Jika anda tahu bahan tertentu yang memberi kesan sangat baik untuk kulit, anda boleh menggunakannya untuk buat toner kulit DIY.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara buat toner kulit DIY sendiri di rumah.

Apa itu toner

toner kulit diy

Toner adalah salah satu produk perawatan kulit yang digunakan setelah proses pembersihan wajah dan sebelum penggunaan produk perawatan kulit lainnya seperti serum atau pelembap.

Biasanya, toner memiliki kepekatan yang cair dan boleh digunakan pada wajah menggunakan kapas atau langsung terus dengan tangan.

Jenis-jenis toner

Terdapat tiga jenis toner yang dijual di pasaran hari ini. Berikut adalah penjelasannya:

1. Hydrating toner

Ini adalah toner muka paling lembut yang mengandungi humektan seperti asid hyaluronik atau gliserin.

Kandungan dari hydrating toner ini adalah untuk memberikan kulit anda rangsangan yang cepat dari segi penghidratan atau penyegaran.

Hydrating toner ini bukan sahaja sesuai untuk semua jenis kulit termasuk normal, kombinasi dan berminyak. Tetapi ia juga sangat membantu untuk jenis kulit kering.

Lapisan penghidaratan tambahan yang terkandung di dalamnya mampu menormalkan kembali pH kulit dan menggebukannya.

2. Exfoliating toner

Toner jenis ini adalah rahsia untuk kulit berseri. Exfoliating toner biasanya mengandungi asid hidroksi atau enzim buah. Jenis exfoliating toner yang paling popular ialah toner asid glikolik dan toner asid salisilik.

Kelebihannya mampu meningkatkan pembersihkan dengan ketara. Ia menyingkirkan sel kulit mati pada lapisan atas kulit, menghilangkan kekeringan, kekusaman, dan kekasaran pada kulit.

Toner jenis ini memastikan pori-pori bersih dan mengurangkan keterlihatannya dari pelbagai masalah kulit.

Exfoliating toner sesuai untuk jenis kulti normal, kombinasi dan berminyak kerana ia boleh merengsakan kulit kering dan sensitif.

3. Treatment toner

Treatment toner dikatakan boleh untuk menyelesaikan masalah kulit tertentu. Ia biasanya dijual sebagai soothing toner, brightening toner, anti-aging toner, balancing toner, dan sebagainya.

Ia melakukan lebih daripada menghidratkan kulit kerana mengandungi bahan aktif yang kuat.

Contohnya seperti, brightening toner yang dirumuskan di sekeliling bahan untuk menghilangkan perubahan warna.

Cara buat toner kulit DIY

Terdapat beberapa cara buat toner kulit DIY mengikut jenis-jenis kulit muka setiap orang.

Toner untuk kulit sensitif

Jenis kulit ini mudah terdedah kepada kerengsaan dan kegatalan. Oleh itu menggunakan toner semulajadi yang dibuat di rumah adalah salah satu pilihan yang lebih baik. 

Untuk membuat toner untuk kulit sensitif, cari bahan dari tumbuhan-tumbuhan semulajadi.

 Berikut adalah dua cara buat toner kulit DIY yang anda boleh buat dengan mudah.

1. Toner aloe vera

Dikenali sebagai agen antioksida. Aloe vera bukan sahaja akan melembapkan kulit, tetapi juga akan memastikan kulit anda tenang dan menghalang sebarang jenis kerengsaan.

Cara membuat : Campurkan setengah cawan gel aloe vera dan air mawar. Pindahkan ke botol semburan atau bekas yang mudah untuk anda tuangkan dan gunakan dua kali sehari.

2. Toner timun

Satu lagi bahan sumber penghidrat adalah timun. Penggunaan toner ini akan mengelakkan semua masalah yang berkaitan dengan kulit sensitif.

Cara membuat : Parut sebiji timun segar dan ekstrak airnya. Tambah 3-4 sudu besar untuk gel aloe vera segal di dalamnya. Gaul rata dan pindahkan ke botol kedap udara, simpan di dalam peti sejuk untuk hasil terbaik dan gunakan dua kali sehari.

Toner untuk kulit kering

Menggunakan pembersih atau toner yang salah boleh memburukkan lagi keadaan kulit kering, terutamanya jika produk terlalu beralkali atau berasid. 

Dua daripada bahan yang paling menghidratkan dan lembut untuk merawat kulit kering ialah mawar dan vitamin E.

Berikut adalah dua cara buat toner kulit DIY yang anda boleh buat dengan mudah.

1. Toner mawar

Tahukah anda ekstrak mawar mempunyai keupayaan untuk mengekalkan keseimbangan pH semulajadi kulit anda? Selain daripada wangian yang menenangkan, bunga ini juga cukup menghidratkan dan sesuai untuk kulit kering.

