Tahukah anda, terdapat banyak destinasi pelancongan yang hebat di Mersing, Johor? Istimewa untuk anda, kali ini kami akan kongsikan 11 tempat menarik di Mersing yang pasti buatkan anda terpesona.

tempat menarik di mersing
Sumber Gambar: Myoutdoor

1. Taman Negara Endau-Rompin

Tempat menarik di Mersing yang pertama ingin kami kongsikan ialah Taman Negara Endau-Rompin yang merupakan di antara hutan hujan paling tua di dunia dengan usia melebihi 200 juta tahun. Ia menjadi pilihan pengunjung yang cintakan alam semulajadi memandangkan ia kaya dengan pelbagai flora dan fauna termasuk spesies orkid, herba dan pokok-pokok yang jarang ditemui di hutan yang lain.

Di antara destinasi yang wajib anda pergi jika sampai di Taman Negara Endau-Rompin ialah:

  • Tasik Biru
  • Air terjun Upeh Guling
  • Air Terjun Buaya Sangkut
tempat menarik di mersing
Sumber Gambar: Mariefranceasia

2. Pulau Dayang

Pulau Dayang bukanlah pulau yang popular di Mersing namun keindahannya tak kurang hebat jika dibandingkan dengan pulau-pulau popular di Mersing seperti Pulau Aur, Pulau Pemanggil, dan Pulau Lang. Pulau Dayang adalah adalah destinasi percutian yang sesuai untuk anda jika anda sukakan aktiviti selam skuba dan memancing.  

Pemandangan bawah laut di Pulau Dayang adalah sangat cantik dengan flora dan fauna yang berwarna-warni, ditambah pula dengan air laut yang jernih. Jika anda sampai di sini, jangan lupa untuk menikmati pemandangan matahari terbenam dan taburan bintang yang penuh di langit. Pastinya tak puas mata memandang.

tempat menarik di mersing
Sumber Gambar: Kosmo

3. Hutan Lipur Gunung Arong

Jika anda sukakan aktiviti luar dan mendaki, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Hutan Lipur Gunung Arong. Pendakiannya adalah amat mudah, malah anda boleh membawa anak kecil tanpa masalah. Perjalanan naik adalah lebih kurang 3.6 kilometer. Sebelum memulakan pendakian, pastikan anda memohon kebenaran daripada Pejabat Hutan Mersing atau boleh berhubung di talian 07 798 1030.

Apabila sampai sahaja di puncak gunung, pastinya anda akan terpukau dengan pemandangan yang terbentang di hadapan mata. Setelah penat mendaki, anda sekeluarga boleh bersantai di kawasan pantai yang berdekatan. Apa yang menarik tentang pantai ini ialah, jika anda datang pada waktu air surut, anda boleh merentasi air untuk pergi ke Pulau Mawar sambil melihat hidupan laut seperti batu-batu karang, ikan, dan tapak sulaiman.

tempat menarik di mersing
Sumber Gambar: Travelledpaths

4. Hutan Lipur Gunung Berlumut

Hutan Lipur Gunung Belumut terletak di Hutan Simpan Kluang. Untuk pengetahuan anda, Gunung Berlumut merupakan gunung yang tertinggi di dalam Daerah Kluang dengan ketinggian 1010 meter dari aras laut. Di antara perkara menarik yang menanti anda di Hutan Lipur Gunung Berlumut ialah:

  • Pemandangan yang mempesonakan
  • Flora dan fauna
  • Air terjun
  • Sungai yang mengalir segar dari gunung
  • Spesies orkid yang terkenal di sini iaitu Orkid Selipar (Paphiopedilum barbatum)
tempat menarik di mersing
Sumber Gambar: Utusan

5. Pulau Tinggi

Pulau Tinggi juga dikenali sebagai Pulau Topi Jeneral kerana bentuk salah sebuah daripada gunung di pulau ini kelihatan seperti topi dari jauh. Gunung-gunung di pulau ini ada yang mencecah ketinggian 2000 kaki dari aras laut, memberikan namanya Pulau Tinggi.

