Surabaya juga dikenali sebagai Kota Pahlawan. Terlalu banyak catitan sejarah di sini semasa rakyat Indonesia berjuang untuk kebebasan dari Belanda. Jom kami kongsikan 30 tempat menarik di Surabaya yang wajib anda lawati.
Dibangunkan pada tahun 1862, muzium yang terletak di tengah-tengah kota Surabaya ini memiliki reka bentuk kolonial Belanda. Pada asalnya, bangunan muzium ini dijadikan pusat pendidikan oleh pihak Belanda, namun pada tahun 1932 ianya dibeli oleh Liem Seeng Tee untuk dijadikan kilang rokok Sampoerna.
Sebaik menjejakkan kaki ke dalam Muzium House of Sampoerna ini anda akan disambut dengan bau tembakau dan kolam ikan dengan bunyi pancuran air yang mewujudkan atmosfera menyenangkan. Antara pameran yang dapat dilihat di sini adalah koleksi antik mesin percetakan kotak rokok, peralatan yang digunakan di dalam makmal untuk menguji kualiti bahan rokok dan banyak lagi.
Di tingkat kedua muzium ini pula anda dapat melihat pekerja kilang ini menyiapkan rokok, dikatakan setiap pekerja di sini dapat menyiapkan sekitar 300 batang rokok dalam masa sejam.
Sumber Gambar: Indotur
Kya Kya Kembang Jepun menempatkan pasar malam yang terkenal di Surabaya. Sekiranya anda ingin membeli pelbagai barangan cenderamata yang menarik kepada yang jauh di mata, jadikan ini salah satu lokasi shopping anda.
Sambil membeli-belah disini, anda boleh mencuci mata melihat banyak bangunan-bangunan klasik yang terdapat disekitarnya yang termasuklah tokong-tokong cina dengan warna yang membuatkan mata anda sentiasa terbuka.
Sumber Gambar: Radevitiq
Jembatan Biru Kenjeran merupakan sebuah tarikan yang masih baru di Surabaya. Jambatan ini dibina untuk menghubungkan Pantai Ria Kenjeran Baru dan juga Pantai Kenjeran Lama. Pada waktu malam, pemandangan di sini sangat cantik apabila lampu berwarna-warni dipasang. Jika anda datang pada malam sabtu dan ahad, ada persembahan pancuran air yang berwarna-warni.
Sumber Gambar: Tribunnews
Pada asalnya bangunan perpustakaan ini merupakan tempat tinggal kepada Gabenor De Javasche Bank. Kini, fungsinya adalah sebagai Perpustakaan Bank Indonesia yang mana anda dapat menemui pelbagai koleksi jurnal dan buku berkaitan ekonomi.
Anda boleh menjamu minda sambil bersantai di tempat-tempat duduk yang selesa seperti di taman dan di ruang lobi perpustakaan ini. Bukan ulat buku? Di sini anda juga boleh bergambar dalam bangunan dengan reka bentuk klasik ini.
Sumber Gambar: Ayorek
Ini bukanlah muzium arkeologi mahupun sains, tapi merupakansebuah muzium dengan 200 karya-karya 3D, 4D, 5D, ilusi dan augmented reality yang pelik dan menakjubkan. Anda pasti akan menghabiskan masa yang sangat lama untuk bergambar di sini.
Sumber Gambar: Instanbooking
Air Terjun Coban Rondo adalah sebuah tarikan alam semula jadi yang terletak di Gunung Panderman. Air terjun yang berketinggian 60 meter ini mempunyai lagenda yang tersendiri. Konon pada suatu ketika dahulu terdapat pasangan puteri dan putera yang baru sahaja berkahwin. Mereka dalam perjalanan menuju ke rumah keluarga si putera.
Namun, perjalanan mereka dihalang oleh seorang lelaki bernama Joko Lelono yang terjatuh hati dengan sang puteri. Putera dan Joko Lelono bergaduh berebutkan puteri. Para hulubalang terpaksa menyelamatkan puteri dengan membawanya ke kawasan yang selamati aitu air terjun ini.
