Nak tak kalau kami kongsikan tips pilih botol susu terbaik untuk anak tersayang?
Apabila membeli barang untuk bayi, pastinya anda sangat teruja semasa memilih botol susu. Botol susu merupakan barang bayi yang wajib anda beli untuk menyusukan anak dengan susu perahan atau susu formula.
Sumber: Guesehat
BPA ialah nama singkatan bagi Bisphenol A iaitu sejenis bahan kimia yang biasa ditemui pada kebanyakan botol susu yang dijual di pasaran, terutamanya yang berharga murah. Fungsi BPA ialah untuk menjadikan botol susu keras serta bersifat jernih dan lutsinar. BPA akan keluar dari botol susu dan masuk ke dalam susu anak apabila anda memanaskan botol berulangkali, membasuh botol susu dengan air panas atau menggunakan botol yang sama untuk tempoh masa yang lama.
Botol susu yang mengandungi BPA sangat membahayakan kesihatan dan di antara risiko yang dihadapi anak yang menggunakan botol susu yang mengandungi BPA ialah:
Oleh itu, apabila membeli botol susu untuk anak, pastikan ianya bebas BPA dengan memeriksa label kitar semula pada botol susu. Botol susu yang mengandungi BPA biasanya ditanda dengan nombor 7 pada label kitar semula. Elakkan juga daripada membeli botol susu tanpa label “BPA Free”.
Semasa memilih botol susu untuk anak, pastikan anda memilih botol susu yang mudah untuk dicuci. Elakkan memilih botol susu yang mempunyai:
Terdapat pelbagai jenis puting susu di pasaran. Nak pilih yang mana satu? Kami cadangkan anda pilih puting susu yang rupa bentuk dan teksturnya hampir menyerupai puting payudara manusia bagi mengelakkan anak menolak untuk minum dari puting botol susu tersebut.
Di antara puting susu silikon dan lateks, yang mana satu lebih sesuai untuk dipilih? Pada kami, puting susu dari silikon adalah lebih baik berbanding lateks kerana:
Selain itu, anda perlu tahu aliran puting yang paling sesuai untuk anak anda. Terdapat 3 jenis aliran puting yang dijual di pasaran iaitu:
Kebanyakan botol susu yang dijual di pasaran Malaysia diperbuat daripada plastik dan kaca. Yang mana satu lebih baik dan selamat untuk anak anda? Jom kami buatkan perbandingan di antara botol susu kaca dan botol susu plastik:
Botol susu dijual dalam pelbagai saiz. Nak beli saiz yang mana satu? Tahukah anda:
Botol susu dan puting susu perlu ditukar dengan kerap. Botol susu perlu ditukar setiap 3 bulan, sementara puting susu perlu ditukar dengan lebih kerap terutamanya apabila anak anda sudah mempunyai gigi dan suka menggigit puting susu sehingga koyak.
Oleh itu, pilih botol susu dengan harga yang sesuai dengan bajet anda. Jangan sampai membebankan diri sendiri. Apa yang paling penting, anda pilih botol susu dan puting susu yang paling sesuai untuk anak anda.
Itulah dia 6 tips memilih botol susu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sebagai seorang ibu, anda perlu tahu beberapa aksesori menyusu yang perlu anda beli di samping botol susu. Di antara aksesori yang diperlukan ialah:
Semoga perkongsian kami pada hari ini bermanfaat untuk anda. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua bayi kembung, tips tummy time, dan tips penjagaan gigi bayi.