Tawau bukanlah destinasi perlancongan yang popular di Malaysia. Kalau kami minta anda berikan satu tempat menarik di Tawau, pasti anda tak dapat bagi jawapan.
Betul tak? Yang sebenarnya terdapat banyak destinasi menarik di Tawau. Jom kami kongsikan 21 tempat menarik di Tawau yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.
Tawau sememangnya terkenal sebagai pengeluar utama koko di Malaysia. Di muzium ini ada diceritakan sejarah bagaimana Tawau menjadi pengeluar utama koko. Selain sejarah, muzium ini juga ada mempamerkan proses pengeluaran dan pengilangan koko. Anda berpeluang melihat proses penghasilan koko dari seawal dipetik sehingga menjadi coklat kegemaran ramai. Menarik kan?
Bagi pencinta coklat, anda boleh membeli pelbagai coklat di sini. Di antara yang menarik di sini ialah jem koko dan minuman koko.
Pasar Tanjung Tawau adalah bangunan pasar terbuka empat tingkat antara yang terbesar di Malaysia. Memandangkan Tawau bersempadan dengan Indonesia (Sungai Nyamuk, Nunukan, Tarakan) banyak barangan dari Indonesia diperdagangkan di pasar ini. Kuih-muih dan makanan yang dipamerkan di pasar ini dipek dengan kemas. Di antaranya ialah kuih bangkit bugis (bangkek), baulu gula merah, amplang, kerepek pisang sekaki, gajus, belinju, gula merah dan lain-lain.
Pasar ikan yang menjual makanan laut dengan harga murah terletak di belakang Pasar Tanjung, sementara UTC Tawau berada di atas pasar ini.
Taman Bukit Tawau atau Tawau Hill Park merupakan destinasi yang wajib anda kunjungi jika sampai ke Tawau. Taman Bukit Tawau terletak banjaran Brassey telah diwartakan menjadi Taman Taman Sabah (Sabah Park) pada tahun 1979. Ianya terletak 22 kilometer dari bandar Tawau iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan darat. Taman Bukit Tawau adalah pusat ekoperlancongan dan menjadi habitat flora dan fauna yang unik.
Bagi yang sukakan aktiviti outdoor seperti jungle trekking dan bird watching, anda wajib pergi ke Meliau Basin. Di sini terdapat 12 jenis hutan. Jika anda memilih untuk berjungle trekking di sini, anda akan sampai ke puncak Air Terjun Meliau Basin yang mempunyai 7 tingkat. Pemandangannya, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Anda kena pergi sendiri untuk merasainya.
Bagi pencinta alam sekitar, satu lagi tempat wajib anda singgah ialah Hutan Simpan Bukit Gemok. Bukit Gemok merupakan salah satu Hutan Simpan yang boleh dikunjungi dan mempunyai keluasan seluas 445 hektar dan ketinggian 428 meter dari paras laut. Terletak kira-kira 20 minit jika memandu dari bandar Tawau di Jalan Merotai.
Terdapat juga Jalan di Kanopi iaitu Titian Silara sepanjang 231 meter panjang dan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak sejauh 1 kilometer. Permandangan seluruh bandar Tawau dapat dilihat dari atas puncak bukit. Ia merupakan permandangan yang amat cantik.
Jalan masuk ke Bukit Gemok dikelilingi dengan pokok kelapa sawit, pokok getah serta pokok koko. Ketika menaiki Titian Silara, ia dikelilingi dengan pokok-pokok tropika.
Central Market Tawau juga dikenali dengan nama Pasar Gantung yang menjual pelbagai barangan perhiasan dan kraftangan seperti perhiasan dari mutiara atau kraftangan dari siput-siput laut dari daerah Semporna. Kalau anda nak membeli barangan cenderamata, bolehlah shopping di sini.
Bagi yang pernah ke Balung River Eco Resort Tawau, pusat percutian itu menawarkan pakej percutian unik berbanding dengan resort-resort lain di negara ini. Selain menawarkan penginapan selesa kepada pengunjung, Balung River Eco Resort juga mengusahakan tanaman pertanian di resort berkenaan di kawasan seluas 1,295 hektar.