Joko dan suaminya mati sewaktu bertarung. Rondo di dalam bahasa Jawa bermaksud janda dan air terjun pula adalah coban. Jadi, begitulah kisah air terjun ini mendapat nama.
Sumber Gambar: Panduanwisata
Di Selecta Recreational Park, terdapat pelbagai tarikan untuk anda seisi keluarga seperti kolam renang, taman tema air, flying fox, akuarium bersaiz gergasi, taman bunga dan banyak lagi. Apa yang menarik, taman ini berkedudukan pada ketinggian 1100 meter dari aras laut membuatkan cuacanya sejuk dan nyaman.
Sumber Gambar: Merkur
Batu Secret Zoo adalah sebuah zoo yang menggabungkan taman haiwan dan taman tema, gabungan yang menyeronokkan bukan sahaja kanak-kanak malahan juga orang dewasa. Setelah puas melihat pelbagai jenis haiwan di sekitar zoo ini, anda akan sampai ke kawasan taman temanya.
Taman tema ini terbahagi kepada dua, iaitu Jatim Park 1 dan Jatim Park 2. Jatim Park 1 menempatkan banyak permainan yang bersesuaian untuk remaja, manakala Jatim Park 2 pula lebih sesuai untuk kanak-kanak.
Sumber Gambar: Ngalam
Museum Sepuluh November didirikan untuk memperingati pahlawan Indonesia, Sutomo ataupun lebih dikenali oleh rakyat Indonesia sebagai Bung Tomo yang terkenal dalam menyemarakkan semangat rakyat Indonesia untuk mempertahankan kemerdekaan Indonesia dan menentang pihak Belanda daripada cubaan menjajah. Di sini anda dapat melihat senjata, dokumen dan juga video yang berkaitan dengan perjuangan ini.
Sumber Gambar: Situsbudaya
Monumen yang berketinggian 41 meter ini bukanlah sekadar sebuah Tugu Pahlawan. Di dalamnya koleksi-koleksi patung, senjata, model 3D pertarungan dahulukala. Persekitarannya juga sangat menarik dengan kehijauan.
Sumber Gambar: Gomuslim
Ianya merupakan sebuah zoo. Kebun Binatang Surabaya menempatkan sekitar 2000 ekor haiwan yang terdiri daripada 315 spesies haiwan yang berbeza. Di sini juga ada kedai makan, kedai cenderahati dan juga ruang pendidikan di mana anda dan anak-anak berpeluang memberikan haiwan-haiwan di sini makan.
Sumber Gambar: Tigapilarnews
Monumen Bambu Runcing telah dibina untuk menunjukkan penghargaan kepada para pejuang Surabaya yang telah banyak berkorban sewaktu Indonesia di bawah penjajahan. Di samping dapat melihat monumen yang penting di Surabaya ini, anda juga dapat menikmati pancuran air yang terdapat di sekitarnya.
Kalau anda ingin melihat pemandangan yang lebih indah di sekitar monumen ini, anda boleh rancang untuk ke sini di malam hari iaitu waktu ketika taman ini disirami dengan cahaya berwarna-warni.
Sumber Gambar: Kamerabudaya
Taman Bungkul adalah sebuah taman rekreasi yang lengkap dengan tempat bermain skateboard, laluan basikal, trek jogging dan lain-lain. Di sini anda boleh melihat bagaimana masyarakat tempatan Surabaya menghabiskan masa bersantai di waktu petang. Di sini ada disediakan wifi percuma.
Sumber Gambar: Flickr
Indonesia pernah menjadi salah satu negara dengan kekuatan ketenteraan yang digeruni di Asia suatu ketika dahulu? Indonesia memiliki bilangan kapal selam yang agak banyak kerana lokasinya yang terletak di kawasan yang berlautan luas. Anda ingin melihat dengan lebih dekat salah satu kapal selam yang dimiliki kerajaan Indonesia? Singgahlah ke Monumen Kapal Selam.
