Kebahagiaan hakiki sukar dikecapi jika salah seorang atau kedua-duanya menimbulkan masalah. Masalah biasanya berlaku disebabkan sikap atau tingkah-laku pasangan itu sendiri. Walau bagaimanapun, kebahagiaan boleh dinikmati jika mereka benar-benar tahu cara untuk mendapatkan kebahagiaan tersebut.

Pakar motivasi negara, Dr. Fadzilah Kamsah ada berkongsi tips untuk bahagia dalam hubungan perkahwinan. Dipersembahkan tips bahagiakan pasangan

Datuk Dr Fadzilah Kamsah

Berikut lima tips bahagiakan pasangan yang dikongsikan:

  • Doa yang berterusan
  • Banyakkan pujian dan senyuman kepada pasangan
  • Murah dengan belaian kasih sayang dan sentuhan mesra
  • Berfikiran terbuka dan saling bertolak-ansur
  • Sentiasa bermaafan sebelum tidur

5 Tips Bahagiakan Pasangan

#1 Doa yang berterusan

Tidak dinafikan doa turut memainkan peranan dari sudut dalaman iaitu hubungan yang berkaitan dengan-Nya. Amalkanlah doa dalam setiap saat, bukan sahaja ketika selesai solat.

Cukuplah menerbitkan rasa di hati untuk mendoakan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Nescaya hari-hari yang dilalui pasti akan dipenuhi keberkatan dan seterusnya menjadikan hubungan bersama pasangan kekal bahagia dan ceria.

#2 Banyakkan pujian dan senyuman kepada pasangan

Pujian boleh meningkatkan keyakinan, membuatkan hati pasangan semakin berbunga. Di saat diri dipuji, ianya membangkitkan kasih sayang dan keghairahan terhadap pasangan.

Tiada insan yang tidak suka apabila dipuji. Tapi awas! Pastikan jangan berlebih-lebih dalam pujian. Mungkin pasangan menganggap anda mempermainkan dia pula. Senyuman lebar seikhlas mungkin dari hati juga akan meningkatkan cas positif kepada diri dan juga pasangan. Apabila positif bertemu positif, sudah pasti hasilnya juga positif.

#3 Murah dengan belaian kasih sayang dan sentuhan mesra

Belai, usap dan sentuh pasangan anda dengan penuh kasih sayang dan mesra. Isteri biasanya amat mendambakan sentuhan manja dan mesra daripada suaminya. Layanlah pasangan anda dan cuba penuhi segala keinginannya. Hal ini akan membuatkan hati anda dan hati si dia semakin bertaut erat. Ini tips bahagiakan pasangan paling utuh.

#4 Berfikiran terbuka dan saling bertolak-ansur

Berfikiran terbuka bermaksud setiap pasangan perlulah menerima sebarang saranan, nasihat atau cadangan daripada pasangan dengan fikiran yang matang dan penuh berhemah. Jangan sesekali bersikap diktator atau ‘queen control‘ dalam keluarga. Langsung tidak menerima pendapat pasangan dan beranggapan hanya dia seorang yang betul.

Sikap sebegini tidak harus ada jika anda inginkan kebahagiaan. Jika berlaku perselisahan atau pertelingkahan, amalkan sikap bertolak-ansur dan cubalah untuk memahami kehendak dan keperluan masing-masing. Elakkan bersikap mementingkan diri sendiri.

#5 Sentiasa bermaafan sebelum tidur

Sepanjang hari, sudah pasti akan ada sesuatu yang berlaku kepada kita dan pasangan. Mungkin ada salah silap yang tidak kita sedari. Mungkin pasangan anda berkecil hati, namun hanya tersimpan di lubuk hati.

Inilah masanya untuk anda saling memaafkan. Amalan remeh seperti ini jika sentiasa diamalkan sudah boleh memberikan impak yang besar kepada hidup anda. Yang paling penting, hari anda akan berakhir dengan baik dan sudah pasti keesokannya akan lebih berseri.

Semoga tips bahagiakan pasangan hari ini bermanfaat. Jemput juga baca artikel hadiah untuk suami dan pickup line terbaik untuk suami

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.