Kanak-kanak sering mengalami demam dan kebanyakkan tidak memberi kesan yang berbahaya. Umumnya, demam bukanlah satu penyakit tetapi lebih dikenali sebagai reaksi fasa akut badan (simptom) yang menunjukkan tindak balas imun badan anak kepada jangkitan yang biasa dialami oleh mereka. Rawatan kendiri di rumah boleh dibuat dengan memberikan anak ubat demam budak yang ada dijual di farmasi atau klinik.

Suhu badan anak tidak normal

Nilai julat suhuh bagi seseorang yang mengalami demam bersuhu rendah atau “low-grade fever” adalah sekitar 37.5OC sehingga 37.9OC. Manakala untuk demam bersuhu tinggi atau “high-grade fever” adalah ≥38OC dan ke atas. Julat suhu 37.4OC ke bawah pula menandakan seseorang itu tidak demam.

Pada suhu 40OC anak berisiko tinggi untuk mengalami sawan jika tidak dipantau dengan teliti. Di rumah, anda boleh gunakan alat-alat termometer yang banyak dijual di pasaran sama ada infra-red ear termometer ataupun non-contact temporal artery termometer.

Selepas memeriksa suhu dan memastikan anak benar-benar demam, kita boleh memberikan mereka ubat demam budak yang bertulis seperti paracetamol atau acetaminophen.

1. Panadol Chewable Fever Tablet

Jenama Panadol sudah sangat popular oleh masyarakat Malaysia baik orang dewasa mahupun kanak-kanak. Apa yang menarik tentang Panadol Chewable Fever Tablet ini adalah ia berbentuk tablet yang boleh dikunyah. Bagi anak yang sukar menelan ubat cecair atau sirap, ini adalah pilihan yang sangat sesuai dan baik untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun.

Ia berupaya memberikan kelegaan pada demam, sakit kepala, sakit dan demam yang disebabkan vaksinasi, sakit selepas prosedur pergigian atau cabut gigit, atau apa-apa kesakitan berkaitan gigi.

Bukan itu sahaja jenama panadol ini juga boleh dimakan tanpa air atau alat dos, lembut pada perut si kecil, dan yang paling penting bebas gula dan asid asetilsalisilik. Cara makannya mudah sahaja, berikan tablet tersebut kepada anak mengikut dos yang disarankan dan biarkan ia larut dalam mulut.

2. Uphamol 250 Children Suspension

Didatangkan dengan perisa oran dan buah-buahan yang sedap dan mudah ditelan, Uphamol 250 berupaya untuk melegakan kesakitan, demam, ketidakselesaan semasa pertumbuhan gigi, sakit kepala, sakit gigi, selsema, demam selsema, dan tindak balas badan terhadap vaksin.

Uphamol mengandungi bahan aktif iaitu paracetamol untuk melegakan badan yang bersuhu tinggi. Cara makannya mudah sahaja, goncang dahulu botol sebelum dibuka. Kemudian, sukat dengan alat dos penyukat yang dberikan dan suapkan kepada anak.

Disarankan untuk ambil 4 hingga 6 jam dan tidak melebihi 4 kali sehari atau lebih dari sukatan yang ditetapkan.

3. Hurix’s Fever & Cold Syrup for Children

Hurix’s jenama yang memang tidak asing lagi digunakan di Malaysia. Kerana kekerapan ia menjadi pilihan ramai menyebabkan jenama ubat ini mudah didapati di kedai-kedai kecil, stesen minyak, farmasi, mahupun kedai runcit. Hurix’s Fever & Cold Syrup for Children dapat membantu menghilangkan demam panas, dan rasa kurang selesa semasa anak tumbuh gigi.

Selain itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan selsema, sakit kepala, sakit tekak, dan sakit badan. Cara penggunaannya:

  • Kanak-kanak berumur 1-3 tahun: 5ml setiap kali
  • Kanak-kanak berumur 4-6 tahun: 10ml setiap kali
  • Kanak-kanak berumur 7-12 ahun: 15 ml setiap kali
  • Diminum 4 kali sehari selepas makan

4. Hoemal Paracetamol

Ubat demam budak yang seterusya adalah dari Hoemal Paracetamol. Sama juga ia mengandungi bahan aktif paracetamol yang bertindak sebagai analgesik ubat tahan sakit dan antipiretik. Ia membantu untuk melegakan sakit ringan atau sederhana termasuklah demam selsema, sakit gigi, dan simptom demam disebabkan virus influenza.

Dengan perisa blackcurrent yang sedap, pasti kanak-kanak diusia 6 tahun ke atas tidak ada masalah untuk makan ubat ini ketika demam. Cara makannya, ubat ini mestilah diambil selepas makan mengikut sukatan dan tidak perlu dicampur dengan air.

5. Axcel Paracetamol

Satu lagi jenama ubat batuk budak adalah Axcel yang mengandungi 250 paracetamol sama seperti Uphamol 250 tadi. Ia juga sesuai untuk melegakan demam dan selsema bagi kanak-kanak.

Ibu bapa yang mempunyai anak yang demam dalam lingkungan berusia 1 hingga 12 tahun boleh memberikan ubat ini dengan sukatan dos yang ditetapkan. Didatangkan dengan perisa oren memang kegemaran bagi semua kanak-kanak. Cara penggunaannya:

  • Kanak-kanak berumur 1-6 tahun: 2.5ml-5ml, 3 hingga 4 kali sehari
  • Kanak-kanak berumur 7-12 tahun: 5ml-10ml, 3 hingga 4 kali sehari

6. Progesic Syrup 250 Suspension

Progesic- 250 Suspension adalah jenama tempatan yang ada dijual di pasaran sebagai ubat demam budak. Didalamnya ada kandungan paracetamol 250mg/5ml yang sangat disarankan untuk melegakan demam panas dan demam disebabkan sakit gigi serta sakit kepala secara pantas.

Menariknya, ia didatangakan dengan peris raspberry-cherry yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Cara penggunaannya:

  • Kanak-kanak 1-5 tahun: 2.5ml-5ml setiap 4-6 jam
  • Kanak-kanak 6-12 tahun: 5ml-10ml setiap 4-6 jam

Semoga perkongsian mengenai ubat demam budak ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk mendapatkan ubat terbaik di pasaran.

Selain dari artikel berkenaan dengan ubat demam, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan kesihatan seperti:

Rujukan:

  1. Demam Pada Kanak-Kanak. The Diagnosa
  2. Jika Susah Beri Anak Makan Ubat, ibu Bapa Boleh Guna 8 Strategi Ini. SInar Harian

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.