Antara tanaman yang diusahakan adalah kelapa sawit, koko, kopi, kayu jati, serai, pandan, gaharu dan pelbagai jenis ulam serta buah-buahan seperti buah naga, ciku, manggis, limau dan lada. Lebih menarik, bagi kaki pancing mereka dibenarkan melayan joran di kolam buatan khas di situ.
Jika anda sampai ke Tawau, anda wajib bergambar dengan Menara Jam Loceng Tawau.
Di antara tempat bersejarah di Tawau ialah monumen Menara Loceng yang dibina pada tahun 1898. Monumen di pinggir Padang Bandaran Tawau yang dahulunya terletak berhadapan dengan Pejabat Residen Inggeris yang kini tapaknya menjadi pejabat Pos 2020. Menara loceng yang berusia lebih 100 tahun ini adalah monumen paling lama pernah wujud di Tawau dan menjadi bukti sejarah kewujudan Tawau dan pemerintahan Inggeris di Tawau sebelum kemerdekaan Sabah bersama Malaysia.
Tempat bersejarah di Sabah ini adalah kawasan perkuburan tentera Jepun yang terkorban semasa perang dunia kedua. Tugu Peringatan Tentera Jepun dan tapak perkuburan ini selalu menerima kunjungan saban tahun dari warga-warga Jepun yang mempunyai hubungan tali kekeluargaan dengan mereka yang dikebumikan di tapak perkuburan itu. Tempat ini sebenarnya menjadi bukti yang Tawau pernah menjadi sebahagian mangsa kekejaman tentera Jepun. Mendiang Stephen Tan (pemimpin bangsa Cina di Tawau) dan Allahyarham Habib Hussein (pemimpin masyarakat Melayu di Tawau) adalah sebahagian mangsa kekejaman pemerintahan tentera Jepun. Nama-nama kedua pemimpin berjasa yang dibunuh tentera Jepun ini telah diabadikan pada dua buah jalan utama di bandar Tawau pada ketika ini.
Tempat bersejarah di Sabah ini dibina pada tahun 1969 sebagai monumen memperingati kehilangan 11 perajurit negara yang terkorban ketika peristiwa konfrontasi Indonesia-Malaysia.
Street art sememangnya semakin popular di Malaysia. Tidak ketinggalan juga di Tawau. Jika anda sukakan street art, jangan lupa untuk berkunjung ke Tawau Street Art di Bangunan Majlis Perbandaran Tawau, bersebelahan dengan HSBC Bank Tawau.
Di sini terdapat batu unik batu-batu yang terbentuk dari lava gunung berapi. Columnar Basalt adalah batuan igneus jenis ektrusif terbentuk daripada penyejukan lava basalt yang terdedah sangat dekat dengan permukaan planet atau bulan. Menariknya apabila setiap saiz batu bulat-bulat lebih kurang sama saiz dan membentuk seperti tangga di tebing sungai.
Antara daya tarikan utama pengunjung ke taman yang jauhnya lapan kilometer dari bandar Tawau ini ialah penyediaan beberapa petak kolam air panas untuk mandi atau merendam kaki mengikut cita rasa anda sendiri.
Petak-petak kolam air panas berkenaan mempunyai kepanasan berbeza iaitu antara 30 hingga 60 darjah selsius dan sesuai untuk orang dewasa atau kanak-kanak berendam di dalamnya, yang dipercayai baik untuk kesihatan termasuk kulit.
Selain mandi air panas, anda juga boleh menikmati kesegaran udara hutan kecil berhampiran yang diliputi dengan pokok kayu tropika selain pelbagai jenis bunga- bungaan yang indah. Itulah dia 11 tempat menarik di Tawau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Kalau anda pergi ke Tawau, jangan lupa untuk singgah di lokasi yang kami senaraikan di atas.
