Apakah tips beli baju raya bayi yang boleh ibu bapa praktikkan dalam menbuat pilihan yang terbaik?

Setiap ibu bapa pastinya inginkan seisi keluarganya khususnya anak-anak tampil bergaya dan menarik ketika menyambut Hari Raya. Si kecil pun tidak ketinggalan untuk merayakan sambutan ini.

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tips beli baju raya bayi lelaki dan bayi perempuan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

1. Pilih saiz yang betul

Tips pilih beli baju raya bayi yang pertama adalah pastikan saiz yang dipilih adalah betul iaitu mengikut rekaan khusus bayi dan umur.

Untuk mendapatkan ukuran yang tepat, anda perlu ukur bahagian bahu, dada, pinggang dan labuh baju serta kain.

Berikut contoh ukuran baju raya bayi berpandukan umur bayi anda:

Saiz BajuUmur
001 bulan – 6 bulan
06 bulan – 12 bulan
11 tahun
22 tahun
33 tahun
44 tahun – 6 tahun
57 tahun – 9 tahun
610 tahun – 11 tahun
712 tahun
813 tahun ke atas
913 tahun ke atas

Pastikan bayi anda tidak memakai pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar. Ini kerana pakaian yang ketat akan menyebabkan mereka mudah berpeluh manakala pakaian yang longgar akan menyukarkan mereka bergerak.

2. Pilih warna yang “match” dengan ibu bapa

Bila sebut mengenai baju raya keluarga, tema warna “sedondon” adalah penting untuk anda tekankan semasa membuat pilihan.

Antara tema warna yang sesuai bagi kanak-kanak adalah warna yang terang dan ceria seperti warna baby blue, ungu, merah jambu, hijau, atau warna-warna pastel yang lain.

Jika anda memilih baju yang bercorak pula, pastikan corak baju tersebut tidak melebihi dari tiga warna.

3. Pilih kain yang selesa

Sama ada baju raya bayi lelaki atau baju raya bayi perempuan, kedua-duanya perlu mempunyai fabrik yang selesa dan sesuai untuk cuaca panas supaya mereka boleh bergerak aktif dengan bebas dan mudah.

Fabrik cotton, linen, satin, rayon, buluh, fleece, wol, dan viscose adalah contoh jenis fabrik yang sesuai untuk dipakai ketika Hari Raya.

Pemilihan fabrik ini juga penting kerana kulit bayi sangat sensitif untuk mengelakkan berlakunya iritasi.

4. Beli baju raya lebih

Kalau anda ada bajet lebih, boleh sediakan beberapa pasang baju raya untuk bayi anda sebagai persediaan sekiranya berpeluh, basah, atau kotor ketika menukar lampin.

5. Beli seluar yang warna plain

Untuk bayi lelaki, anda boleh sediakan seluar yang berwarna plain seperti biru jeans, hitam, atau nude bagi membolehkan ia dipandankan dengan pelbagai jenis baju selain baju melayu.

6. Pilih design yang simple 

Sebaiknya, untuk tips jenis baju raya bayi yang selesa anda perlu pilih design pakaian yang ringkas dan tidak “serabut”.

Misalnya untuk memilih gaun pada bayi perempuan, pastikan panjangnya tidak melebihi paras lutut.

Ini untuk mengelakkan gaun terselak tinggi dan menampakkan lampin bayi atau seluar dalam yang mereka pakai.

Untuk pemilihan baju melayu lelaki pula, anda boleh pilih rekaan seluar atau baju yang disekalikan dengan samping.

7. Pakaian yang mudah dibuka 

Pakaian yang mudah dibuka akan memudahkan anda untuk menukar lampin atau membawa bayi anda keluar dari bilik air.

Bayi sering buang air kecil serta buang air besar jadi akan sering menanggalkan dan memakai, maka pilihlah pakaian yang mudah dipakai serta mudah dilepas.

Selain dari tips beli baju raya bayi ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan pemakaian seperti:

Sumber:

  1. How To Save Money On Baby Clothes (15 Tips). Frozen Pennies
  2. Tips Memilih Baju Lebaran untuk Bayi. Pop Mama

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.