Anak ekzema dan infeksi kulit.
Bila anak yang memang ada ekzema disahkan mendapat infeksi staphylococcus, ia tidak berlaku tanpa sebab.
Antara sebab yang saya temui dikalangan pesakit adalah yang berikut :
1. Balik ke Kampung dan rumah kampung berhabuk, bilik lama tinggal .
2. Main dengan kucing yang ada kurap atau kudis.
3. Jatuh ke tanah dan luka
4. Ibu/ penjaga kemas bilik buang habuk bilik, punggah pekakas bilik yang sudah lama tidak berusik.
5. Bawa ke tempat permainan umum seperti dalam pasaraya .
6. Letak anak dalam kerusi bayi dipasaraya.
Tempat -tempat dan situasi begini kesemuanya memudahkan infeksi dengan staphylococcus atay streptococcus. Lebih lagi anak sudah ada kulit yang melecet disebabkan eczema maka mudahlah kuman ini jangkiti kulit anak.
Imej via thetimesinplainenglish
Antara langkah pencegahan adalah mandi secepat mungkin selepas terdedah kepada situasi yang saya sebut. Selepas mandi, sapu badan dengan bahan natural yang berseifat antiseptic seperti tea tree oil, calendula atau echinacea.
Awas minyak seperti tea tree perlu dicairkan dahulu dan beberapa titis sudah mencukupi maka boleh dicampur dengan krim lain.
Awas bila nak guna bahan sapu, pastikan bahan itu tidak berkuman. Ada pesakit saya yang dapat infeksi selepas pupuk daun gelengang atau daun sirih sebab batu tumbuk yang digunakan kotor. Ibarat dia lumur kuman ke kulit anaknya dan terus anaknya dapat infeksi yang teruk.
Jika nak kemas bilik yang berhabuk, guna kain basah yang sudah celup Kloroks ( Satu sudu besar dalam setengah baldi air ) supaya kuman akan mati dan habuk tidak terbang.
Jika guna vacuum cleaner, tutup bahagian yang keluar udara panas dengan kain basah atau guna vacuum cleaner yang ada air dimana habuk akan terperangkap dalam air .