Sumber Gambar: Kompas
Di Surabaya Carnival Park, anda akan berseronok di taman tema indoor dan outdoor. Tarikan taman tema indoornya adalah seperti muzium seni 3D, bioskop 4D dan patung lilin manakala taman tema outdoornya pula terkenal dengan ferris wheel dan roller coaster. Dari ferris wheel di karnival ini anda boleh menikmati pemandangan sekitar bandar Surabaya.
Sumber Gambar: Surabayarek
Taman Remaja Surabaya juga merupakan sebuah taman tema. Di antara yang menarik di sini adalah kolam mandi, kiddy boat, boom boom car, roller coaster mini, flying fox, rumah hantu dan bermacam lagi. Selain tarikan ini, kemudahan lain yang disediakan adalah cafe dengan persembahan muzik live dan kedai cenderamata.
Sumber Gambar: Tamanremaja
Gunung Bromo adalah gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Berketinggian 2000 meter dari aras laut, suhu di puncak gunung cukup sejuk sekali. Sekiranya anda ingin menikmati pemandangan matahari terbenam dan naik yang terindah namun tidak berdaya untuk mendaki gunung, anda boleh mendapatkan khidmat lawatan menggunakan jeep yang disediakan oleh beberapa penginapan yang terdapat di sini.
Sumber Gambar: Tourpaketwisatabromo
Terletak di kawasan yang dikatakan sebagai ‘Chinatown’ Surabaya, di sekitar Pantai Ria Kenjeran ini terdapat banyak bangunan dengan reka bentuk Cina yang menarik untuk dilihat seperti Pagoda Tian Ti, Dewi Kwan In, Klenteng Sanggar Agung dan banyak lagi.
Di kawasan Pantai Ria Kenjeran ini pula lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti taman permainan kanak-kanak, gazebo, kedai cendramata, kedai makan dan lain-lain. Di pantai ini juga anda boleh menyewa kapal ataupun perahu.
Sumber Gambar: Afar
Klenteng Sanggar Agung adalah tokong Cina yang terletak di tepi laut. Tokong ini dikelilingi oleh pohon bakau yang tumbuh secara semulajadi. Destinasi ini memberikan latar belakang yang cantik bagi pencinta fotografi.
Sumber Gambar: Phinemo
Ciputra Waterpark merupakan taman tema air yang terbesar di Indonesia. Antara tarikan utama di sini ialah Sinbad’s Playground dengan drum air raksasa yang mencurahkan 3000 liter air. Syracuse Beach pula adalah kolam ombak berkeluasan 1800 meter persegi. Di Roc Tower, jantung anda akan berdegup kencang bermain gelongsor-gelongsor panjang yang terdapat di sini.
Sumber Gambar: Youtube
Ingin melawat tempat yang indah pada waktu malam semasa di Surabaya? Taman Pelangi adalah lokasi yang wajib anda lawati. Ianya sangat cantik pada waktu malam dengan lampu yang berwarna-warni. Dari pintu masuknya anda pasti terpesona dengan cahaya yang dipancarkan dari 31 batang tiang dengan reka bentuk daun. Di sini juga ada taman permainan kanak-kanak dan air pancuran.
Sumber Gambar: Surabayaonline
Kebun Bibit Wonorejo adalah taman flora indah dengan taman bunga dan rumah anggerik beserta sebuah tasik buatan. Di sini juga terdapat bukit kecil yang cukup luas untuk anda sekeluarga beraktiviti dan berseronok sambil menikmati udara segar. Tarikan lain yang terdapat di Kebun Bibit Wonorejo ini adalah tarikan wall climbing yang sesuai untuk kanak-kanak dan lengkap dengan segala peralatan memanjat, laluan jogging, peralatan senaman dan taman permainan.
Sumber Gambar: Sbyhumaninterest
Pernah terfikir dari mana datangnya nama ‘Surabaya’ ini? Apakah maksudnya? Jika anda lihat dari Monumen Suroboyo yang terletak di hadapan Kebun Binatang Surabaya ini, anda dapat melihat dua ekor haiwan iaitu ikan jerung ataupun ‘sura’ dan buaya. Dua ekor haiwan inilah yang menjadi inspirasi nama Surabaya.
Sumber Gambar: Flickr
Terletak di dalam taman bunga yang indah dengan udara yang segar iaitu Taman Apsari, Monumen Patung Gubernur Suryo ini didirikan untuk memberikan penghormatan kepada gabenor pertama Surabaya yang terbunuh sewaktu pemberontakan PKI pada tahun 1948.
Sumber Gambar: Detiktravel
Wisata Citra Raya merupakan sebuah tarikan kota yang dibina dengan menjadikan Singapura sebagai inspirasi dan konsep utamanya. Dengar sahaja Singapura, pastinya anda membayangkan sebuah kota yang membangun dan dalam masa yang sama bersih dan terjaga lanskapnya.
Inilah fokus sebenar pembinaan Wisata Citra Raya iaitu untuk mewujudkan “kota yang bersih, hijau dan moden.” Antara kemudahan yang tersedia di sini adalah lapangan golf, sekolah antarabangsa, pasar, gym, taman tema air dan sebagainya.
Sumber Gambar: Hellopet
Terletak di pusat membeli-belah Lenmarc Surabaya, Trans Studio Mini merupakan taman tema indoor yang mengetengahkan konsep bandaraya New York. Dah namanya pun New York, sudah semestinya terdapat patung ikonik New York iaitu patung Liberty untuk anda bergambar sepuas hati.
Selain itu, di dalam taman tema ini juga terdapat Jurassic Park yang menempatkan banyak patung dinosaur yang boleh bergerak. Tarikan lain yang terdapat di sini adalah pelbagai mesin permainan dan juga roller coaster mini yang akan membawa anda melingkar keluar dari bangunan dan kemudiannya masuk kembali.
Sumber Gambar: Ashtravelling
Ingin melihat bagaimana batik dihasilkan? Anda sekeluarga dapat melihat secara percuma demonstrasi pembuatan batik di Rumah Batik. Corak-corak batik yang dihasilkan di sini adalah menggunakan teknik tulis ataupun teknik cap. Motif-motif yang dapat anda lihat daripada pameran batiknya pula adalah gabungan motif dari Surabaya sendiri, Sumenep, Jombang, Tuban, Sidoarjo, Bojonegoro dan banyak lagi.
Sumber Gambar: Familygoers
Terdapat lebih daripada 1000 barangan yang dipamerkan di Muzium Surabaya. Antara yang dipamerkan di sini adalah wayang kulit, kerusi dan meja yang digunakan pda tahun 1950-an, mesin kira, Grand Piano yang digunakan pada suatu ketika dahulu untuk menghiburkan penjajah dan banyak lagi. Pencinta barangan aktik wajib datang ke sini.
Sumber Gambar: Gebrokenruit
Monumen ini merupakan salah satu monumen penting di Surabaya yang wajib anda lawati. Sebagai Kota Pahlawan, monumen ini adalah salah satu simbol kekuatan Surabaya. Jalesveva Jayamahe membawa maksud “di lautan kita jaya” yang juga merupakan motto Angkatan Laut Indonesia. Monumen yang berketinggian 30.6 meter ini didirikan di atas bangunan yang menempatkan muzium angkatan laut Indonesia.
Sumber Gambar: Wisatajatim
Hutan Bambu dan Taman Sakura mengetengahkan konsep taman bandar dan hutan bandar. Di Taman Sakuranya anda akan disajikan dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang tersusun rapi mengikut warna seperti putih, jingga, merah, ungu, merah jambu dan kuning. Pastikan anda datang pada waktu peralihan musim iaitu antara musim hujan dan panas untuk nikmati pemandangan bunga-bungaan yang tumbuh dengan mekar.
Sumber Gambar: Tipswisata
Itulah dia 30 tempat menarik di Surabaya yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Best juga kan? Selamat bercuti.
Kami harap anda sukakan senarai tempat menarik di Surabaya, tidak kisalah sama ada hutan di Surabaya ataupun tempat yang lain. Selain tempat di surabaya, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan.
Sumber: Maisinggah