Anda juga boleh berjoging di trek joging yang disediakan dan jika terasa letih dan ingin berehat boleh singgah di lebih 20 pondok rehat yang disediakan. Harga:
Teringin nak pergi ke gunung berapi? Di Tawau pun ada. Anda boleh pergi ke Gunung Berapi Bombalai. Berkedudukan pada ketinggian 530 meter di atas paras laut, anda cuma perlu mengambil masa satu jam untuk sampai ke atas. Dari puncak gunung ini, anda akan dapat menikmati pemandangan Lautan Sulawesi dan seluruh Pekan Tawau.
Untuk kaki hiking, Air Terjun Bukit Gelas adalah destinasi wajib untuk anda lawati jika pergi ke Tawau. Ianya terletak di Taman Bukit Tawau. Bayaran masuk ialah RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk 18 tahun ke bawah bagi warganegara. Jika anda pelancong dari luar Malaysia, bayarannya ialah RM10 dewasa dan RM5 untuk 18 tahun ke bawah.
Air Terjun Teck Guan terletak di Bukit Quinn, Tawau. Apa yang menarik, jumlah air yang melalui air terjun ini boleh dikawal oleh pekerja ladang di kawasan tersebut. Kalau kawasan tadahan air ( empangan ) dibuka, maka banyaklah air yang lalu di air terjun ini. Meriah. Tapi kalau musim kemarau atau empangan tak dibuka, air terjunnya akan kecil sahaja. Namun pemandangan di sini tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Airnya sangat sejuk, seronok untuk bermandi-manda.
Taman tema air ini terletak di Jalan Hotspring dan berdekatan dengan Taman Rekreasi Air Panas Tawau. Bayaran masuk ialah RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Anda akan dapat kupon makanan bernilai RM10. Warga emas 60 tahun ke atas masuk dengan percuma.
Kolam di sini sangat sesuai untuk kanak-kanak. Anda tak perlu risau kerana kedalamannya cuma separas lutut orang dewasa. Makanan di sini boleh tahan sedapnya. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan yang dijual di restoran di sini.
Rumah api ini dibina pada tahun 1916 oleh orang British dan masih digunakan untuk membantu kapal-kapal masuk ke daerah Tawau sehingga tahun 2007. Rumah api yang unik dan bersejarah ini terletak di sebelah Sungai Kinabutan Besar. Struktur yang mempunyai ketinggian sebanyak 9 meter ini dibina oleh syarikat Chance Brothers and Co, iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di Birmingham, England.
Rumah api ini telah dibaikpulih sebagai warisan sejarah dareah Tawau pada tahun 2011. Kalau tangkap gambar disini, memang cantik. Lagi-lagi kalau pakai kamera DSLR. Sangat nostalgia.
Kalau anda datang ke Tawau membawa anak-anak kecil, memang sesuai sangat melawat ke sini. Mini Zoo Yuk Chin terletak di belakang sekolah SJKC Yuk Chin, Tawau. Kami sendiri pernah melawat zoo berkenaan, dan ianya memang menarik. Banyak haiwan seperti burung merak, arnab dan macam-macam lagi terdapat di dalam zoo itu.
Anda juga boleh menangkap gambar yang cantik berlatar belakangkan patung-patung dinosaur besar yang ada di dalam zoo berkenaan. Lokasi dari bandar hanya 8 minit sahaja. Memang seronok tempat ni. Ohsem!
Ini adalah tempat yang paling happening di Tawau setiap hari Ahad. Kalau datang ke Tawau memang tak sah lah kalau tak ke tempat ni. Pasar Minggu ini terletak di perkarangan Pertama Commercial Complex, atau lebih di kenali sebagai Takada. Di sini macam-macam ada. Dari makanan basah, sayuran, daging payau, pakaian, benda unik dan pelik, semuanya ada.
Jadi tidak hairanlah tempat ini menjadi tumpuan seawal jam 6 pagi lagi setiap hari Ahad. Dijangka hampir seribu lebih orang menyerbu pasar ini setiap hujung minggu. Jadi pastikan anda menjadi salah seorang dari mereka. Tempat ini memang best, rugi kalau tak datang.
Itulah dia 21 tempat menarik di Tawau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Kalau anda pergi ke Tawau, jangan lupa untuk singgah di lokasi yang kami senaraikan di atas.
Jemput juga baca artikel mkami tentang tempat menarik yang lain.