Apakah yang dimaksudkan dengan gigi bongsu? Dan adakah perlu kita cabut gigi bongsu apabila ia tumbuh?
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda secara lebih terperinci mengenai masalah yang sering menganggu kesihatan gigi kita ini.
Gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan.
Masalah keradangan gigi bongsu ini biasanya bermula pada umur 18 hingga 25 tahun kerana pada masa itu gigi geraham ketiga akan tumbuh.
Apabila rahang terlalu kecil dan tidak cukup ruang, gigi akan tumbuh dengan senget. Hal inilah yang akan menyebabkan bermacam-macam posisi keadaan yang terjadi.
Untuk memastikan sama ada kita mengalami masalah gigi bongsu atau tidak, pemeriksaan yang rapi perlu dilakukan oleh doktor gigi. Diagnosis gigi bongsu ini boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti:
Pada peringkat permulaan, doktor gigi akan memeriksa mulut pesakit bagi mengenal pasti jika masalah yang dialami itu melibatkan gigi bongsu atau tidak.
Sekiranya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan punca masalah atau kehadiran gigi bongsu, maka pemeriksaan radiograf x-ray akan dilakukan untuk menunjukkan gambar gigi 2D, dibawah tulang sekali dengan struktur disekeliling.
Bagi gambaran 3D yang lebih jelas, doktor gigi akan menggunakan imbasan CBCT X-ray. Cara ini menunjukkan skala dengan takrifan dan dimensi tepat tentang posisi saraf berdekatan gigi bongsu terimpak.
Imbasan CBCT ini memang jarang dilakukan dalam pergigian tetapi ia membantu untuk melihat data dan maklumat yang tepat khususnya bagi kes sukar.
Untuk kelegaan sementara, kita boleh mencuba petua ini:
Namun sekiranya, sakit di gigi bertambah teruk, segera dapatkan rawatan oleh doktor pergigian. Biasanya rawatan pembedahan akan diberikan untuk cabut gigi bongsu tersebut.
Setelah proses pembedahan, ada sesetengah pesakit yang akan mengalami ketidakselesaan dan kesan yang lain. Namun ke semua kesan ini tidaklah membahayakan dan bahkan ia normal bagi kita.
Antara kesan sampingan yang biasanya kita rasa dan tips untuk melegakannya adalah seperti:
Diharapkan informasi yang disampaikan kali ini mengenai cabut gigi bongsu dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
Selain dari info mengenai cabut gigi bongsu ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan gigi yang lain seperti:
Rujukan: