Pemakanan yang sihat menentukan kesihatan pergigian yang baik. Penjagaan gigi pula membantu ke arah pembentukan muka yang sempurna dan menyediakan ruang untuk gigi kekal tumbuh dengan teratur. Penjagaan mulut si kecil perlu dipraktikkan dari mula untuk dihindari daripada masalah pertumbuhan gigi.
Ibu bapa memainkan peranan penting mengasuh dan menggalakkan anak-anak dalam menentukan kesihatan mulut dan gigi mereka. Penjagaan gigi perlulah dilakukan dari peringkat kanak-kanak hinggalah mereka boleh memberus gigi dengan sendiri lebih kurang pada usia 6 tahun.
Gigi pertama tumbuh lebih kurang pada usia enam bulan sehinggalah kesemua 20 batang gigi susu tumbuh pada usia dua tahun setengah. Ibu bapa mesti memberi perhatian supaya tidak membiarkan anak mereka tertidur dengan botol susu.
Bagaimanakah cara untuk menjaha kesihatan mulut bayi?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips penjagaan rapi mulut si kecil. Info ini dikongsikan oleh Puan Sharipah Eyie. Beliau bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau rajin menjawab pertanyaan pengikutnya lebih-lebih lagi mengenai kesihatan di laman sosialnya.
1. Beri bayi minum air kosong selepas makan (flush mulut)
2. Lap gusi bayi dengan tuala yang bersih (buat bayi terbiasa parent ‘explore’ dalam mulut nya)
3. Perkenalkan berus gigi kepada bayi (hilangkan takut towards berus gigi)
4. Berus gigi (parents) bersama anak kecil. biar anak lihat parents juga praktik kan apa yang kita minta mereka buat.
5. Buat pemeriksaan mulut anak di klinik pergigian seawal usia 6bulan. (walaupun tiada gigi)
*5 tips sahaja untuk menjaga kesihatan mulut si kecil. Tips yang diberikan oleh puan Sharipah juga mudah untuk dilakukan oleh mana-mana ibu bapa. Ia hanya memerlukan masa dan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa.
Sebelum kita menyuruh anak untuk menjaga kebersihan mulut, sebagai ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik di hadapan anak-anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.