Pulau Tinggi menjadi destinasi tumpuan pelancong ke Mersing kerana pemandangannya yang indah dengan air jernih yang membiru. Pemandangan dalam laut juga sangat cantik dengan batu karang dan ikan yang berwarna-warni. Apa yang lebih menarik, di pulau ini juga terdapat banyak penyu.

tempat menarik di mersing
Sumber Gambar: Sgmytaxi

6. Pulau Pemanggil

Destinasi menarik di Mersing yang seterusnya ialah Pulau Pemanggil. Untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki bot selama 4 hingga 5 jam. Ia terkenal dengan pemandangan yang indah dengan laut yang membiru, sesuai untuk bermandi-manda, snorkeling dan skuba diving. Pulau Pemanggil juga sangat popular di kalangan kaki pancing.  Di antara ikan yang banyak di sini adalah:

  • Marlin
  • Pari
  • Tuna
tempat menarik di mersing
Sumber Gambar: Booking.com

7. Pulau Aur

Pulau Aur terletak  hanya 400 meter dari Pulau Dayang. Pulau Aur adalah di antara pulau yang paling popular di Mersing kerana pemandangannya yang memukau dan air yang jernih seperti kristal. Semasa cuti sekolah, biasanya Pulau Aur dipenuhi oleh pelancong yang bercuti bersama keluarga. Kami cadangkan anda datang di antara bulan April – Oktober kerana pada waktu ini air laut sangat tenang dengan permukaan air yang sangat jernih.

tempat menarik di mersing
Sumber Gambar: 1dasia

8. Pulau Rawa

Tempat menarik di Mersing yang seterusnya ialah Pulau Rawa yang terkenal dengan pantai berpasir putih bersih sejauh mata memandang. Dasar lautnya adalah sangat cantik dan berwarna-warni, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk bersnorkeling di sini.

Jika anda sukakan aktiviti mendaki, di sini terdapat laluan trekking yang mudah dan menarik. Anda boleh naik hingga ke puncak untuk melihat panorama 360 darjah yang cantik dan tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

tenpat menarik di mersing
Sumber Gambar: Automachi

9. Pulau Tengah

Pulau Tengah adalah satu lagi destinasi menarik di Mersing yang wajib anda kunjungi. Pulau ini agak unik dan lain dari yang lain kerana pulau ini mempunyai permukaan bumi dengan batu tajam dan halus yang menjadikan pemandangan di sekitar pulau ini begitu cantik. Di antara aktiviti yang biasa di lakukan di sini ialah:

  • Skuba diving
  • Snorkeling
  • Jungle tracking
tempat menarik di mersing
Sumber Gambar: Mingguanwanita

10. Pulau Sibu

Pulau Sibu adalah di antara pulau yang paling popular di Malaysia kerana keindahannya yang tiada tandingan. Untuk penhetahuan anda, Pulau Sibu terdiri daripada 4 buah pulau iaitu:

  • Pulau Sibu Hujung
  • Pulau Sibu Tengah
  • Pulau Sibu Besar
  • Pulau Sibu Kukus

Di antara ke empat-empat pulau tersebut, Pulau Sibu Tengah adalah yang paling popular dan menjadi pilihan para pelancong. Di antara aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini selain menikmati pemandangannya yang indah ialah:

  • Snorkeling
  • Skuba diving
  • Banana boat
  • Jetski
  • Bola pantai
tempat menarik di mersing
Sumber Gambar: Journeymalaysia

11. Pulau Hujung

Tempat menarik di Mersing yang terkahir ingin kami kongsikan ialah Pulau Hujung. Pulau ini agak kurang dilawati oleh pelancong maka anda akan dapat menikmati keindahannya dengan suasana yang lebih tenang. Air di Pulau Hujung adalah sangat jernih dan biru. Aktiviti snorkeling juga sangat menarik di sini di mana anda akan ditemani oleh ikan-ikan yang jinak dan berwarna-warni.

tempat menarik di mersing
Sumber Gambar: Sgmytaxi

Itulah dia 11 tempat menarik di Mersing yang  ingin kami kongsikan untuk kali ini. Menarik kan?

Artikel Tempat Menarik Lain

Anda sukakan artikel tempat menarik ini. Menarik bukan Lumut? Apa yang masih kurang dan patut kami ceritakan? Jemput juga baca artikle tempat menarik lain ya.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.