Cara membuat: Dalam mangkuk, tambah satu sudu setiap air mawar dan ekstrak witch hazel (tanpa alkohol). Kemudian tambah satu sudu teh jus lemon segar. Gaul rata dan sapukan pada muka menggunakan pad kapas.

2. Toner vitamin E

Satu lagi bahan lembut dan penghidratan yang sesuai untuk kulit kering ialah vitamin E. Memasukkannya dalam rutin penjagaan kulit harian anda dalam bentuk toner akan memastikan kelembapan sepanjang masa dan mengelakkan tompok kering.

Cara membuat: Campurkan setengah sudu teh minyak vitamin E bersama-sama dengan satu sudu besar ekstrak witch hazel dan beberapa titis minyak pati lavender atau cypress untuk menyediakan toner ini.

Toner untuk kulit berminyak

Kulit berminyak terdedah kepada jerawat disebabkan oleh sebum berlebihan yang dihasilkannya. 

Membuat toner semulajadi menggunakan bahan-bahan yang melawan bakteria penyebab jerawat dan mengekalkan pengeluaran minyak di bawah kawalan adalah penting.

Berikut adalah dua cara buat toner kulit DIY yang anda boleh buat dengan mudah.

1. Toner lavender

toner kulit diy

Minyak lavender mengandungi ciri-ciri antibakteria dan antiseptik Kedua-duanya membantu dalam memerangi bakteria yang menyebabkan jerawat serta menghalang pengeluaran minyak berlebihan pada wajah.

Cara membuat : Ambil suku cawan cuka sari apel. Tambah setengah cawan teh yang dibancuh sejuk (sebarang teh herba akan berkesan). Dan kemudian tambah 10 titis minyak pati lavender. Gaul rata dan simpan dalam botol.

2. Toner tea tree oil

Sesiapa yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat, tea tree oil adalah sangat berkesan kerana sifatnya yang antibakteria.

Ia bukan sahaja mampu melawan jerawat tetapi juga membantu mengurangkan parut jerawat dan cela.

Cara membuat: Campurkan sedikit air dan cuka sari apel. Kemudian tambahkan beberapa titik tea tree oil. Goncang dan pindahkan ke dalam botol semburan untuk digunakan dua kali sehari.

Toner untuk kulit matang

Wanita dalam lingkungan 30-an dan 40-an yang telah mula mengalami tanda-tanda penuaan harus mencari bahan-bahan yang kaya dengan antioksidan untuk membuat toner DIY sendiri. 

Berikut adalah dua cara buat toner kulit DIY yang anda boleh buat dengan mudah.

1. Toner bunga raya

Sumber vitamin C adalah anti-penuaan yang hebat kerana ia membantu pembentukan kolagen apabila digunakan secara topikal. 

Kolagen pula bertanggungjawab untuk penyembuhan dan pembaikan kulit. Jika anda ingin menjadikan kulit anda kelihatan sihat dan muda, bunga raya boleh dimasukkan dalam rutin penjagaan kulit anda.

Cara membuat : Ambil secawan air panas dan biarkan satu uncang teh bunga raya meresap ke dalamnya selama 10 minit. Keluarkan beg dan biarkan air sejuk. Kemudian tambah setengah cawan jus aloe vera segar dan satu sudu air mawar. Gaul rata dan pindahkan ke botol semburan.

2. Toner teh hijau

toner kulit diy

Satu lagi bahan yang digunakan secara meluas dalam produk yang dirumus untuk kulit matang ialah teh hijau. 

Sifanta yang kaya dengan antioksidan, ia boleh meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kulit menua lebih awal.

Cara membuat : Sediakan secawan teh hijau seperti biasa dan biarkan ia sejuk. Kemudian tambah lima hingga enam titis tea tree oil ke dalamnya dan gaul rata. Pindahkan ke botol semburan dan simpan di dalam peti sejuk untuk kesan yang lebih baik.

Kepentingan pakai toner di muka

toner kulit diy

Penggunaan toner dalam rutin perawatan kulit harian memiliki beberapa manfaat yang penting.

Ia membantu anda membersihkan sisa kotoran, menyeimbangkan pH kulit, memperkuat perlindungan kulit, memberikan hidrasi tambahan, dan membantu mempersiapkan kulit untuk penyerapan produk perawatan kulit lainnya.

Selain dari cara buat toner kulit DIY ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan toner terbaik seperti:

Sumber:

  1. These Are The Best Homemade Toners For All Skin Types. My Glamm
  2. DIY Natural Tonr For Every Skin Type. Be Beautiful In

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.