Gigi palsu atau denture adalah gigi yang dibuat dari akrilik (plastik), nilon atau logam untuk menggantikan gigi yang hilang. Justeru, bagaimanakah cara jaga gigi palsu ini dengan betul?
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara jaga gigi palsu untuk memastikan kebersihan gigi dalam keadaan baik dan bersih.
Sebab utama kita memakai gigi palsu adalah kerana untuk menggantikan semula gigi asli yang hilang atau ditanggalkan.
Ianya sangat penting bagi membantu kita menggunakan sepenuhnya fungsi gigi untuk memakan makanan seperti mengunyah dan menggigit dengan baik.
Selain itu, ia juga boleh membuatkan penampilan dan senyuman kita bertambah menawan.
Terdapat beberapa jenis gigi palsu yang boleh anda buat hari ini. Antaranya seperti:
Pentingnya menjaga kebersihan gigi agar ia kekal sihat dan dapat bertahan lama.
Gigi yang tidak dijaga boleh menyebabkan berlaku perubahan warna dan mempunyai bau yang tidak menyenangkan sekiranya dibiarkan berpanjangan.
Anda boleh melakukan beberapa cara jaga gigi palsu. Antaranya seperti:
Tanggalkan dan bersihkan gigi palsu anda dengan lembut setiap hari.
Rendam dan gosoknya dengan berus berbulu lembut dan pembersih gigi palsu yang sesuai untuk mengeluarkan makanan, plak dan mendapan lain.
Jika anda menggunakan pelekat gigi palsu, bersihkan alur yang sesuai dengan gusi anda untuk mengeluarkan sebarang pelekat yang tinggal.
Jangan gunakan pembersih gigi palsu di dalam mulut anda.
Pastikan anda tidak membengkokkan atau merosakkan plastik atau pengapit semasa membersihkan.
Pemakai gigi palsu dinasihatkan untuk makan makanan yang lembut secara perlahan-lahan.
Makanan perlu dikunyah dengan menggunakan kedua-dua bahagian gigi palsu (kiri dan kanan) jika boleh.
Hal ini agar keadaan gigi palsu sama rata dan tidak haus pada satu bahagian sahaja.
Tanggalkan gigi palsu anda pada waktu malam untuk memberikan sedikit kelegaan pada mulut anda.
Cara ini juga dapat mengurangkan anda dijangkiti risiko stomatitis gigi palsu atau radang paru-paru.
Sekiranya anda menggunakan produk pelekat pada gigi palsu, pastikan anda menggunakannya dalam kuantiti yang sederhana.
Walaupun anda memakai pelekat gigi palsu, jika gigi palsu anda longgar atau tidak stabil, pastikan anda berjumpa doktor gigi untuk membuatk pemeriksaan lanjut.
Doktor gigi boleh membantu memastikan kesesuaian gigi palsu anda yang sesuai untuk mengelakkan gelinciran dan ketidakselesaan, dan juga memeriksa bahagian dalam mulut anda untuk memastikan ia sihat.
Jumpa doktor gigi anda dengan segera jika gigi palsu anda longgar. Gigi palsu yang longgar boleh menyebabkan kerengsaan, luka dan jangkitan.
Lakukan scaling setiap enam bulan sekali di klinik untuk memastikan gigi palsu ada tidak berubah warna dan berbau.
Jika anda menggunakan pelekat gigi palsu , adalah penting untuk menggantikannya dengan kerap.
Pelekat gigi palsu boleh mengering dari semasa ke semasa dan menjadi kurang berkesan, jadi menggantikannya setiap enam bulan atau lebih adalah penting.
Gigi palsu perlu dibersihkan setiap hari setiap kali selepas makan atau sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembut dan ubat gigi.
Selain dari tip cara jaga gigi palsu ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan kesihatan seperti:
Sumber: