yang menyeronokkan seperti rasa strawberry akan memudahkan kanak-kanak bersemangat untuk memberus gigi dan membantu kanak-kanak melangkah ke senyuman sihat!.

3. Buds Children’s Toothpaste with Fluoride

Ubat gigi ini bebas bahan pengawet dan diformulasikan menggunakan bahan asal semula jadi dan bahan aktif tumbuhan untuk membersihkan dan melindungi gigi kanak-kanak dengan berkesan. Rasa peppermint akan membuatkan mulut kanak-kanak sentiasa segar dan wangi.

Tekstur ringan, produk ini diformulasikan menggunakan kombinasi pembersih yang dihasilkan secara semula jadi, jus daun Aloe Vera dan Silica untuk membersihkan gigi dengan sangat lembut.

Jus daun Aloe Vera juga dapat menenangkan gusi dan berfungsi secara sinergis dengan Asid Phytic yang berasal dari biji dan Xylitol yang berasal dari tumbuhan untuk memberikan pertahanan yang kuat terhadap rongga gigi.

4. Darlie Bunny Kids

Ubat gigi ini menampilkan maskot arnab comel yang menjadikan sesi memberus gigi sebuah pengalaman yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Rasa epal ubat gigi ini diperkaya dengan kalsium dan florida, menjadikan kanak-kanak bernafas dengan nyaman dan segar.

Tambahan lagi 80% kandungan bahanya adalah dari gred makanan, jadi ubat gigi ini dapat mengurangkan rasa tidak selesa memberus gigi dengan tahap buih yang rendah.

5. Oral-B Stages Olaf

 ubat gigi kanak-kanak

Ubat gigi Oral-B Stages Olaf adalah sebahagian daripada rangkaian produk Oral-B Stages yang direka khusus untuk kanak-kanak.

Ia mengandungi fluorida yang penting untuk mencegah kerosakan gigi dan menguatkan enamel gigi. Dos fluorida dalam ubat gigi ini adalah sesuai untuk kanak-kanak dan membantu melindungi gigi mereka daripada kaviti.

Ia menampilkan gambar Olaf, watak kegemaran dari filem Disney “Frozen,” untuk menarik minat kanak-kanak dan menjadikan waktu menggosok gigi lebih menyeronokkan.

6. Sunstar Gum Kids

Sunstar Gum Kids, merupakan jenama penjagaan mulut No.1 di jepun. Ianya menghasilkan tiga variasi ubat gigi kanak kanak yang berbeza.

Dengan gabungan bahan unik seperti isolmalt dan flourida membantu meningkatkan semula mineral gigi 4x lebih cepat untuk memberikan perlindungan tambahan menjadikan gigi kanak-kanak lebih kuat. Ianya juga mematuhi standard bahan kandungan yang dibenarkan

7. Glister Kids

 ubat gigi kanak-kanak

Ubat gigi kanak-kanak dari jenama Glister ini berfluorida anti-kaviti sesuai kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas. Dengan tekstur gel berperisa strawberi yang akan mendorong kanak-kanak memberus gigi manakala formulanya membantu menguat dan melindungi gigi dengan mencegah kaviti dan melindungi enamel.

Ianya juga membantu mengambil mineral semula jadi ke enamel untuk membantu menjadikan gigi lebih kuat dan lebih tahan terhadap kerosakan.

8. Pepsodent Kids Strawberry

Jaga kebersihan dan kesihatan gigi kanak-kanak dengan menggunakan Pepsodent Kids Toothpaste Sweet Strawberry.

Ubat gigi ini bukan sahaja mempunyai rasa enak strawberry yang disukai oleh kanak-kanak, malah memang dirumus khas dengan mengandungi fluorida, protein dan kalsium untuk melindungi dan menjaga gigi susu kanak-kanak supaya menjadi lebih kuat, sihat, mencegah gigi daripada berlubang dan menghilangkan plak.

Tips ajar anak-anak gosok gigi

Mengajar anak-anak untuk menggosok gigi boleh menjadi pengalaman yang positif jika dilakukan dengan cara yang betul. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu:

1. Jadikan rutin harian

Pastikan anak-anak menggosok gigi dua kali sehari, selepas sarapan dan sebelum tidur. Konsistensi akan membantu mereka membentuk tabiat yang baik.

2. Gunakan alat yang sesuai

Pilih berus gigi dengan bulu yang lembut dan saiz yang sesuai untuk mulut anak-anak. Pilih juga ubat gigi berperisa khusus untuk kanak-kanak yang mengandungi jumlah fluoride yang sesuai.

3. Jadikan diri sebagai “role model”

Anak-anak cenderung meniru apa yang mereka lihat. Jadi, gosoklah gigi bersama mereka. Tunjukkan teknik menggosok gigi yang betul seperti gerakan bulat dan membersihkan semua permukaan gigi, termasuk gigi belakang.

4. Buat aktiviti yang menyeronokkan

Jadikan masa menggosok gigi sebagai masa yang menyeronokkan. Anda boleh menyanyi lagu, menggunakan jam pasir atau aplikasi telefon yang menarik untuk mengira masa dua minit yang disarankan.

5. Beri pujian dan ganjaran

Berikan pujian apabila mereka menggosok gigi dengan betul. Anda juga boleh memberi ganjaran kecil seperti pelekat atau bintang untuk setiap kali mereka berjaya menggosok gigi tanpa bantuan.

6. Berikan pendedahan tentang pentingnya menjaga kebersihan gigi

Bacakan buku cerita tentang pentingnya menjaga kebersihan gigi atau tunjukkan video yang mendidik tentang kesihatan gigi. Ini boleh membantu mereka memahami mengapa penting untuk menjaga gigi mereka bersih.

7. Bawa berjumpa dengan doktor gigi

Bawa anak-anak ke doktor gigi secara berkala. Lawatan ini bukan sahaja membantu memastikan gigi mereka sihat, tetapi juga mengajar mereka tentang kepentingan penjagaan gigi dari usia muda.

Selain dari ubat gigi kanak-kanak ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan kesihatan gigi seperti:

Sumber:

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.